Thursday, June 4, 2009

UPGRADE TANAH PUSAKA JADI LOT BUNGALOW

Aku seronok sangat sebenarnya. Semenjak ada blog nii, boleh kata setiap hari, ade jee kekawan call.. bincang masalah tanah mereka. Nak urus tanah pusaka lah, nak buat lot bungalow lah, nak tukar syarat lah.. macam-macam.. he he he

Berbalik aktiviti aku hari nii.. sebelah petang.. aku ada meeting ngan family Saudara Yunus. Kat area Batu 2 Jalan Semenyih. Jadi topik kita orang, bincang masalah tanah pusaka

Macam korang tahu, tanah pusaka nii.. tanah peninggalan si mati. Samada tanah mak bapak atau tanah adik beradik kita. Bila mereka nii meninggal, kita ada hak atas harta si mati

Kalo si mati ada cash banyak.. simpan kat ASB, Tabung Haji kee.. tak susah pun nak difaraidkan.. atau nak dibahagikan kepada yang berhak.. Sebab duit ni benda yang cair.

Tapi kalo si mati tinggalkan tanah.. banyak problem ooo.. kalo kita tak uruskan bebaik

Orang tua selalu pesan, tanah pusaka jangan dijual. Jangan berebut harta pusaka. Nanti kalo kita mati dihimpit dek tanah. Aku setuju ngan nasihat orang tetua ni… tapi kan bagus kalo mereka tambah sikit lagi.. tanah pusaka nii mesti dimajukan, dibangunkan, diusahakan.

“Bapak tinggalkan kat korang tanah sekar, korang kena jadikan dia 1000 ekar”.. Atau “bapak tinggalkan kat korang 20 bijik rumah sewa, korang mesti jadikan dia 2000 bijik”.. bole ke nasihat cam nii? Kasi motivasi sikit kat orang muda cam kita nii ekk.. setuju tak? He he he

Kalo korang perhatikan.. ada banyak tanah pusaka.. 1 geran tapi ramai tuan. Kadang-kadang tuu sampai berpuluh nama. Kalo jadi kes cam ni.. tak kena gaya.. boleh bergaduh adik beradik, dan tanah tadi akan terbiar jee

Bagi kes saudara Yunus nii.. arwah bapak dia ada tanah, 5 ekar kat Semenyih. Bila bapak dia mati, tanah tadi mereka uruskan pusaka. Pastu tanah tuu dibahagi sama rata.. ngan 8 adik beradik. Jadi seorang boleh dapat dalam 27225kp. Besar gak tuu

Jadi plan keluarga Yunus ni.. dia nak buat.. supaya setiap adik beradik dia yang 8 orang tuu.. boleh dapat geran berasingan. Nak kasi upgrade tanah tadi jadi lot bungalow.. Hebatkan.. so dia mintak aku uruskan.. dari A to Z, sampai lah dapat geran asing-asing

Impian dia, bila dah ada geran individu nii. Tanah tadi secara otomatik, nilai dia akan naik. Pastu tanah tu senang nak urusniaga, boleh dicagar, boleh dipajak, nak jual pun sonang.

Bukan tuu jee, bila ada geran individu ni gak.. akan selesaikan masalah sempadan tanah. Pastu kalo nak pindah milik kat anak-anak pun mudah.

Berapa modal nak pakai? mahal kee?
Tak mahal pun.. jom kita kira

KOS
Kos tanah : free sebab tanah pusaka
Bayar kepada juruukur : 3K
Bayar kepada jururancang bandar : 7K
Bayar premium tambahan, cukai baru, cukai parit : 30K
Bayar kepada juruukur (pecah geran) : 12K
JUMLAH : 52K

RM52K / 8 beradik : RM6500 sorang.. mahal kee.. tak mahal pun.. kalo main rumah lelong tuu.. modal RM6500 cuma boleh beli low cost jee

NILAI TANAH
Sorang boleh dapat 27225kp. Tu lom tolak ngan rezab jalan. Katakan tolak ngan rezab jalan dalam 50’. Baki luas setiap sorang boleh dapat 23000kp. Pastu katakan nilai sekaki persegi kat area sini dalam RM12.00

23000kp x RM12.00 : RM276,000

UNTUNG
Nilai tanah – kos untuk sorang
RM276,000 - RM6,500 : RM269,500 tuu sorang untung. Kalo untuk 8 lot lak, RM269,500 x 8 lot = RM2,156,000. Berjuta tuu

Urusan tanah nii, boleh selesai dalam tempoh setahun setengah, sapa nak bagi beb, Kita melabur cuma RM6,500 dalam setahun setengah, tapi untung RM269,500. Pak Man Telo pun gulung tikar bro, kalo boleh bagi dividen banyak cam nii.. hehehe

Kalo tak de modal RM6500 tuu.. boleh buat personal loan la. Kekadang tuu aku pun tak paham.. apa lah sangat RM6500 tuu berbanding nilai yang kita dapat. Tul tak?

Cuma apa yang perlu kita buat, kita adik beradik kena sepakat, kena satu hati.. pastu carik modal dalam RM6500 sorang.. ituu jee.. yang lain tuu semua juruukur selesaikan

Untung tak kalo upgrade tanah pusaka jadi lot bungalow?
Lu orang pikir lah sendiri, Lu orang nilai lah sendiri.. ha ha ha

Ok.. byeee

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

10 comments:

MattDemon said...

Zal, bagusla blog nie menjadi platform ko tambah network..positive impact.

Kadang2 ada yg bernasib baik sbb dah dikurniakan tanah. Kita yg takde tanah nie kena la giatkan lagi usaha untuk mendapatkan tanah. That's life rite.

juruukur said...

matt, kadang tuu.. ada sesetengah kita, lahir dalam keluarga kaya, ada pulak yang lahir dalam keluarga miskin

samada kaya atau miskin, itu mak bapak kita punya.

Tapi kita kena terus usaha untuk ubah nasib.. macam nasib nujum pak belalang.. ha ha ha

KEOWN said...

pengalaman aku.. tanah pusaka belah bapak aku.. belum tukar nama kepada geran individu... aku nak memandai pun takleh... banyak tanah tepi jalan.. oklah....tapi aku nak memandai cadang kat pakcik2 aku kang apa plak diorang kata kan... so tunggu aje lah....

belah mak aku plak.. banyak tanah dusun...dan kelapa sawit... cuma ada beberapa tanah lot... yang tanah kelapa sawit tue tak sesuai kot nak convert ke bangunan.... mak bapak aku dah suh tukar nama pada aku... supaya aku dapat uruskan cuma rasa tak best sebab rasa macam nak harta dan macam diorang nak pergi dah... hehehhe

ojah said...

tambah skit.. tu la jadi kat my mum ngan uncle.. satu tanah dah nak dilelong cz geran tak pecah walhal dah pecah nama.. cagar bank sia2 jek cz uncle tak bayar... pastu lot tanah ramai2 tu uncle sembat lot kedai 4 kat depan walhal patut bahagi rata cz buat guna duit cagaran tanah getah tu... sebab duit punya pasal.. eee geramm gerammm..

ojah said...

lupalak.. skrg tanah ayah kat kerteh tu saya dah bayar bhgn and pecah nama saya jek (kita bagi saguhati.. my kes bayar jek kat ayah harga lot cz dia pun bukan ade duiit sgt).. bukan apa berhati2.. adik beradik mmg ok tapi takut ade org lain cucuk nak lebih bhgn.. pompuan lagila masalah faraid nanti.. (agak sy tak malu kut cz ayah / mak semua dah maklum masalah kes tanah nenek dulu) ..

pie2020 said...

woow ... fizal ....
sila reservee nama aku utkk share beli tanah...

Saiful said...

juruukur nama saya pun tolong masuk dlm list hehe..

jeguk said...

yang duduk jauh ke selatan nih aci ke kalau nak join skali??hehhe..

Anonymous said...

I thinκ the admin of this webѕite is in fact working harԁ for his website,
beсause here evеry stuff is quality
baѕеd material.

My wеb-site: Online Payday Loans No Fax
Here is my website ... Online Payday oan

Anonymous said...

When you organize the news delivering unique perspectives to people who want to hear them you influence the conversation!
If a project is going to cost more than
originally estimated, notify the customer immediately and let him
decide if he has the budget to continue? They may have
to pay for some unexpected credit every hundred most of us
employ to maximize our returns! By taking advantage of one or all of these options,
drivers will find their overall insurance premiums dramatically reduced, sometimes as much as 50 percent?
payday Loans Online

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP