Tuesday, July 28, 2009

PECAH GERAN - TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Suka aku war-warkan kat korang semua.. kalo laa korang ada masalah tanah pusaka, yang satu geran banyak nama.. ada nama atok, angah, makcik tu, makcik nii.. sekarang nii korang dah bole mohon untuk pecah geran

Aku ada beberapa projek tengah on.. Ni kira pilot projek laa nii.. kalo laa projek nii boleh berjaya.. Insyaallah.. pasni boleh laa aku tolong orang lain lak.. terutama uruskan tanah-tanah pusaka.. kebanyakkannya melibatkan tanah orang Melayu.. kat kampung-kampung

Kesian kumpulan nii.. mereka ni ada tanah.. tapi tanah mereka tuu.. 1 geran banyak pemilik.. kalo laa tak diuruskan bebaik.. rugi laa

Tanah yang banyak nama.. tak boleh nak cagar kat bank.. nak buat loan kerajaan pun tak leh..

Pastu bila 1 geran banyak nama nii.. selalunya.. tuan-tuan tanah mesti gaduh pasal sempadan

Kalo nak jual tanah lak.. tak ramai yang minat nak beli.. sebab pihak bank tak nak bagi loan.. kesian kan

Kalo laa projek nii berjaya.. sebenarnya ada banyak peluang investment tanah.. yang boleh aku syer ngan korang nanti.. korang boleh buat duit oooo.. mesti masssuukkkkk punya

Oklaaa.. doakan aku ekkk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

31 comments:

juruukur said...

shaiful & sharizal.. tima kasih banyak2.. sebab tolong aku consult En Musa.. tima kasih bos

JamKoleksi said...

boleh ke hafizal?... kalau boleh cantiklah!. setahu aku tanah lot kurang seekar yang satu geran hanyalah tanah baki atau reja dari lot pertanian asal, tetapi melibatkan kerajaan contohnya sebahagian tanah diambil di tengah lot untuk binaan parit dan bakinya yang terputus boleh kurang seekar untuk satu geran. mungkin knowleadge aku kena upgrade kot... versi2 baru ni...

KEOWN said...

dah diwartakan ke pecah bahagi less than 1 ekar....


kalau boleh... banyak gak aku nak buat nie.....

cdanhash said...

Kita sama2 tunggu keputusannya, harap2 akan menerima berita gembira, kerana kesnya sama dengan tanah saudara teman dikampong, nak dijual geran share, nak pecah geran, tanah cuma 1/2 ekar...

ojah said...

menarik ni cz tanah mak geran kongsi2 byk bergaduh2 hal sempadan ni.. menarik gk if kes ni berjaya...

juruukur said...

sekarang nii.. kanun tanah negara.. dah buat pindaan.. benarkan tanah pertanian yang kurang sekar dipecah geran

tujuan nak selesaikan isu-isu tanah pusaka.. sebab kadang2 tuu.. 1 geran 1 lot tapi sampai 10 tuan tanah

juruukur said...

kalo laa permohonan nii boleh berjaya... ramai dapat faedah

antaranya :

1. keown
2. juruukur sendiri
3. daytona p11
4. uncle diver
5. pak said
6. zamri emas
7. bro rahman
8. abang mail
9. ojah
10. cdanhash
11.
12.
13.
14.

Hungry n Foolish said...

Aku kurang jelas...
Tanah kat kajang tu kat mana? Dia ada niat nak jual ke? Berapa market value tanah tu skrg?

KEOWN said...

dalam buku kanun tanah muka surat berapa bun.. nak penjelasan lah

mailmat said...

ha bagus tu, di Kedah banyak kes begini di panggil 'lot lidi'. Satu keping tanah pakat masuk banyak nama dan pakat buat sempadan sendiri tapi bila yang di depan kena jalan ka apa, yang belakang/lain tak mau bahagi sama banyak pulak!kes aniaya....juruukur lagi banyak kerja la lepas ni!

MattDemon said...

Bro Hafizal...nanti jangan lupa check diskusi homestay kat forum ok...Thanks.

http://www.pie2020.com/forum/index.php?topic=337.0

juruukur said...

hungry n foolish.. dia tak nak jual.. tapi tuan tanah nak uruskan tanah mereka jee..

sebelum nii satu geran banyak pemilik.. lepas nii masing-masing tuan tanah.. boleh dapat geran individu

keown.. pindaan KTN nii.. nanti aku bagi kat ko

mailmat.. boleh laa juruukur tolong dia orang tuu ekk.. biar mereka dapat geran masing-masing.. pastu bole lee mereka nak cagar kee.. nak jual kee.. senang jee.. ramai bole jadi orang kaya

matt.. ok nanti aku tengok

Anonymous said...

Apa khabar Hafizal,
nak tanya berapa lama proses dapat geran individu setelah hantar 13 salinan geran kepada Pejabat Tanah atau bila proses buat kerja ukur boleh dilakukan

juruukur said...

emmm.. cam ner tuu? hantar 13 geran kat pejabat tanah untuk tujuan apa tuu?

kerja ukur macam mana yang ko maksudkan?

Diver said...

Hafizal..
nama kawan tiada dalam list di atas tu..
dah lama kawan tunggu benda ni..
kenapa la lambat sangat diwartakan?..
hm..hmm..

Diver said...

Lohh..
sowie...
dah cx semula ..ada rupanya..
dah tahap uncle rupanya..
ish..TQ Hafizal kerana,..list menunggu tu ada disana..
he...he..

juruukur said...

ada uncle diver.. nama uncle ada atas tuu.. hu hu hu

Anonymous said...

Good fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.

juruukur said...

yang baik dari allah.. yang buruk dari aku sendiri.. he he he

Anonymous said...

Tumpang tanya
Kalau kita ada tanah, 2 ekar, 1 nama aje. Kalau kita cagarkan kat bank, adakah kita masih boleh ambil hasil daripada tanah tersebut.terima kasih.

hafez

juruukur said...

bole.. kita bole ambik hasil.. sebab tanah tu.. masih tanah kita lagi..

kita cagarkan tanah tu kat bank.. untuk cairkan tanah tuu.. buat loan.. pastu setiap bulan kita bayar ansuran.. bolee.. no problemm

putrisal said...

nak tanya ..berapa kos pecah geran ni yer? kalau submit pejabat tanah rasa rm100 tapi kalau kos upah jurukur buat plan suma berapa ribu? saya ada tanah + rumah yang letak 10 nama dan besar tanah 11000 kaki persegi, di sg ramal baru kajang. kalau nak pecah kepada 1/2 (5500 kaki persegi) buleh ke?

juruukur said...

putrisal.. kalo luas dia.. kurang 10,000kp.. tanah tuu.. kena tukar syarat duluu.. dari pertanian kepada bangunan kediaman.. pastu baru bole pecah bahagian.. supaya masing2 bole dapat gera individu..

Anonymous said...

mahal ke kos nak pecah geran ni?

Anonymous said...

en hafizal, nak tanya, kl saya dah bayar 10% iaitu 10k drp 140k kpd tn tanah ,boleh ke kita cagar tanah tersebut ( masih nama tn tanah asal ) utk dapatkan loan bank utk buat bayaran baki hg tanah tersebut dgn izin tuan tanah. adakah saya perlu buat kertas kerja utk cagar tanah tersebut...pening ni harap en hafizal dapat membantu...

k.yatie

Anonymous said...

salam bro...
kalu beli tanah lot, pastu nama cuma masuk dlm geran(geran nama ramai²)...bleh ka nnt nak pecah geran tu kepada 1 lot = 1 geran??
brapa lama masa kalu bleh buat geran individu...???
betul ke ada syarat² kalu nak pecah geran kena ada jln 40kaki,parit/longkang,rumah tnb/air dll???
harap otai² bab nih bleh tlg jawab sat no...

zaki said...

Assalammualaikum en hafizal.
saya ada beli 1 lot tanah(5654sf) di area bangi lama, masalah nyer skrng ni,xde geran individu. asal geran ni 5 ekar satu nama(tanah pertanian),lepas tu pecah 5 org,sorang satu ekar, 1 ekar di pecah 10 lot(saya punya salah satu drpd 10 lot ni). so nak tanye, bleh kah sya apply utk geran individu,mcner/brape lama proses, anggaran kos?
harap en hafizal boleh bantu..thanls

Anonymous said...

boleh tolong advise bank mane yg boleh memberi cagaran tersebut. byk bank dh pegi tp semua kata tak boleh sbb bank hanya terima aset tetap yg dh ada pembangunan utk beri loan.

Mohd Saffuan Bin Mohd Khormain said...

Assalamualaikum En Hafizal.

Saya ingin bertanya mengenai geran tanah 2 ekar yang ada 3 nama. 1 ekar telah dimiliki oleh pakcik A, manakala baki 1 ekar dimiliki oleh arwah bapa saya dan pakcik B mengikut bahagian iaitu 1 ekar pecah kepada 4 bahagian. Arwah bapa saya telah membeli 2 bahagian dari adik beradik lain dan kini memiliki 3 bahagian termasuk bahagian arwah (bangunan iaitu rumah sedang di duduki) dan pakcik memiliki 1 bahagian. Penama di dalam geran juga telah di tukar kepada Arwah bapa saya, Pakcik A dan Pakcik B. Kini proses menukar nama kepada anak2(waris) sedang di uruskan. mengikut makluman, sekiranya tanah 1 ekar boleh pecah geran individu. ingin mendapatkan pandangan En Hafizal mengenai beberapa isu tertutamanya peluang untuk bina rumah melalui pinjaman perumahan serta pembahagian kepada 4 beradik mengikut lot.
1. tanah kurang daripada 1 ekar sekiranya di tolak dengan bahagian pakcik B. Adakah boleh sekiranya pengiraan 1 ekar termasuk bahagian arwah bapa + pakcik B bagi tujuan pecah geran kepada lot dan kemudian ia di pecahkan dan di bahagikan kepada 5 lot (pakcik B + 4 beradik) dengan bahagian pakcik B masih di dalam keluasan asal.
2. sekiranya boleh, adakah setiap lot mendapat geran individu yang membolehkan untuk membuat pinjaman perumahan.
3. Bagaimana pula dengan reserve laluan jalan kerana babagian pakcik B saya di bahagian belakang, adakah ia menjejaskan kiraan pembahagian setiap lot.
4. Sekiranya ada cadangan yang bersesuaian, mohon nasihat dan pandangan.

terima kasih

Anonymous said...

A'kum En. Hafizal,

Saya menunggu jawapan-jawapan tuan kepada soalan-soalan dari penyoal yang belum tuan jawab.

Jawapan mengenai Bab Pecahbahagi tanah pertanian yang kurang 2/5 hektar akan memanfaatkan terutama orang yang ada masalah tanah pusaka yang belum dipecahbahagi khasnya di kampung-kampung.

Saya pasti tuan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Semoga Allah memberi rahmat yang kepada usaha murni tuan.

Terima kasih.

Anonymous said...

salam...

Macamana dengan geran banyak nama dan 1 bahagian telah dijual. Pemilik baru ni masuk ke mahkamah untuk pecah bahgaian atau sempadan xberapa pasti. Geran tanah sekarang ada d pejabat lawyer dan x mau kasi pemilik lain untuk amik. Katanya tggu setel dulu. masalahnya tanah tu da bnyk bangunan kekal sejak tahun 1920 lagi. Jadi kalu dia berjaya melalui mahkamah dan dia mahu plot yang da ada bangunan atau tanah yang memang telah diperstuji milik siapa bagaimana. Lawyer x mahu bagi informasi tmpat mana yang pemilik baru ni mahukan. So macmana. boleh bantu

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP