Wednesday, July 1, 2009

PASTIKAN KALO BELI TANAH MESTI ADA REZAB JALAN

Hari nii aku nak syer.. masalah rezab jalan.. untuk makluman korang.. katakan akan datang.. korang nak invest kat tanah.. salah satu syarat dia.. korang mesti pastikan.. tanah yang korang nak beli tuu.. mesti ada rezab jalan..

Sebab semalam.. aku ada meeting ngan tuan-tuan tanah.. mintak aku bantu.. selesaikan masalah rezab jalan.. sebelum nii mereka beli tanah.. tapi tanah mereka tuu tak dee rezab jalan..

Jadi nak sampai tanah mereka tuu.. kena lalu tanah orang lain.. kalo tumpang lalu sehari dua.. mungkin laa jiran bagi.. tapi kalo dah bertahun tahun.. sapa boleh tahan.. tul tak?

Benda nii berlaku.. masa zaman British dulu laa.. kerajaan British bagi tanah main sedap jee.. ikut usaha tuan tanah.. tanpa ambik kira rezab jalan.. yang penting.. asalkan orang kampong dapat geran.. kononnya jalan keluar masuk.. boleh main hamtam jee

Dulu bole laa.. masa tuu tak banyak pembangunan.. KLCC, KLIA, PUTRAJAYA tak dee lagi.. dulu beli tanah main ekar-ekar.. tapi sekarang nii.. tak lagi.. kita beli tanah main kaki persegi.. sekaki pun kita kira

Untuk selesai masalah tanah cam nii.. tuan tanah ada pilihan.. samada nak mohon haklaluan persendirian atau haklaluan pentadbir tanah.. selain tuu tuan tanah boleh runding ngan jiran.. beli sebahagian tanah jiran.. untuk tujuan jalan..

Ayooo pening kan.. tak pee.. tak pee.. kalo korang ada masalah tanah cam nii.. rujuk ngan juruukur.. semua urusan nii.. juruukur yang buat.. juruukur akan bantu.. Insyallah

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

14 comments:

shaiful said...

kekadang tu rezab ada tp tak leh pakai, rezab jln kat puncak bukit tanah kat bawah or sebaliknya. so kena pergi tgk site gak la sblm beli tanah. ada gak ejen dia tunjuk tanah lain yg cun tp yg jual tanah hampeh. ambil inisiatif skit appoint "JURUKUR TANAH BERLESEN" utk check batu sempadan & rezab jln betul ke tak. bukan apa kekadang tanah ni ada yg hakmilik sementara batu sempadan jabatan ukur tak final lagi, tu yg jadi hal beli 1 ekar bila survey tak cukup. sebagai langkah berhati2 appoint "JURUKUR TANAH BERLESEN" bagi depa check. "JURUKUR TANAH BERLESEN" juga boleh bagi nasihat rezab jalan yg ada tu boleh pakai ke tidak.

juruukur said...

pul.. nasihat yang baik nii.. hak hak hak..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

kayzen said...

banyak jugak yer nak kene consider pasal tanah ni.. byk info aku dpt melalui blog ni, tq juruukur,

KEOWN said...

pul.. tapi kekadang dah rizabkan jalan still tak lulus.. nak lebar lagie....

dalam kes ini.. banyak rugi kalau beli tanah tak ada rizab jalan.

juruukur said...

kayzen.. apa laa sangat info cam nii.. aku cuma nak syer ngan kekawan.. mereka yang minat tanah

juruukur said...

keown.. tul tuu.. waahh dah semakin expert tanah nii.. hak hak hak

shaiful said...

teringat aku kisah MR. A ni yg mmg carik tanah xde rezab jln. bunyinya mmg pelik tp yg sebenarnya dia buat untung, katanya point ni boleh guna utk tekan tuan tanah jual murah.

salah satu cara yg dia guna lebih kurang mcm ni, MR. A akan aim 6-8 lot sekali gus yg bercantum sempadan. dlm tu ada la 2-3 lot yg xde rezab jln. dgn menggunakan madah berhelah dan kestabilan capital yg ada, dia approach tuan tanah 4-5 lot yang ada rezab jln utk JV. maka tuan2 tanah setuju bagi PA (Power Of Attorney)kat MR. A & sebagai permulaan, tuan2 tanah tadi dpt la cash 10-15K sorang bergantung kpd luas tanah masing2. So ... apa jadi 2-3 lot yg xde rezab jln tadi, tuan2 tanahnya mula la gelabah tgk org sebelah dah dpt cash. so diorg approach MR. A utk JV mcm lot2 yg lain.

So kesempatan ni MR. A gunakan utk tekan tuan tanah secara madah berhelah, ringkasnya terjual la tanah yg xde rezab jln tadi kepada MR. A dgn harga 60% drpd MV. amacam untung tak MR. A ? rezab jln x jadi hal pasal anytime dia boleh guna lot sebelah yg bagi PA kat dia ...

shaiful said...

keown, yg tu x dpt nak tolong pasal kat selangor ni kereta byk so kena rezab jln kena 50' x boleh 40'. kalau 40' gak mau terjejas industri automobil ..... kah .... kah ..... kah ......

juruukur said...

pul... best gak buat cara cam nii ek.. good idea...

bole apply nii.. nak kena berguru ngan ko.. macam-macam teknik ko tau

bila nak minum?? dah lama tak jumpa

shaiful said...

jurukur, cara MR.A ni walaupun legal tp penuh dgn madah berhelah.....hati kena cukup kering ooooo....

KEOWN said...

tue la selangor kan maju.. so jalan kena lebar lebih.. hehehheh

emaswarisan said...

Salam Juruukur,...tahniah atas info yg sgt berguna kat blog nih....saya kat Changlun,utara Kedah.Saya ada kemusykilan.Begini...
Saya telah membeli sebidang tanah pertanian 3 ekar,bergeran pajakan mukim,(lot-2)dari mini tar, tetapi tiada jalan masuk.Pemilik tanah lot-1 yg rapat mini tar telah bersetuju beri laluan jika saya setuju bayar.Saya pun dah setuju bayar RM....tetapi tanah dia belum bergeran lagi(dah mohon).Soalan:
(a)perlukah saya buat perjanjian yg proper mengikut kehendak pejabat tanah,pasal belian jalan masuk tadi.
(b)perlukah guna juruukur berlesen atau pakai sketch aje.
(c)adakah ketetapan lebar jalan yg standard dari pejabat tanah.
(d)kaedah permohonan yg mcm mana perlu sy kemukakan ke pejabat tanah.
Utk makluman,saya dalam proses nak bayar kos tersebut kpd pemilik sementara lot-1(tanah dia belum bergeran).
Jazakallah...

Jejaka aduka said...

salam sejahtera,,
nak Tanya kepada yang lebih arif,,
ada satu Tanah lot bangle keluasan 722m2,dan ada geran individu dah,,tapi owner cakap proses buat rezab jalan belum buat dan pembeli kena buat, tapi dalam masa yang sama owner cakap kalau buat rezab jalan keluasan 722m2 tu tak akan terjejas sebab dah ada peruntukkan rezab tu,, bermakna 722m2 tu hanya untuk tapak banglo saja,,
saya kurang faham kes macam ni,, boleh tolong jelaskan?

Anonymous said...

Kalau tuan tanah berkeras x nak bagi tanah dia untuk buat rizab jalan kuta nk buat camner plak....

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP