Hari nii, aku ada mesyuarat ngan orang kampung.. kat Batu 5 Bangi. Berhampiran Bandar Seri Putra. Biasalah bila mesyuarat ngan orang kampung nii.. macam-macam mereka tanya.. terutama melibatkan tanah pusaka mereka.
Ada yang tanya macam mana nak pecah geran tanah, ada pulak yang tanya macam mana nak uruskan tanah pusaka moyang mereka dan macam-macam lagi
Ok.. berbalik cerita pasal kongsi-kongsi beli tanah nii.. aku nak syer ngan korang, teknik orang kampung nii pakai, sampai mereka nii berjaya beli banyak tanah, kat sekitar kampung nii. Bukan tuu jee.. aku tengok mereka nii muafakat betul.. seronok aku.. bila mesyuarat ngan group nii
Untuk tanah yang tengah aku uruskan nii.. mereka beli tanah nii 5 tahun yang lepas. Luas tanah 2 ekar lebih dengan harga 60K. Keadaan topografi agak rendah sikit. Tapi lot bersebelahan dah ada rumah, lengkap ngan kemudahan elektrik, jalan tar, air dan tipon
Mereka beli tanah nii.. kongsi 10 orang. Setiap sorang keluarkan modal antara 5K–9K. sapa yang keluarkan modal 9K, dapat kawasan depan dan mengadap jalan, manakala yang 5K lak, dapat kawasan dalam dan berpaya sikit
Bila semua setuju, mereka pun lantik juruukur, mintak juruukur sediakan pelan cadangan. Untuk tentukan kedudukan plot masing-masing.
Semua urusan pindahmilik dan perjanjian kedudukan plot, diuruskan oleh lawyer yang mereka lantik
Disebabkan luas tanah ni 2 ekar lebih, jadi mereka lantik 2 orang dari kumpulan mereka.. sebagai pentadbir. Dan kalo lah 2 orang pentadbir nii tipu atau belot.. pemilik lain ada hak untuk kaveat tanah nii. Jadi urusniaga ke atas tanah ni tak leh nak dibuat.
Kira pandai gak orang kampung nii eekk.. he he he
Lepas tuu, aku pun uruskan tanah mereka.. mohon tukarkan syarat kesemua tanah mereka tuu.. dari pertanian kepada lot bungalow. Kejap jee urusan tukar syarat nii.. tak sampai 5 bulan dah boleh selesai
Bila urusan tukar syarat siap, pastu mereka pun buat urusan pindahmilik lak, daripada 2 orang pentadbir tadi kepada 8 pemilik lain. Urusan pindah milik nii siap dalam tempoh 3 bulan je
Pastu mereka buat pecah bahagian tanah, supaya masing-masing boleh dapat geran individu.. dan sekarang ni aku tengah uruskan. Insyallah dalam tempoh 3 bulan lagi.. boleh selesai laa kot.. mesti mereka seronok kan.. yelah pelaburan mereka 5 tahun lepas dah nak keluarkan hasil
Untung kee buat cara cam ni?
KOS
Harga tanah : 60K
Lawyer : 2K
Urusan pindahmilik kepada 2 pentadbir : 1K
Tukar syarat tanah (consultant) : 8K
Premium tambahan, cukai parit, cukai baru : 25K
Pindah milik kepada 8 nama lain : 15K
Pecah bahagian tanah (juruukur) : 10K
JUMLAH : 121K
121K bahagi 10 orang rakan kongsi : Purata sorang keluarkan modal RM12.1K
NILAI TANAH
1kp : RM12 minimum
2 ekar lebih bahagi 10 rakan kongsi : Luas setiap orang boleh dapat 8799kp
Nilai tanah setiap orang : RM12 x 8799 : RM105,588
UNTUNG
Nilai tanah – modal : RM105,588 – RM12,100 : RM93,488
Wowowow.. dalam tempoh 5 tahun.. setiap sorang boleh untung RM93,488.. banyaknya
Mereka tak yah buat apa-apa pun.. mungkin sibuk sikit masa awal-awal dulu.. peringkat nak beli tanah tuu kot. Pastu relak jee. Semua benda lawyer ngan juruukur uruskan. Tapi boleh untung banyak gila
Korang rasa kita boleh buat tak?
Luu pikirlah sendiri.. heheheh (bak kata Nabil Raja Lawak)
Oklah.. bye bye
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
June
(21)
- MESIN CETAK DUIT
- KONGSI BELI RUMAH, KONGSI UNTUNG
- BILA WAKTU TERBAIK BELI TANAH?
- JAWATAN KOSONG
- BERBALOI KE BELI RUMAH LELONG?
- NAK UPGRADE PROJEK AYAM NGAN LIMAU
- HERO-HERO AKU
- TT KAT RAMAL JUNCTION
- JOM WAKAF TANAH
- KENAPA TANAH AKU TAK BOLEH NAK UPGRADE?
- PECAH GERAN TANAH UNTUK UPGRADE MODAL
- MAKLUMAT APA YANG KORANG INGINKAN?
- PASTIKAN KITA UPGRADE TANAH DULU SEBELUM JUAL
- DOWNGRED TANAH DARI KATEGORI PERNIAGAAN KE PERTANIAN
- BELI TANAH PAKAI EKAR, JUAL TANAH PAKAI LORI
- TUKAR SYARAT TANAH PASTU JUAL BORONG
- KONGSI BELI TANAH PERTANIAN PASTU PECAH SEKAR-SEKAR
- UPGRADE TANAH PUSAKA JADI LOT BUNGALOW
- UNTUNG KEE BUAT PROJEK LOT BUNGALOW?
- KONGSI-KONGSI BELI TANAH
- DAPAT TANAH FREE
-
▼
June
(21)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
32 comments:
bun... carik satu tanah dan buat projek pilot... kena cargass sikit nie..
keown.. bole.. kita sama-sama carik laa.. fokus sekitar area Bangi ekk. Mudah untuk uruskan
Pastu kita JV.. ajak kawan2 blog joint sekali.. Baru sama2 untung.. ok tak cam tu?
salam fizal..hehehe...aku mmg ada plan nk buat camni..cuma ongkos saja..hehehe!!...exam camne beb?
moi.. hehe.. orang semua jawab.. kita pun jawab gak.. hehehe
aku belasah jee.. hehe
aku tengok ko.. pas exam tuu.. sempoi jee.. mesti boleh jawab tuu.. hehehe
hmmm.. bestnya kalau dapat JV buat sama2..
saya mahu cara ni..
sila masukkan nama saya dlm waiting list.. hehe
klo sorang around 10k tu canteks dah.. haha
wida.. nanti kita buat sesama eekk.. akan aku usahakan.. carik tanah yang menarik sikit
bling2.. boleh.. no promlemmm
mau join jugak kalu ade opening :) .. tolong2 ehehehehhe
ojah.. bole bole..
sila cadangkan ke koharta
cadangan
beli tnh rm200k utk yg 2.2 ekar
spend 70k utk proses tukar syarat n pecah sempadan (legal fee, surveyor n etc)
2.2 ekar = 95,831.26 sqf
1 lot banglo = min 5000 sqf (40' x 80')
16 lot banglo = 80k sqf
1sqf = rRM15
total =RM1.2mil
or
1 lot banglo = 6000 sqf (60' x 100')
14 lot banglo = 84k sqf
1sqf = RM 15
total =RM1.26mil
270k/80 anggota = RM3375
tempoh 2 tahun...
tahun pertama xdak dividen
tahun kedua?
tlg kira kan kejap... ;)
pembetulan 40' x 80 ' patutnya 50' x 80' ... hehe.. baru dpt 80k sqf
silap la.. adoi.. lemat nafsu math la aku ni.. huhu
50' x 100'
fizal.. masukkan nama wa slaki.... eh silap, skali...eheheh
kalo dah ada tanah tu calling2, kita carik membe2 sampai cukup korum sedozen orang...
n mau masuk ini projek dlm kopehal kita gak.. muahahhah....
hehehehe...aku sempoi sgt tu sbb aku rasa cam ke parit je masa exam..hahahha!!anyway gud luck fizal...aku tgk ko pun cam konfiden je masa jawab tu...haha!!!..hari tu ko call aku..sori ada meeting kat luar....
pasal idea ko ni, dah lama plan..but x brani nk usulkan coz tkt sifu-sifu kata aku ni extreme lak..hehehe!!!bagusla ko yg usulkan dulu...wat masa ni KIV dulu...insyaallah ada rezki..konfem aku akan usulkan kat korang...hidup jurukur...hehehehe!!!
macam best jer....
boleh bun.. nanti kita kongsi ramai2.. make sure jalan dengan baik....
nak cari.. tanah... nak cari tanah....
wow.. mau register nama sekali bleh ka?
fizal..aku jgn dilupa...hehe
jgn tinggal daku...ohhh dewi ohhh juwita....jurukur ada projek bagus jgn lupa tarik nama aku yer....
opppsss...tarik plak...taruk.....sori
juruukur saya pun berminat la..kalau adad roger la ye..saya pun dok bangi gak..hehe
Zal...proposal n pendedahan yg sangat menarik...tn hj bling2 pun siap wat kira2 tue..
Insya-Allah wa stanbdy je...kalu RM10K sorang..insya-Allah anytime bro. Ikhlas tapi jauh nie..:)
wah...dah terlambat ker? nak tumpang lalu skit...nak register satu nama boleh?
fren.. ada jee peluang best.. aku war-warkan dalam blog.. jangan bimbang
fizal, boleh dah buat team utk invest tanah lak.. sikit2 sorang, kumpul modal bleh jalan dah tu...
kayzen.. tul tuu.. aku pun dah nampak dah nii.. ada peluang.. kita syer syer ekk
beshnye.. aku ade berangan nk wat camni.. tp kalo aku nk wat sorang2.... mampu berangan jerk laa..kalo kgsi.. insyaALLAH leh gerak ..leh register ke.. hehe.. kalo bajet dalam10k-15k sorang.. insyaALLAH boley cube.. tp tak tau la kot2 nama wa tak diterima.. hehe
peruzz.. semua nama aku terima.. cargas jom carik peluang..
salam muhibah bt semua dan khusus buat empunya blog, salam juruukur... Suatu idea yang baik, harap dapat kenal2 dengan tuan...
bole jee.. no problem.. ha ha ha
Salam,
Saya nak join kalau ada peluang!
mat. bole no problem..
Post a Comment