Pagi tadi aku ada meeting kat Ipoh. Sebab nak uruskan tanah En I. Alhamdulilah sangat, semuanya berjalan lancar. Insyaallah, tak lama lagi, harapan En I nak buat projek Retirement Village dia, akan tercapai. En I nak buat projek kediaman untuk orang-orang pencen tuu. Hebatkan.. konsep macam nii pun ada
Sebabkan sekarang ni cuti sekolah, aku pun bawaklah sekali family, pergi pusing-pusing Ipoh. Anak aku si Naufal, Aisy & Iman happy betoi. Kejap menyanyi, pastu bergurau, last-last bergaduh. ha ha ha. Ayoo huru hara aku dibuatnya.. ha ha ha
Berbalik cerita downgrade tanah nii. Sebenarnya sekarang nii, aku tengah uruskan satu kerja kat Hulu Langat. Projek nii nak kasi menurun taraf kategori tanah, dari perniagaan kepada pertanian.. pelik kan?
Sebelum nii.. aku selalu war-warkan kat korang.. pasal upgrade tanah. Upgrade ke lot bungalow, upgrade ke industri, Tapi kali nii aku syer lak pasal downgred tanah, boleh?
Tersebutlah kisah.. Klien aku nii, Ustaz A dan kekawan dia, mereka ada beli tanah, 4 ekar kat Hulu Langat. Mereka beli 6 tahun lepas.
Tanpa ambik kira keadaan topografi tanah tuu. Tanpa ambik kira sempadan tanah tuu.. atas dasar percaya agent yang menunjukkan tanah. Mereka setuju beli ngan harga, 1 ekar cuma 50K. Kira tak lah mahal sangat, kalo 4 ekar tuu baru RM200K jee
Selesai jee urusan pindah milik, mereka terus upgrade tanah tuu, dari pertanian kepada lot perniagaan. Sebab perancangan mereka, nak buat sekolah swasta atas tanah tuu
Jadi juruukur dibantu oleh jururancang bandar pun uruskan lah untuk mengupgred tanah Ustaz A tadi, sampai lah selesai. Bila dah selesai, dah bayar premium tambahan, cukai baru, cukai parit semua
Barulah Ustaz A sedar, yang tanah tuu tak sesuai nak buat sekolah. Sebab topografi tanah tuu curam banget. Jeng.. jeng… jeng… apa nak buat, nasik dah jadi bubur, tipah tertipu, tipah tertipu. Sempadan tanah yang agent tunjuk, tak sama ngan yang juruukur ukur. Kesian Ustaz A and the gang kann
Mereka cadang nak simpan jee tanah nii.. kononya nak buat projek pertanian laa. Tanpa downgred kategori tanah. Boleh laa nak tanam pokok-pokok, tapi bila mereka kira-kira, mereka tak leh tahan. Sebab cukai tanah mahal gila, setahun jee hampir RM15K. sebab tanah tuu dah pun kategori perniagaan
Aku cadangkan kat mereka, kalo bole jangan downgrade, kita carik option lain, mungkin kita boleh
1. Jual tanah tuu ngan harga murah, asalkan boleh cover cost mengupgrade dulu
2. Cagarkan tanah tu kat bank, untuk dapatkan modal, pastu beli tanah lain, kasi develop buat bungalow, pastu kasi jual
3. Downgred ke bungalow jee.. pastu pecah kecik-kecik, pastu jual murah-murah
4. Last option, baru lah downgrade ke pertanian balik
Aku nampak, mereka ada usaha, usaha untuk carik buyer, tapi malang semua buyer cabut. Sebab tanah tuu curam tahap ultraman tuu.. ha ha ha
Jom kita kira berapa Ustaz A rugi
KOS UPGRADE DARI PERTANIAN KE PERNIAGAAN
Bayaran juruukur : RM4K
Bayaran jururancang Bandar : RM8K
Premium tambahan : RM50K
Cukai baru : RM15K
Caruman parit : 10K
JUMLAH : RM87K
KOS DOWNGRADE DARI PERNIAGAAN KE PERTANIAN
Bayaran jururancang Bandar : RM5K
Premium tambahan : nominal (RM100)
Cukai baru : RM50
JUMLAH : RM5150
RUGI
Jumlah upgrade + jumlah downgrade
RM87K + RM5150
JUMLAH : RM92,150
Ayoo… ustaz A rugi RM92,150 tuu.. banyak tuu.. tu belum masuk harga tanah lagi tuu, RM200K. Jumlah rugi dalam RM292,150 tuu bro
Aku rasa bagus kita ambik ikhtibar dari kes Ustaz A nii.. mana tau akan datang, korang nak invest kat tanah. Bagus korang semak betoi-betoi sempadan dan topografi tanah tuu. Jangan sesekali percaya agen bulat-bulat
Selain tuu dapatkan consultant yang jujur. Sepatutnya juruukur & jururancang yang Ustaz A lantik sebelum nii, kena bagi nasihat jujur kat Ustaz, tapi mereka buat sebaliknya
Apa pun.. ini adalah pengajaran untuk kita, jangan kita buat kesilapan yang sama, tul tak?
Ok laa.. bye bye
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Friday, June 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
June
(21)
- MESIN CETAK DUIT
- KONGSI BELI RUMAH, KONGSI UNTUNG
- BILA WAKTU TERBAIK BELI TANAH?
- JAWATAN KOSONG
- BERBALOI KE BELI RUMAH LELONG?
- NAK UPGRADE PROJEK AYAM NGAN LIMAU
- HERO-HERO AKU
- TT KAT RAMAL JUNCTION
- JOM WAKAF TANAH
- KENAPA TANAH AKU TAK BOLEH NAK UPGRADE?
- PECAH GERAN TANAH UNTUK UPGRADE MODAL
- MAKLUMAT APA YANG KORANG INGINKAN?
- PASTIKAN KITA UPGRADE TANAH DULU SEBELUM JUAL
- DOWNGRED TANAH DARI KATEGORI PERNIAGAAN KE PERTANIAN
- BELI TANAH PAKAI EKAR, JUAL TANAH PAKAI LORI
- TUKAR SYARAT TANAH PASTU JUAL BORONG
- KONGSI BELI TANAH PERTANIAN PASTU PECAH SEKAR-SEKAR
- UPGRADE TANAH PUSAKA JADI LOT BUNGALOW
- UNTUNG KEE BUAT PROJEK LOT BUNGALOW?
- KONGSI-KONGSI BELI TANAH
- DAPAT TANAH FREE
-
▼
June
(21)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...9 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
15 comments:
insaf jap...memang perkara camnie selalu berlaku dalam hidup...masalahnya tak semua jujur cam ko Zal..bagi advise tengok aspek untung rugi client...most of bizz people..janji ader job..pulun...
thanks bagi peringatan bro.
Matt.. aku setuju tuu.. mereka asyik pentingkan duit jee.. yang jadi mangsa adalah kita..
Kenapa tak kita tolong bangsa kita sendiri?
bun, perkara nie biasa berlaku..
masa aku jadik surveyor dulu pun.. (sekarang nie aku jadik apa yek?? hehhehe) ramai org pandang remeh servis jurukur nie.... diorang kata tak penting dsbg... bila dah ada masalah dengan tanah diorang baru sibuk carik jurukur....
aku rasa kalau ustaz nie dulu keluarkan seribu dua panggil jurukur untuk tentukan coordinat sempadan, maybe dia tak akan rugi sebanyak rm292k... betul tak?
aku cadangkan uztaz tue buat pusat riadah/motivasi ke.. yang ada Abseiling tue ke....
keown.. he he he.. apa lah sangat ngan kos 2-3ribu tu kan.. kalo banding ngan rugi yang terpaksa mereka tanggung
bayar cukai tanah sudah 15K setahun.. mahal tuu
jurukur, saper la planner ustaz A ni ......
ishk ishk.. ko tak kenal ke pul? ha ha ha..
Aku rasa ko kenal pul.. ha ha ha
bisness tetap bisness kan.. org suh buat kita buat ajelah.. hahahhahah
Fizal..terima kasih atas cerita ni.. selalu baca cerita manis je.. bagus juga cerita ni untuk ambil pengajaran..
kalu satu belah bukit beza 6 kaki dr satu belah lg ade sungai tp slalu banjir time monsun, kira ok lagi k? berbaloi x kalu nk tambun tu eh kalu tanah dlm 2 ekar?
kategori perniagaan ng tanah komersil tu sama la ek?
Wah..ada itu retirement village..
aku pun mau laa.dlm 5-10 thn lagi, beli tanah 10 ekar..pastu buat rumah banglo cantik2. lokasi jgn jauh dr bandor, janji tempat tu sunyi & selamat, ala2 kampung, siap ada dusun dan sungai lagi..wahahah..
hafizal, tlg carikan tanah mcm tu kat aku..budget? blum ada..haha
wakata.. bestkan dok cam tuu.. ajak geng pmc dok sekali ngan kita.. setiap malam bole TT.. ha ha ha
info yang menarik...
ojah.. kena kira tuu.. baru nampak.. samada untung kee rugi
roslan.. tima kasih bang lan
bagus topik ni.. sama mengingatkan..
takder lah citer pasal untung jerk kan.. kadang2..asyik pk untung jerk..kite leh terlpeas pandang mende2 camni.. tahniah bro..
gud infoo..
kalo mau edjas2..upgrade tanah area terengganu..leh sampai kan?? hehe
Post a Comment