Sejak dua menjak nii.. aku ada banyak kes.. kekawan yang nak bukak petrol station
Dan petang semalam gak.. aku ada meeting kat Cyberjaya.. bersama aku semalam anak Dato Z dan anak Dato S
Focus perbincangan kita orang.. pasal cara-cara nak buat petrol station.. Sebab mereka nii ada tanah kat kawasan Dengkil. Mereka cadang nak buat KEBENARAN MERANCANG.. bila lulus KM tuu nanti.. pastu mereka nak jual tanah berkenaan kat syarikat minyak
Kononnya mereka ada orang dalam.. mereka dah pun berbincang.. katanya orang dalam tuu dah pun setuju untuk beli tanah berkenaan.. ngan harga yang agak mahal lak tuu..
Bab macam mana mereka deal ngan syarikat minyak tuu.. aku tak berapa paham laa.. tapi katanya kalo projek nii on.. bole untung juta-juta.. wowowow..
Bestnya.. mereka cuma beli tanah jee.. pastu mereka upgrade status tanah tuu jadikan petrol station.. pastu jual kat syarikat minyak.. untung lak boleh juta-juta
Pada pendapat aku laa.. kita kena hati-hati ngan bisnes cam nii.. jangan ikut perasaan.. sebab ada gak kes klien aku sebelum nii.. KM tanah mereka dah pun lulus.. tukar syarat tanah dah lulus gak.. tapi syarikat minyak tak jadi beli tanah mereka.. rugi beb
Alasan mereka.. kenderaan yang lalu kat jalan tuu.. tak cukup banyak.. jadi mereka cancel beli tanah berkenaan..
Bagi kes cam nii.. bukan untung juta-juta lagi.. tapi dah rugi juta-juta.. hu hu hu.. ok laa.. bye bye
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
July
(20)
- DEMAM PETROL STATION
- BENDA APA AKU NAK JUAL NI?
- PECAH GERAN - TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR
- AKU SUKA DIRI AKU SENDIRI
- ORANG KAYA SELALUNYA BANYAK MEMBACA
- UPGRADE DOA KORANG
- VISUALKAN MATLAMAT KORANG
- JANGAN SUSAHKAN TUAN TANAH YANG LAIN
- HULU LANGAT - TANAH UNTUK DIJUAL
- BUKAK BOOTH KAT WISMA TANI PUTRAJAYA
- AKU BUKAN MALAS.. TAPI AKU TAK TAHU
- LU SAPA? WA SAPA?
- LOT BUNGALOW UNTUK DIJUAL
- TUKAR HOBI JADI DUIT
- SEMINAR PELABURAN PERTANIAN UNTUK USAHAWAN DAN SYA...
- APA YANG KORANG NAK DARI KOPERASI?
- MESYUARAT KOPERASI
- TT.. JOM LEPAK-LEPAK
- CASHFLOW101 & BUKU UNTUK DISEWA
- PASTIKAN KALO BELI TANAH MESTI ADA REZAB JALAN
-
▼
July
(20)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
8 comments:
rasanya kalau buat atas usaha sendiri ok... insyallah berjaya.. kalau atas angin macam nie lah jadiknya
Jurukur, criter buat pam minyak untung juta2 ni mmg dah lama. ada yg success & ada yg lingkup.
x dinafikan ada yg boleh dpt cable org dlm, dah dpt offer letter etc. Tp pada aku yg paling penting sykt minyak tgk "VOLUME" @ isipadu traffic yg lalu depan tanah nak proposed. Kalau tanah korang ada benda ni boleh dpt better deal coz sykt2 minyak akan compete utk offer & korang ada pilihan.
Aku criter skit kisah sorang operator pam minyak ni. Dia ada tanah pastu try proposed kat sykt minyak yg agak terkenal. Volume kat area tu sederhana & sykt minyak setuju utk beli tanah dia pastu lantik dia sbg operator. Kalau ikut kira2 bila buat mcm tu lepas 2 tahun dia boleh untung dlm 2 Juta & jadi operator.
Tp bila dia pikir balik RUGI pasal tanah terjual, pastu jadi operator pun ada anytime sykt minyak boleh tranfer ke stesyen lain pasal tanah skrg milik sykt minyak.
So dia cancel deal dgn sykt yg terkenal & buat lak deal dgn sykt yg kurang terkenal. Dia proposed atas tanah sendiri & construct sendiri, cuma beli / jual minyak guna brand sykt minyak je mcm francise la lebih kurang. So dia jadi operator kat situ sampai bila2.
Aku ringkaskan criter lepas 1 tahun lebih, dia cajkan tanah stesen tadi kat bank utk buat modal stesen yg kedua.
Skrg stesen kedua tgh construct & by lepas raya ni dia target dah start operate. Tu pun dia dah ada plan nak cajkan stesen kedua kat bank buat modal, tgh carik tanah utk stesen ketiga lak.
p/s : ini contoh org kita yg ada vision, x tgk untung 2 Juta tp tgk jangka panjang.
keown... yee laa.. macam tak percaya diri sendiri laa pulak kan.. sikit2 orang dalam..
shaiful.. mesti klien ko tuu kaya tuu.. pasif income mesti power rangers.. hu hu hu
shaiful...aku suka ngan cara pemikiran brother tue....sebab dia fikir jangka masa panjang, bukannya immediate return without any control...yang mana perniagaan tue nati boleh wariskan kat anak-anak dia..
bro hafizal..agak-agak area dengkil akan semaaju bangi tak suatu hari nanti..sebab bangi cam dah over crowded kan..tanah pun dah main juta-juta..wow...best gak leh beli tanah dengkil n simpan...cam bro keown...hehe..:)
Kawan memang teruja dengan cerita Hafizal niih..dan ikhtibar cerita Saiful..
tetambah kawan ada pengalaman dengan dua2 jenis kumpulan/orang sebegini..
cerita Hafizal tu,...kerapkalinya makan tahun..selain main dengan orang dalam kononnya..selain dari tu..makan RM juga.. juga,kerapkalinya,..tanah orang jer, mainan mereka..
Apapun, kawan minat kaedah yang saudara kita yang berpandangan dan menguruskan projeknya seperti cerita Saiful.. cuma,..lelama,..jika harap kepada manager jer (sebab dah kaya bangat), biz boleh jadi tunggang terbalik,..sebab semuanya main cash yang banyak setiap HARI... ish syuuknya..
tu orang dlmm pun mau duit gak .. hehehe ... fizal .. sila propose tanah awakk utk jadi stesen minyak
pie.. benda-benda cam nii.. kena syer sama-sama.. mereka dapat kita pun dapat
tanah aku kat kawasan ceruk daa.. nak buat petrol stesen cam mana..
buat zoo bole kot.. hu hu hu..
Post a Comment