Friday, June 5, 2009

KONGSI BELI TANAH PERTANIAN PASTU PECAH SEKAR-SEKAR

Hari nii kita bincang sikit pasal tanah pertanian boleh? Tanah pertanian nii adalah tanah kebun. Macam tanah mak bapak kita yang kat kampung tuu.. Satu lot ada 2 ekar, ada lak yang besar lagi.. berekar-ekar

Selalunya tanah pertanian nii, kalo kat kampung tuu mereka tanam ngan pokok getah, kelapa sawit, koko, kelapa dan macam-macam. Ada yang usahakan ternakan cam bela lembu, bela kambing, ternak ikan

Paling mudah, nak bezakan kategori tanah kita.. samada tanah pertanian kee atau tanah bangunan, korang boleh semak kat dalam geran. Kat geran tuu ada bagi tau, tengok kat bahagian kategori

Ada geran tuu, tak de bagi tau, kategori tanah kita, kat ruang kategori tuu.. dia tulis nil je. Kalo ada kes cam ni, korang tengok lak kat bayaran cukai, kalo cukai tanah korang mahal semacam tuu, tu mungkin kategori bukan pertanian, tapi kalo sebaliknya.. memang sah lah tanah pertanian. Sonang joo

Kalo nak tahu sekar tuu berapa besar? Sekar tanah pertanian, luas dia 43560kp, tapi kalo luas rumah low cost lak, dalam 650kp jee. Kalo kita bandingkan, 43560kp / 650kp = 67. Jadi luas sekar tuu sama ngan luas petak 67 bijik rumah low cost. Besar kan?

Kalo nak invest tanah pertanian nii.. Syarat paling mustahak adalah PROJEK, PROJEK, PROJEK. Sebaliknya invest rumah atau kedai LOKASI LOKASI LOKASI. Setuju tak? Sebab invest kat tanah nii, kita mesti rancang bebaik, mesti ada projek yang menguntungkan, kalo tak, bimbang-bimbang investment kita sia-sia. Takut-takut jadi liability lah pulak

Nak buat projek nii.. tak lah susah sangat. Tiru jee apa yang orang lain buat. Selalunya mesti projek pertanian la. Cam tanam kelapa sawit, ternak ayam, ternak ikan, tanam getah, sayuran, chalet dan lain-lain la. Buat projek yang simple-simple jee.

Kalo nak mudah, beli tanah yang dah siap projek. Misalnya dah siap tanam kelapa sawit. Sekurang-sekurangnya beli jee tanah tuu, kita terus dapat income. Pastu kalo nak upgrade, bela lembu sekali pun bole

Aku rasa, kita dah boleh start dah, kalo nak beli tanah pertanian ni. Kita kongsi modal pastu kita beli tanah yang murah-murah, kat kawasan pedalaman sikit pun tak pee. Asalkan tanah tuu luas. Kita mulakan ngan projek pertanian. Kalo sekar boleh untung RM300 sebulan, dah cun dah tu

Untuk dapatkan info, tanah untuk dijual nii.. agak susah sikit. Tak macam lelong. Jadi sapa-sapa ada info tuu.. kita syer-syer lah ekk

Bagi menjamin para pelabur, aku syorkan, lepas kita beli tanah tuu, bagus kita pecahkan geran individu. Supaya hak pelabur terjamin. Maksud aku katakan kita beli 10 ekar, kongsi 8 orang, mula-mula tuu masukkan 8 nama dalam 1 geran. Pastu kasi pecah sekar lebih sorang. Setiap pelabur tuu, ada geran masing-masing. Sebab kalo nak refinance, nak cagar, nak pindah milik kat anak-anak, senang sikit

Dari segi projek lak, kita buat sekali. Kalo nak tanam limau, ke semua 10 ekar tuu, kita tanam limau, Hasil keuntungan syer 8 orang.. macam mana? setuju?

Korang rasa kita dah bersedia belum?

Ok.. bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

16 comments:

sourplum said...

mmg tokei tanah btul la lu ni

MattDemon said...

Inysa-Allah boleh..tapi lokasi berdekatan selangor/klang valley pun penting zal...sbb faktor pengangkutan n marketing...cam tanahko kat beranang tu memang terbaeek la...others option belah2 nogori...kuala klawang..

zerocredit said...

setuju setuju..

minat gak nak join

Wan Azmi said...

apa kata kita mulakan dgn pilot projek.. kumpulkan org yg berpotensi jadi pelabur.. cari tanah and then majukan.. bila dah menjadi barulah org akan follow kita utk projek seterusnya.. masa tu lagi ramai la pelabur dan lagi besar modal, lagi besar tanah dan lagi byk projek boleh buat... mcm jugak dgn beli rumah lelong... kita follow Pie yg dah berjaya.. amacam, setuju?

kayzen said...

bagus cadangan ko tuh.. harap menjadi..

zull said...

nak join jadi pelabur bole x...tp budget brape ah...???

k.aida said...

saya mau.. saya mau.. count me in....

mau ajak jd pelabor pon boley.. mau jad petani pun saya boleyyy jugak...mau carik tanaah best2 tuh.. saya mmg x reti....

mann said...

nak tanye skit...
camna nak tau nilai/harga tanah kat tempat kita...
TQ

ojah said...

huhu bestttt.... Tumpang sekali boley ;)

-tuanbri- said...

mann @ camnee nak tau value tanah?
itulah gunanya Juruukur...

call dia for free consultation..hehehe

Idea ni memang dah lama org kg pakai...senang dan mudah bagi mereka yg x bnyk modal...selalunya satu keluarga akan kumpul duit daripada pakcik2x..pastu beli dan pecah..

bling2 said...

tuanbri,
awak nmpk kacak dlm avatar.. haha

tp value tnh klo tanye juruukur dia suh tanye penilai/valuer.. hehe

smlm g walimatulurus kat semenyih...
org tu beli tnh kat tepi highway LEKAS...

pastu buat umah port weekend..
beshh siut.. luas tnh tu...
tp xtanye plak brape dia beli.. psl nk gerak blk dah...

juruukur said...

sourplum.. aku bukan tokeh tanah, aku cuma cikgu, cikgu tanah.. ha ha ha

matt.. aku setuju tuu.. jangan jauh sangat kan, sapa nak invest tempat ceruk-ceruk kan

wan_azmi, setuju setuju, cuma tanah nii lain sikit ngan rumah lelong. Info rumah lelong senang nak dapat, tapi info tanah, kena ambik masa nak carik. so apa kata dapat info tanah untu dijual dulu boleh?

mann.. nak tau nilai, boleh rujuk ngan jurunilai atau pihak bank.. mereka boleh bantu

kekawan lain.. kita sama-sama carik info, tanah untuk djual ekk..

Anonymous said...

"mann.. nak tau nilai, boleh rujuk ngan jurunilai atau pihak bank.. mereka boleh bantu"

terima kasih info tu...
aku memang jahil bab-bab macam nih...

hang_kebun said...

salaM... saya berminat tentang tanah ni... sedia untuk join if berpeluang..

juruukur said...

hang kebun.. insyaallah bole..

ochai said...

count me in too!!

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP