Friday, June 19, 2009

JOM WAKAF TANAH

Hari nii aku nak syer pasal wakaf tanah. Sebab semalam aku ada meting ngan makcik K, kat Semenyih. Makcik K cadang nak wakafkan sebahagian tanah dia, dalam 20,000kp, kepada Majlis Agama Islam untuk buat surau

Bukan tanah jee.. selain tanah, ada gak benda-benda lain yang boleh kita wakaf, macam duit, kenderaan, rumah, kedai dan macam-macam lagi laa. Bab wakaf nii aku tak berapa paham sangat. Tapi kalo kita nak tahu lebih lanjut.. boleh rujuk ngan pihak Majlis Agama Islam.. mesti mereka boleh bantu punya. Harta yang kita wakafkan akan digunakan untuk bangunkan ummah. Kata makcik K lagi.. pahala wakaf nii akan sentiasa mengalir selagi harta tadi digunakan.. uyooo.. nii kira pasif income akhirat laaa nii

Urusan nak wakaf tanah nii senang jee. Kita pergi jee kat Majlis Agama Islam. Isi borang sikit. Pastu buat pindah milik dari nama kita kepada Majlis Agama Islam. Semua urusan tuu pihak majlis akan bantu.. tuu jee.. sonang jooo

Tapi kes makcik K nii.. dia nak wakaf sebahagian tanah. Jadi terlibat laa sikit ngan kerja ukur.

Berapa nilai tanah makcik K nii?

NILAI

1kp dalam RM5, kalo 20,000 : RM100K.. apa laa sangat ngan 100K tuu kan.. kalo dibandingkan ngan pahala yang akan kita terima.. hebat kan makcik K nii

Kalo laa makcik K, yang tak masuk U tu, cuma kerja kampong jee, tapi boleh wakaf tanah, untuk pasif income akhirat, rasa-rasa kita nii, nak wakaf apa benda laa ekk?

Ok.. fikir-fikirkan.. renung-renungkan.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

7 comments:

topeq said...

sedekah ilmu yg bermanfaat pon pasif income akhirat jugak kn...hehehe

juruukur said...

topeq.. betul gak tuu.. ilmu buat duit ekkk.. ha ha ha

bling2 said...

ni cte tanah wakaf

KUALA LUMPUR 11 Jun - Setelah hampir sebulan isu penjualan tanah milik Masjid Ubudiah yang didakwa tanah wakaf disiarkan Utusan Malaysia, akhirnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut Pengurus Bahagian Pembangunan MAIWP, Ibrahim Ismail, tanah seluas 0.2 hektar tersebut merupakan harta masjid dan bukannya tanah wakaf seperti yang didakwa penduduk Segambut Dalam sebelum ini.

"Tanah yang diberikan orang awam kepada masjid dikategorikan sebagai tanah wakaf.

"Tetapi jika orang ramai memberi wang kepada masjid dan pihak masjid membeli tanah, maka ia dikategorikan sebagai harta masjid.

"Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti tanah tersebut adalah tanah wakaf ialah terdapat tanda 'tanah wakaf' di dalam geran dan itu tidak terdapat dalam geran tanah kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, mengenai penjualan tanah yang dipertikaikan penduduk kampung dengan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Ubudiah, Ibrahim berkata pihaknya telah menerima persetujuan daripada masjid untuk menjualnya.

"Melalui surat yang bertarikh 8 Mac 2008, pihak AJK masjid telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut.

"Malah satu perjumpaan antara AJK masjid dan turut dihadiri oleh pegawai MAIWP pada 5 Jun 2008 turut mengesahkan persetujuan dengan tindakan tersebut," kata Ibrahim.

Menurutnya, pemilik lain tidak akan mendapat lebihan bayaran tanah jika tanah milik masjid itu tidak dijual.

Atas pertimbangan tersebut, MAIWP bersetuju untuk meluluskan penjualan tanah tersebut.

"Bagaimanapun, MAIWP juga pernah bercadang untuk membeli keseluruhan tanah lot 1588 itu daripada pemaju bagi menjaga kebajikan penduduk di kawasan berkenaan.

"Tetapi pihak pemaju enggan menerima cadangan itu kerana telah membayar 10 peratus kepada pemilik menyebabkan usaha tersebut sukar dilaksanakan," ujarnya lagi.

Hasil jualan tanah tersebut, pihak masjid mendapat pembayaran RM1,320,720.

Dalam pada itu, Ketua Unit Undang-Undang MAIWP, Eidey Mokhtar menjelaskan tuduhan terhadap MAIWP yang didakwa sewenang-wenangnya menjual tanah tersebut adalah tidak berasas.

"Walaupun sebagai pemegang amanah, pihak kami berhak untuk membatalkan atau meluluskan penjualan tanah yang diamanahkan kepada kami.

"Jika pihak masjid setuju untuk menjual tanah, tetapi MAIWP tidak melihat kewajaran tindakan itu, maka penjualan tersebut tidak boleh dilakukan.

"Tetapi jika sebaliknya, walaupun masjid enggan menjual tanah tersebut, tetapi MAIWP merasakan wajar untuk dijual, maka penjualan boleh dilakukan, dengan syarat atas pertimbangan-pertimbangan tertentu yang dilakukan oleh MAIWP seperti kawasan tersebut tidak mendatangkan hasil atau faedah kepada masjid," katanya.

Tambahnya lagi, dalam situasi di lot 1588, setelah kajian dan pertimbangan terperinci dilakukan, MAIWP mengambil keputusan untuk meluluskan penjualan tanah terbabit.

"Pihak kami akan membuat perjumpaan dengan AJK masjid dan penduduk kampung bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Saya berharap selepas ini masalah penjualan tanah itu dapat diselesaikan dan semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang telah diambil," katanya lagi.

utusan.com.my

Jamkoleksi said...

Besar atau kecil pahala bukan bergantung pada value sumbangan tapi kemampuan si penyumbang itu. TQ.

juruukur said...

bling2.. tima kasih.. info yang menarik

jamkoleksi.. ha ha ha... saje je bang lan.. buat gempak sikit.. ha ha ha.. kasi motivasi sikit kat orang2 muda.. ha ha

shaiful said...

teringat lak cerita tanah2 wakaf kat penang satu ketika dulu ...........

Nazri said...

Saya ada sebuah rumah end lot full furnished di PUSAT TAHFIZ JALAN BALAI DAKWAH JERAM SELANGOR untuk dijual. Harga RM78K Amat sesuai untuk pasangan warga tua. Berminat? Boleh hubungi saya di 019-6137558

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP