Tuesday, June 16, 2009

PECAH GERAN TANAH UNTUK UPGRADE MODAL

Hari ni aku nak cerita sikit pasal klien aku sorang nii. Aku panggil dia Kak R. Dia nii dah pun pencen dan ada 3 orang anak. Masing-masing dah bujang-bujang semuanya

Biasalah bila dah pencen-pencen nii. Kak R pun cadang nak bahagi-bahagi harta kat anak-anak. Syoknya kalo dapat family cam nii ekkk.. Family berharta. Setiap anak ada yang dapat rumah, ada yang dapat kondo, ada lak yang dapat tanah.. ha ha ha

Urusan rumah, urusan kondo tuu.. mudah jee.. tak de masalah pun. Mintak lawyer uruskan pindah milik, dah boleh selesai..

Tapi sampai kat tanah, sudah ada sikit problem. Biasalah tuu..

Tanah kak R tuu kat Kajang. Luas dia 4.5 ekar, tapi satu geran ada 4 pemilik. Atas tanah lak, masing-masing dah pun buat rumah.

Jadi kak R mintak aku bantu mereka, supaya setiap sorang tuan tanah boleh dapat geran masing-masing. Aku pun uruskanlah tanah kak R tadi. Dan sekarang nii geran individu dah pun mereka terima

Bila dah ada geran individu cam nii.. makin panjang langkah kak R. Baru-baru nii dia lantik jurunilai, untuk nilaikan tanah dia. Alangkah seronoknya kak R, bila dapat tahu, nilai hartanah dia RM400K.. ayooo banyaknyaaaaa

Pas nii terpulang kat kak R, samada dia nak charge atau ODkan hartanah tadi. Untuk upgrade modal.. tul tak?

Jom kita kira

KOS
Kos tanah : free sebab tanah pusaka
Kos ukur : RM6.5K / 4 orang tuan tanah : RM1625.00 sorang
Kos buat rumah : RM130K
JUMLAH : RM131,625

NILAI
Nilai tanah + rumah : RM400K

UNTUNG
RM400K – RM131,625 : RM268,375

Dulu Kak R buat rumah, dia tak ambik loan. Semua pakai cash. Jadi RM400K tuu, nilai terkini hartanah kak R laaa

Bayangkan dengan upgrade sikit benda, kak R mohon pecah geran jee.. nilai hartanah kak R dah jadi RM400K.. pecah geran tanah untuk upgrade modal.. wowowow

Istimewa pelaburan tanah berbanding rumah. Tanah nii kita boleh kasi upgrade. Upgrade dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman (bungalow). Bukan tuu jee, nak buat kedai ke, kilang kee.. pun boleh. Secara tak langsung, nilai hartanah tadi akan naik. Sebaliknya rumah lak, dia ada harga syiling

Kat tanah, macam-macam aktiviti kita boleh buat, kita boleh cucuk tanam, bela lembu kambing, buat rumah sewa, buat kedai, kolam ikan untuk dapat income. Tapi rumah kita boleh sewakan jee

Selain tuu apa lagi ekkk? Renung-renungkan..

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

12 comments:

MattDemon said...

wow..hebat2..macam2 leh wat ngan tanah rupanya...aku dah jatuh cinta ngan tanah la Zal..hehe..thanks bro..:)

juruukur said...

matt.. ha ha ha.. tak kenal maka tak cinta..

sekarang dah paham tanah.. macam mana? syok tak main tanah? ha ha ha

KEOWN said...

tue la.. asyik main rumah.. kita ke tanah plak.... hehheheh

tapi tanah nie matt.. kena sabar sikit... kalau umah sewa leh nampak hasil dengan sewa.. tanah nie nak kena sabar sikit....

kekadang pasal tanah nie aku pening dan tak sabar.. tapi bila dah dapat hasil.. mmmmmm hilang tak sabar tue..

juruukur said...

keown.. main tanah nii. untung banyak kan..

quotation ko aku dah siapkan. nanti kita jumpa..

benda tuu, aku dah hantar scan semalam.. hari nii bole collect

KEOWN said...

tanah untung banyak.. tapi.. kena tunggu... hehheheheh

ok.. aku tungguuuuuuuuu kat bangi.....

cargass nyer.. hehehheh

MattDemon said...

wow..keown pun orang kaya tanah rupanya..haha

faiz said...

Salam, semalam dapat email daripada pejabat tanah tentang prosedur daftar nama atas geran. Share sebagai info untuk kawan-kawan.

Assalammualaikum,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk pertanyaan tuan berkenaan perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran hak milik baru pesaka kecil perlu menggunakan Borang E (Akta Pesaka Kecil (Pembahagian) 1995 yang boleh didaftarkan di pejabat ini.

3. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

i. 2 salinan Asal Borang E;

ii. Satu Salinan asal Hak Milik DHKK (Geran Tanah) Jika Ada;

ii. Resit Hasil Pembayaran cukai tanah terkini (tahun 2009) yang telah dijelaskan;

iv.bayaran berjumlah RM 20.00 satu lot.

4. Adalah diingatkan sini sesiapa pun boleh membuat serahan borang seperti dinyatakan di atas ke pejabat ini.

Sekian, terima kasih.

al_husni said...

fizal, next TT aku nk ceduk ilmu sikit...mau blajar cmne nk strt dgn tanah ni..strt dr yg kecil2 dulu..

KEOWN said...

mana ada matt.. aku ikan bilis... upgrade dari tanah di pedalaman ke tanah kat bandar aje.... gunakan/upgrade sedikit harta yang ada...

juruukur said...

faiz.. tima kasih banyak... bagus info tuu

ali.. he he he.. boleh jee

Anonymous said...

faiz..i need your help....
i nak pecahkan geram my mum...i xtau boleh ke x...sekangkang kera kan...i try tnya pejabat daerah klang..tapi sombing nak mampos la...call or sms me of u free 017-3018184-dewi

Andrew Stanley said...

Nak pecah tanah mak.. nak cagar buat loan nak buat rumah... boleh x dlm 6 adik beradik.. 1 org (my mum) jer nak pecah geran.. coz yg lain x cukup duit..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP