Saturday, July 18, 2009

VISUALKAN MATLAMAT KORANG

Semalam aku solat Jumaat kat Bangi.. lepas sembahyang Jumaat tuu.. aku ajak Saiful Planner gi lunch... sebab lama betul aku tak jumpa dia..

Korang nak tahu.. Saiful nii adalah consultant.. dalam perancang Bandar... anak muda yang berbakat besar.. pakar dalam town planning.. hu hu hu.. Kalo klien aku nak tukar syarat kee, nak upgrade tanah kee.. Saiful nii laa tempat rujuk aku..

Biasalah.. kami selalu bincang pasal projek tanah nii.. 5 minit jee.. selebihnya kami borak pasal benda lain.. pasal inbestment.. pasal duit.. macam-macam lagi laa

Dalam borak2 tuu.. Saiful ada sentuh pasal matlamat.. yelah bagi saiful.. semua orang mesti ada matlamat.. ada matlamat jangka pendek.. ada yang matlamat jangka panjang.. konon kita nak kaya laa.. nak pandu kereta besar laa.. nak ada duit banyak laa.. nak ada ladang ribu ekar la.. banyak lagi laa.. tul tak?

Korang perasan tak.. selalunya matlamat kita tuu tak spesifik.. tak jelas.. susah nak digambarkan oleh minda.. dan kotak fikiran kita sentiasa bertukar-tukar

Jadi Saiful cadangkan.. kenapa tak kita gambarkan matlamat tadi.. kita visualkan matlamat tadi supaya lebih jelas.. Untuk mudahkan minda dan tindakan kita.. capai matlamat yang kita inginkan..

Pastu setiap hari.. kita mesti tengok.. kita mesti tatap matlamat tadi.. sebelum kita pergi kerja, kita tengok sekali.. pastu sebelum tidur pulak, kita tengok sekali lagi

Aku bagi contoh macam nii laa : 10 tahun lagi aku mesti ada..






Korang rasa-rasa laa.. teknik macam nii berkesan tak?

Jom bincang-bincangkan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

19 comments:

mailmat said...

setuju sangat tuan juruukur..zaman dulu masa mula kerja mana ada matlamat yang jelas , main belasah ja, tapi bila dah cecah 30an tu mulalah fikirr... ya lah anak bini dah mula ada dan membesar..

masih belum terlewat..boleh walaupun terlewat sikit. yang penting kena ada matlamat jelas saperti kata jurukur.. saya mula dengan tanah, rumah...... kereta last sekali.. kalau mula degan kedai macam tuan lagi baik ha ha

jeguk said...

emmm...tul gak...kena visualisekan matlamat kita...agar x terlupe...heheh...kekadang tu memang ada matlamat...tp bila x selalu di ingatkan matlamat tu kita lupa..pastu bila lupa lain plak jadi matlamatnya..

...nanti aku nak snap gambar matlamat2 aku...pastu nak jadikan wall paper laptop...hari2 kasi ingat itu matlamat...yakin,..berusaha,..tawakkal kpadaNya...Insya Allah...

zerocredit said...

matlamat aku nak kahwin bro..tapi aku nak tampal gambar siapa??????

hahaha

betul bro...kalau kita beriltizam dgn yakin dan tahu matlamat kita, aku yakin mampu dicapai.

wakata said...

aku visualize jukuukur duduk kat suite tingkat 30 (tingkat 1-29 dia punya juga)..tgh duk tgk tanah kat kl..mana satu mau cekau ni..hehe..

ada kelapangan ajak member main itu CF505 dlm suite. hahaha

kak liza said...

ye betul kekadang kite tak visualize pun asyik cakap benda yang sama berulang kali pun akan jadi jugak tau baik yang buruk atau baik so watch ur thought

PoKLi said...

wowowowow

tu matlamat yg jelas...

mengikut Sifu Pokli
matlamat kena jelas..mcm yg Fizal buat.......dan kalau boleh colourfull.....baru best...

berkilau2 emas takde pun...:)
cash 1 juta takde pun??
kena ada jgk tgk cash 1 juta berselerak atas katil rumah kita....baru la jutawan...:)

PoKLi said...

emas 10 kilo

KEOWN said...

visualize bila sampai masanya... bun.. aku percaya ko kan mampu melakukannya...

actrometst said...

Zerocredit nak kawin...tu yg paling bagus...kan kat blog jutawan ni ramai makwe yg single..visualize je semuanye...baru jutawan square...heh..heh..heh. Aku dah...satu je

muazammustaffa said...

hafizal
betul semua kena adakan matlamat dan usaha serta visualkan sbb takut kita lupa dan tak fokus.
lagi satu visual kena letak kat tempat yg selalu kita nampak spt atas meja, atas cermin dll
dan doa kepd ilahi..... amin

muazammustaffa said...

hafizal....

gambar boleh \menjadi byk perkataan, bermaksud dgn gambar kita data membina byk perkata atau idaman atau perbuatan.... aku doakan kau

Anonymous said...

kedai dobi ni mcm kat dpn opis sy jer....

RazzaQ said...
This comment has been removed by the author.
RazzaQ said...

betul jurukur...kena visualisasikan...mcm dulu kreta idaman duk kat dalam wallpaper pc jer..skarang dah pandu sdiri pun..

pie2020 said...

wowow .. kete tu macamm kete yg aku booking lahh... hahahah

juruukur said...

pie2020.. he he he.. best naik alphard tuu.. besar.. luas.. nyaman.. hu hu hu..

KEOWN said...

naik kete tue nanti dah rasa macam pemandu ku jutawan plak hehehhe

juruukur said...

keown.. sekarang nii.. musim upgrade kereta.. ada yg beli perdana.. adalak yg tengah order alpard.. ada yang tunggu grand lavina.. best best..

pasni bole aku tumpang.. he he he

KEOWN said...

beli kereta membazir tapi bila dah jadik keperluan.... hukumnya harus... hahhahahahhahhaha

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP