Monday, July 20, 2009

UPGRADE DOA KORANG

Hari nii aku nak sambung lagi.. hasil perbincangan aku dengan Saiful. Satu benda yang aku rasa.. bagus aku syer ngan kekawan semua

Selain cerita pasal matlamat.. Saiful ada sentuh pasal doa.. korang perasan tak.. macam mana kita berdoa?

Bagi kes aku.. aku berdoa main hafal jee. Yelaahh dulu masa zaman sekolah.. Ustaz paksa kita orang.. hafal doa lepas sembahyang.. sapa tak hafal.. kena rotan.. hu hu hu… jadi semua budak-budak takut laa

Akibatnya sampai sekarang nii.. aku berdoa.. “doa hafal” sebenarnya.. Jadi dulu.. kini.. selamanya.. tuu laa doa aku.. he he he.. tak dee improvement..

Aku bagi contoh laa.. salah satu doa untuk bukak rezeki cam nii..

Yaallah.. sekiranya rezeki kami masih dilangit maka Kau turunkan
Sekiranya rezeki kami masih di dalam bumi maka kau keluarkan
Sekiranya rezeki kami masih jauh maka Kau dekatkan Ya Allah
Sekiranya rezeki kami haram maka Kau sucikan
Sekiranya rezeki kami susah maka kau mudahkan Ya Allah

Kata Saiful.. doa macam nii bagus sangat.. tapi lagi bagus.. kita tambah lagi.. yang lebih spesifik.. misalnya

“Ya Allah, kami mohon kepada Mu.. Supaya Kau segerakan.. tingkatkan pasif income kami.. dari RM6K kepada RM10K… menerusi hartanah.. Agar kami menjadi hamba yang merdeka”

Korang rasa.. kalo kita tambah macam nii.. salah tak???



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

14 comments:

muazammustaffa said...

hafizal tambahkan dgn bangsa dan agama, sbb org yg baik adalah org yg byk berguna kepada masyarakat..... amin

PoKLi said...

Alhamdulillah

ni yang topik paling best
DOA

pokli paling suka berDOA....sebab dengan DOA la kita berjaya...DOA ibu bapa.....doa ibu kita makbul mengatasi doa 40 orang tok Guru

kalau anda nak jadi jutawan Doa dgn Allah kurniakan aku Duit sebanyak RM1juta dari sumber yang tidak aku sangka2

Allah permudahkan urusan aku...insyallah semua urusan kita akan mudah....

Ya allah mudahkankan aku untuk tunaikan haji dan umrah..

Ya Allah berikan aku rezeki yang berlimpah-limpah ruah dan dari sumber yang tidak disangka2...

AMIN

KEOWN said...

bagi aku doa nie ada pelbagai.. tak kira apa carapun.. janji dipahami dan iklas doa itu..

aku pernah berbicara tentang doa dengan iranian.....

antara doa yang dia ucapkan adalah berbunyi...

ya Allah.. bagilah aku ke sejahteraan kerana tanpanya aku pasti tidak sejahtera..

kebanyakkan doa diorang direct..... kita banyak sopan santun dll...

apa-apa pun keiklasan dalam membuat doa.. akan memberkatkan lagie doa itu

kakct said...

Betul tu..saya pernah mengikuti ceramah Dato' Fazilah..katanya adalah sebaik2nya berdoa dgn lebih spesifik dari berdoa umum.

Klu doakan anak2..sebutlah sekali satu persatu nama anak2 kita..begitu juga apa yg kita hajati.

Jadi tak salah la klu kita sebut dgn detail apa yg kita nak..cuma kadang kita ni sombong, malu, malas nak minta dgn yg Esa.

KEOWN said...

tue yang samapi ada yang mintak bantuan dari bomoh, pawang dll...

sedangkan yang paling mujarab dan free ada...

kayzen said...

salamz..

ni buku yang aku maksudkan ari tu..

http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=1582701709

shaiful said...

Alamak, betul2 masuk blog la topik ni. aku ingat jurukur memain je.... anyway berdoa adalah cara bagi mengubah takdir. Tak kisah la umum ke spesifik, Allah Maha Mengetahui. Cuma aku rasa x salah kalau dispesifikkan cthnya : dapat kumpul saving 1 Juta sblm umur 40. Pasal dlm hati biasanya mesti ada visual impian kita tu kereta besar ke, kapal terbang ke, rumah banglo ke etc. Tp x nak sebut dlm doa, tapi pulak bila lepak ngan member2 mesti bercerita alangkah bestntya kalau dpt pakai Bas Mini Wilayah 5 Series.

Anonymous said...

berusaha...berdoa dan bertawakal. Itu yang diajar oleh Islam. Tapi antara faktor yang membolehkan doa kita dimakbulkan ialah dengan meninggalkan bende2 yang haram dan melaksanakan yang wajib. Kekadang kita leka kejar dunia, akhirat dilupakan. Contohnya dalam kita sibuk nak buat duit, kita gunakan kaedah bank konventional yang jelas mengenakan riba. Hasil kekayaan yang kita bina dari bende yang haram...tidak berkat woo. Jadi gunalah islamic banking. Begitu jugak dengan overdraft...gunakan yang islamik punya ...tepuk dada tanya iman....

juruukur said...

muazam.. bila nak minum nii? hu hu hu

pokli.. yaallah.. jadikan pokli taukeh emas yang jutawan.. yang ada pasif income 20K sebulan.. yang dermawan.. sebelum beliau 35 tahun

kakct.. pasni kita pakat doa ramai-ramai ekk.. hu hu hu

kayzen.. nanti aku carik buku tuu

keown.. ada yang free.. yang halal.. tak syok konon...hu hu hu

saiful.. hu hu hu.. besar pahala ko pul.. he he he.. Pul.. Rabu petang kita ada meeting kat Bangi.. bole??

binarumahbaru said...

Salam saudara...tidak salah kalau anda menambah lebih spesifik kepada yang anda minta dalam doa anda. kerana anda minta kepada kebaikan.Mudahan kekayaan yang tuhan bagi jangan lupa dikongsikan kepada sesama yang miskin..insya allah bertambah berkat :)
---------------------------------
Kongsikan pengalaman dan pengetahuan anda dalam membina rumah baru.saya tengah buat rumah baru sekarang. Visit me at http://www.ramanbiz.com/myblog

al_husni said...

sekadar bkongsi doa yg selalu kami amalkan..
- ya Allah berikanlah kami ketenangan, kelapangan, kesabaran dlm menghadapi segala dugaanMu
- ya Allah limpahkanlah kami dengan nikmat kebijaksanaanMu, kesihatanMu dan kekayaanMu, agar dengannya semakin mendekatkan kami kepadaMu

actrometst said...

alhamdulillah..bakal jutawan-jutawan muslim semuanye bekerja keras utk memajukan diri, membantu sesama saudara & banyak berdo'a. cuma aku rasa do'a mintak sucikan rezeki dari sumber yang haram tu kurang kena...yang haram tetap haram..sepatutnya kite mintak hindari dari sumber yang haram & shubhah. Wallahu a'lam.

osman kering said...

bagusla bang...

yang penting keikhlasan dalam niat kita tu saya rasa..

yang terlafaz dalam hati pun tuhan dah boleh dengar...kan

mindasuperb said...

upgrade jgn x upgrade..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP