Wednesday, June 17, 2009

KENAPA TANAH AKU TAK BOLEH NAK UPGRADE?

Hari nii aku nak syer, pasal tanah klien aku nii, nama dia abang R. Dulu dia ngan kekawan, mereka syer-syer beli tanah kat Gombak. Luas tanah 3 ekar. Kawasan nii dekat ngan UIA. Memang cun laa kalo buat rumah area nii.. Kawasan sekitar masih hutan lagi. damai jee.. banyak oksigen niii

Mereka cadang, lepas beli tanah tuu, mereka nak kasi upgrade. Nak upgrade dari kategori pertanian ke bangunan kediaman. Kononnya nak buat lot bungalow laa nii. Supaya masing-masing boleh dapat geran individu

Kalo kat Selangor, nak upgrade tanah cam nii.. kena dapatkan ulasan teknikal dari beberapa pihak, antaranya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Pihak nii yang tentukan zoon tanah kita. Tanah mana yang boleh diupgrade. Tanah mana lak yang mesti kekal sebagai kawasan hijau

Alangkah terkejutnya abang R, bila dapat tahu tanah mereka, tak leh nak di upgrade.. sebab terlibat ngan TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR. Ayooooo.. apa sudah jadi nii? Kesiannya abang R

Mereka dah cuba merayu kat kerajan tapi jawapan mereka tetap sama. Tanah tuu mesti kekal sebagai pertanian.

Perkara ni berlaku sebab abang R tak semak betoi-betoi sebelum beli tanah. Kalo korang nak beli tanah, pastu cadang nak upgrade tanah tuu, nak buat projek rumah, kedai kee, kilang kee.. bagus korang semak info betul-betul. Rugi beb kalo kena cam nii.

Sebaliknya kalo korang nak buat projek pertanian, tak dee masalah.. kita boleh belasah jee

Cam mana pun.. Abang R tak dee masalah nak jual tanah tuu.. urusan jual beli boleh buat. nak pecah sekar-sekar pun bole tapi mesti kekal sebagai tanah pertanian. Nak upgrade jee ada problemm. Dari segi nilai lak.. tanah tuu nilai dia kureng laa sikit

Berapa mereka rugi ekkk?

KOS
Beli tanah : 600K
Kos ukur : 3K
Kos tukar syarat tanah : 7K
JUMLAH : 610K

NILAI TANAH
Tanah tak leh upgrade.. kekal kat RM600K.. aku rasa laa

RUGI
Nilai tanah – jumlah kos
600K – 610K : 10K rugi.. Ayoooo..

Jom kita ambik pengajaran dari kes abang R. Pastikan kita semak semak semak info dulu sebelum kita beli tanah

Ok.. chaw chin chaw.. hak hak hak

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

10 comments:

KEOWN said...

sebelum beli tanah kena banyak keje.. jangan asyik dengar kata-kata murni daripada penjual....

banyak kes macam nie...

faiz said...

Pengajaran paling utama ialah kena rujuk orang berilmu dulu sebelum buat apa-apa pembelian tanah. Dapatkan juga pandangan pihak ketiga.

zerocredit said...

bro...
tanah yg baru keluar geran tak boleh jual ke?

sebab dia letak syarat 12 tahun.

juruukur said...

keown & faiz... setuju setuju tuu.. ha ha ha

zerocredit.. setakad nii.. aku tak pernah jumpa kes cam nii.. dalam geran tuu bagi tau cam mana ekk?

zerocredit said...

dalam bahagian sekatan sekatan kepentingan...

di tegah membuat sebarang perkiraan kecuali gadaian di dalam tempoh 10 (sepuluh) mulai tarikh didaftar surat hakmilik melainkan dengan kebenaran menteri besar kedah.


nie maksudnya..aku takleh jual kat pembeli lain la kan?

shaiful said...

Jurukur, rasanya ana tau la kes Abg R ni. he .. he ..

juruukur said...

pul.. he he he

ojah said...

perghhh takut2.. kena baware la ini macam...

juruukur said...

jangan ghairah sangat.. risiko main tanah ada gak..

cam kes nii.. kira rugi laa nii.. duit terpendam jee..

JusticeMan said...

As salam en hafizal...baru2 ni ada agent nak jual tanah dikawasan sebelah kanan tol gombak (kalau menhala ke pahang). tanah bukit. Apabila disemak tanah tersebut dengan MPS bahagian perancang memang tanah tersebut terletak di dalam kawasan rezab taman warisan selangor. Tapi persoalannya agent tu kata dan pegawai perancang tu pun kata boleh di upgrade jadik kediaman (biasalah kata2 agent) tapi persoalannya bernarkah tanah tersebut boleh diupgrade sekarang ini (tahun 2012). tuan punya artikel ni tahun 2009 ada tak perubahan selepas itu. wasalam

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP