Tuesday, June 9, 2009

TUKAR SYARAT TANAH PASTU JUAL BORONG

Apa kata hari nii, aku syer cerita kejayaan Pakcik I, Sebenarnya Pakcik I adalah klien aku. Dia seorang pesara guru. Istimewanya tentang pakcik I nii, walaupun dia dah pencen.. tapi dia tetap bersemangat, pastu buat macam-macam projek lak tuu

Selain dia buat projek hartanah, dia ada buat projek ternakan ikan, tanaman herba dan macam-macam lagi la. Pendek kata, dia memang tak pandai dok diam

Aku lak anggap pakcik I nii, macam bapak aku sendiri. Sebab terlalu banyak nasihat yang dia syer ngan aku. Terutama yang melibatkan financial. Idea dia pasal duit tuu memang simple tapi menguntungkan

Salah satu projek hartanah dia, adalah kat Hulu Langat. Dulu dia beli tanah nii 3.5 ekar. Tak lah besar sangat kan. Sedang-sedang jee. Keadaan topografi tanah nii, ada berbukit, ada berpaya sikit. Tapi lengkap ngan kemudahan jalan tar, air, telefon dan letrik. Kira ok lah tuu. Pastu dekat lak ngan kampung orang asli

Mula-mula tu, dia suruh aku pecah tanah dia. Dari 3.5 ekar kepada 3 plot. Luas setiap plot tuu, lebih kurang sekar lebih. Tak sampai 6 bulan, urusan pecah sempadan pun selesai

Bila dah selesai, geran individu pun dah keluar. Aku ingat lepas tuu, dia nak jual jee terus sekar sekar. Tapi sangkaan aku meleset laa..

Sebaliknya dia suruh aku tukarkan syarat, salah satu tanah dia tadi. Dari pertanian kepada lot bungalow. Katanya dia nak buat projek berperingkat-peringkat. Sebab kos murah sikit. Pastu kalo berjaya konsep nii.. Next projek dia, boleh jual mahal sikit

Aku pun uruskan lah tanah pakcik I nii. Sampai lah urusan tukar syarat selesai. Bila dapat jee geran baru yang berkategori bangunan kediaman. Pakcik pun suruh aku lukiskan pelan 20’x70’ untuk kesemua tanah yang dah siap tukar syarat tadi.


Musykil gak aku.. biasanya 20’ lebar x 70’ panjang nii, untuk projek rumah teres. Kalo lot bungalow sekurang-kurangnya 50’ lebar x 80’ panjang

Aikk tak kan pakcik I nak buat projek rumah teres kat kawasan ceruk cam nii. Heran heran.. Aku malas nak bantah. Aku ikut kan jee kata pakcik I nii. Akhirnya bila aku buat pelan cadang tuu, dapatlah 30 plot

Bila pakcik I dapat jee pelan dari aku.. cepat-cepat Pakcik I ratakan tanah, pastu buat longkang, buat jalan. Sapa tengok tanah tuu memang tertarik laa. Cunn beb

Bila semua tuu dah siap. Dia pun iklankan tanah tuu, kat Metro dan Harakah. 1 plot 20x70 ngan harga RM10K. Murah gila kan. Jadi tak sampai seminggu, kesemua 30 plot tadi habis terjual. Ada yang beli 3 plot, ada yang beli 4 plot sekali.

Projek cam nii, geran indvidu tak ada lagi, jadi tak leh cagarkan geran untuk buat loan bank. So sapa-sapa individu yang minat nak beli tuu, cuma boleh buat personal loan jee. Agak mahal lah sikit, interest yang pihak bank kenakan

Untuk sapa-sapa yang dah habis bayar ngan pakcik I tuu. Nama pembeli tuu akan pakcik I daftarkan dalam geran.

Pasni tugas aku selanjutnya lak, nak kena mohon pecah geran tanah pakcik I tadi. Supaya setiap pembeli boleh dapat geran masing-masing

Untung kee pakcik I buat projek cam nii?

KOS
Beli tanah 1 ekar : RM65K
Pecah sempadan tanah kepada 3 plot : RM6K
Bayar jururancang (tukar syarat tanah) : RM5K
Bayar premium tambahan, cukai baru, cukai parit : RM8K
Bayar kontraktor ratakan tanah, longkang, jalan : RM20K
Bayar juruukur pecah geran : RM10K
JUMLAH : RM114k

JUAL
1 plot 20x70 : RM10K
30 plot x RM10K : 300K

UNTUNG
Jumlah harga jual – jumlah kos
300K – 114K : RM186K

Untuk sekar tanah Pakcik I, dia boleh untung RM186K, kalo 3.5 ekar, korang kiralah sendiri.. ermmm lebih kurang RM651K tuu, Tuu pun kalo dia jual ngan harga yang sama. Kalo lagi mahal, lagi lah untung banyak kan

Ada banyak benda sebenarnya, yang aku belajar dari kes pakcik I nii. Terutama teknik dia jual lot 20x70 tuu. memang superb, murah tapi menguntungkan. Dan aku tak pernah terfikir pun cara cam nii. Kalo AirAsia, “Now everyone can fly” tapi konsep pakcik I lak, “Now everyone can buy lot bungalow” ha ha ha

Pada pendapat aku… sapa-sapa nak tiru cara cam pakcik I buat nii, korang boleh try. Tapi bagus kalo apply kat kawasan pedalaman. Kawasan yang ceruk-ceruk sikit

Tapi kalo kawasan bandar tuu, kita kena buat proper. Kena lantik jururancang, juruukur, jurutera. Group nii akan bantu korang, siapkan projek bungalow korang

Korang rasa macam mana sekarang? Nak try invest kat tanah?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

17 comments:

sourplum said...

die buat kt area mana nih?
3.5ekar le dpt 65k
murah jgk tu

juruukur said...

kat Hulu Langat, Kat Perdik sana. sekar dia beli 65K, kalo 3.5K tuu dalam RM227.5K gak... boleh tahan gak harga dia tuu..

sourplum said...

ouh. igt 3.5 ekar 65k
hebat gk tu
modal kena besar
pstu mik masa cket nk buat dari mula smpai siap sume2 tu
hasil nye berbaloi

shaiful said...

Jurukur, menarik criter Pakcik I ni, kekadang bidang property ni kena ada idea2 camni baru boleh meletup. Tp musykil gak aku saiz 20'x70' ni....minta Jurukur xplain skit !
Kenapa la consultant2 xleh t'pikir idea2 camni, asyik2 dgn guideline je.

KEOWN said...

nie dia nak jual pada developer ke?

bagus gak idea nie.. developer sure suka sebab dah kurang keje... tapi jangan bagi kat developer melayu yang layu.. sure dia akan mintak kontra dengan rumah .. then.. abis projek terbengkalai hehehhe


bun.. ada tak cerita/pengalaman ko tentang apa yang tuan tanah buat pada tanah mereka yang berada di pendalaman.. kiranya jauh sikit dari jalan...

wakata said...

untung juruukur dpt ilmu mcm ni. and siap share lagi dgn kami..sebenarnya byk lagi yg perlu kita belajar. And packik I mmg bijak!

juruukur said...

shaiful.. tanah pakcik I nii, bentuk dia segi empat tepat, lebar asal 140' dan panjang 311'kaki, keliling tanah nii lak ada rezab jalan

so aku belasah pecah jee.. sebijik cam rumah teres, ha ha ha, aku pakai teori aku sendiri jee.. ha ha ha

pastu dia boleh jual ikut plot-plot, 1 plot 20x70 RM10K. ada yang beli 3 plot, ada yang beli 4 plot

mereka tuu semua beli cash. sekarang nii dalam proses pindah milik dari nama pakcik I kepada nama pembeli baru

siap jee proses pindah milik nii, aku kena buat pelan pra-hitungan baru, ikut bahagian pembeli,

Insyallah tak lama lagi kena mohon pecah bahagian tanah lak

keown.. untuk kes kawasan pedalaman, kebanyakkan klien aku buat projek pertanian jee. tanam getah ngan kelapa sawit. tapi ada gak yang tanam pisang ngan pokok durian

wakata.. tima kasih, tima kasih.. he he he.. aku cuba syer pengalaman klien aku je, teknik mereka develop tanah.

Jadi sapa-sapa nak tiru tuu.. boleh laa. he he he

MattDemon said...

wow..nampak macam kecil marginnya..tapi besar...ye la..kalu RM10K satu lot..mesti ramai yg beli 2 lot atau lebih...sbb target nak wat rumah besar sket kan..thanks zal..pendedahan yg amat bagus.

zull said...

hulu langat tu area mana...batu berapa...berminat gak nak beli..

juruukur said...

matt.. tul tuu.. kebanyakan beli 3 - 4 lot.. harga murah kan..

zull.. hulu langat, area perdek.. tapi kawasan nii agak ceruk sikit.

Fariezul Jaafar said...

baru jumpa blog ni.

thanx for sharing, byk study case yang berguna sebagai rujukan.

ade jugak tanah dekat banting, tapi tak pernah amik tau status tanah tu, tanah pusaka.

maybe lepas ni kita boleh lepak2 bincang.

ojah said...

hui pandai3.. really good idea.. lojik jugak tu.. out of the box..

kayzen said...

teruja btolaku baca cerita ko ni juruukur.. mmg membuka mina btol.. teruskan menulis. semoga apa yg ko tulis ni membawa berkat.........

rohaniah noor said...

hebat giler untung pakcik ni.
nampak rileks je tp otak dier ligat dan berani.
terima kasih kerana share cerita yg sangat menarik ni.

Anonymous said...

Hmm.. tnah 20' x 70' hanya boleh buat rumah teres aje. kalaui nak buat rumah single kenaq patuhi syarat majlis daerah dan juga Bomba.

tak fahamla macamana dia boleh jual tanah 1 lot 20' x 70'

maria Mohd said...

mungkin dulu2 tak ketat syaratnye kot.. post ni kan dh lama.. 4 tahun sudah..
lagipun, bile nk wat umah kang, adalah tu caranya.. buat umah berkembar ke..
yg penting org berminat nak beli. kalau ukur cantik pun takde org minat nk watpe kan... wallahua'lam

Kooldin said...

Salam, sy ada satu ekar tanah pertanian di Skudai, Johor. Kalau nak tukar ke geran banglo, berapa anggaran kos nya. Terimakasin

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP