Tuesday, June 23, 2009

BERBALOI KE BELI RUMAH LELONG?

Aku perhatikan sekarang nii.. semakin ramai teman-teman kita dah sedar pasal hartanah lelong. Bukan rumah @ kondo jee mereka rembat.. tapi ada yang dah masuk auction tanah lah pulak.. bagus-bagus perkembangan yang sihat tuu

Aku tak paham… kerajaan sekarang nii asyik bagi tau.. ekonomi dah pulih.. ekonomi dah pulih.. betul kee.. ? sebab semakin hari, kat surat kabar semakin banyak rumah lelong, tanah lelong, kereta lelong. Betoi kee kenyataan kerajaan tuu?

Dulu nak beli rumah lelong memang sempoi.. tak banyak pesaing.. macam rumah aku kat Desa Petaling, Pelangi Damansara.. senang-senang jee dapat RP.. tapi sekarang nii.. sengit betoi laa.. tuu tunjukkan orang kita.. gawat-gawat pun.. mereka ada banyak duit.. mereka nampak peluang kat hartanah lelong.. betoi tak?

Kalo dulu.. lot bumi bersepah-sepah kena lelong.. tak dee sapa yang minat.. tapi sekarang nii.. jangan buat-buat.. kita berebut.. siap lawan-lawan lagi.. tu tunjukkan yang bumiputra sekarang nii.. dah pun mewah

Dulu kat dewan lelong.. nak tengok muka Melayu.. ada laa dalam 10% - 15% jee.. selebihnya bangsa asing.. tapi laa nii.. keadaan dah berubah.. Melayu yang datang lelong dah 50%.. bagus lah.. sebab kita sentiasa bermomentum, tuu tunjukkan kita sentiasa sokong menyokong kawan-kawan lain.. bagus-bagus

Dulu mereka yang datang lelong.. nak beli rumah yang harga murah. Di bawah 30% dari market value.. mereka senyum lebar bila dapat hartanah cam nii.. beli rumah jee terus untung.. tapi sekarang nii, kita pergi lelong.. berlumba-lumba bid harga.. supaya jadi mahal.. lebih mahal dari market value.. tuu tunjukkan yang kita nii apa ekk? Korang pikirlah sendiri

Kesiannya kepada mereka yang malang.. beli rumah lelong, tapi dapat harga mahal

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

18 comments:

KEOWN said...

dunia makin mencabar.. kesedaran orang ramai untuk beli umah lelong makin banyak.


kekadang kita lihat ramai yang beli umah lelong dengan harga yang hampir dengan MV.. maybe kerana mereka nak duduk disitu... ataupun mereka dah buat pengiraan dengan kadar blr masa kini yang rendah yang menyebabkan bayaran bulanan rendah.. dan masih boleh menampung dengan kadar sewa.

Apa-apa pun kesedaran org ramai terutama bangsa melayu sudah bagus..

cdanhash said...

Teman pun bersetuju dengan pandangan Tuan Hafizal, kalau ekonomi pulih takkan banyak rumah yang kena lelong, takkan harga minyak naik, takkan bank menurunkan BLR.

Nampaknya susah juga nak wat profit dengan rumah lelong ni... teman lihat komen yang sama di blog Tuan Piee2020, Tuan Faris... teman baru nak berjinak2 dengan rumah lelong ni...

Apa2 hal pun hidup mesti diteruskan... go.. go.. go...

juruukur said...

keown.. dah ramai main rumah lelong.. pesaing dah ramai ooo.. kita carik benda lain lah ekkkk

cdanhash.. aku percaya.. main rumah lelong..still bole buat untung.. tapi kena bijak laa

faiz said...

Mungkin kena beralih tempat sikit. Beli rumah lelong area Penang pulak ke.

Anonymous said...

pada pandangan den ..diorang nie semua jadi pengikut saja..org boli ..depan pun sibuk boli...tanpa perancangn..dan ilmu masih..kurang..pada pendapat den benda nie cam bermusimm...cam main saham jer..

-asrimiat or asrimestech-

juruukur said...

#faiz.. area penang kee.. jb kee.. kekawan kita tak explore kat sana lagi.. peluang masih terbuka luas tuu

#asri.. den pun tak tau laa.. dio orang ingat.. boli rumah macam boli ikan koo..

kalau orang lain tertipu... tak poo.. tapi kalo geng kito kono.. sodih laa..

pehtu.. maso auction.. bersaing sesamo kito.. bab tuu pun den tak gomar tuu.. orang suruh kawtim.. tak nak dongar.. nak lawan gak.. dogel laa..

umah bukan sebijik.. peluang bukan sekali.. kasi bebel sikit budak2 tuu asri.. ha ha ha.. huak huak

ojah said...

org tgh syok dgn hartanah lelong la kut skrg ni.. mcm piranha.. bahaya2.. sampai basic pun dah lupo.. yang kayo bank la ini mcm..

juruukur said...

ojah.. boto tuu.. macam pirana.. hu hu hu

bling2 said...

ayuh alihkan perhatian ke ternakan ayam kampung n limau kasturi...

biar kasi sejuk dl itu auction... haha

beb, nk cte psl limau kasturi ni aku xde la pandai sgt tp mak bapak aku dl ni la keje diaorg..
dlm 7 ekar tanam limau ni.. pastu anta kat kilang kat meru klang sane.. buat kordial...

dl MB s'gor muhammad taib pon prnh trn kat ladang tu...

besh...
aku pon dl pernah jual sendiri kat kedai tomyam.. haha... lawak2...

bro, berbakti pada tanah ni byk manfaat kan... hehe

juruukur said...

bling2.. harap2 menjadilah usaha aku nii

KEOWN said...

aku rasa nanti akan sejuk bila hujung tahun nanti.... banyak umah ellaong tambahan.

Pada siapa yang nak carik umah ellong.. cariklah pada auctioneer kecik dan juga yang dilakukan pada hari keje...

pengalaman aku kalau gie hari keje... banyak leh dapat RP.
dan aku tengok yang aku tak masuk pun diorang banyak dapat RP..

ulat tetap banyak

PoKLi said...

den pun heran la.org skrg makin kaye ekk..bkn setakat rumah lelong.beli emas dgn den pun berkilo2..kaya2..

juruukur said...

pokli.. aku rasa.. jual emas dalam blog nii.. ada potensi besar.. kalo polish sikit lagi.. mesti bole boooommmm.. kayo2 pokli.. ha ha ha

en_me said...

pernah pergi lelong, ulat lagi ramai dari pembeli sejati .. ghiteww

rumah lelong said...

baru celik hartanah...bagus la ade kemajuan

Anonymous said...

saya seorang negotiater .rasa was-was nak rekemen buyer beli rumah lelong.dari segi perasaan macam sedih dan kesian lak kalau saya rekemen buyer yang berduit beli rumah below market price.alasan..majoriti rumah yang di lelong tu rumah orang melayu

.anak ramai,mungkin diorang hilang kerja,atau kesilapan perancangan kewangan.rumah diorang adalah harta terakhir yang mereka ada untuk berlindung.kalau buyer tu mampu lebih baik rekemen kat rumah second hand yang ada orang nak jual.

pernah satu kisah kawan saya cerita satu keluarga terpaksa pindah sebab rumah dah terjual .bayangkan anak-anak ramai ,duit takde dan juga kena keluar.
tak samapai hati rasanya menimbun harta hasil tangisan orang lain.
dari segi logik memang tidak salah dari segi moral kita memperniagakan kesedihan dan kesusahan orang lain yang dalam kesempitan untuk kesenangan peribadi.

tidak salah ingin berniaga tetapi lebih baik berniaga bukan dari airmata orang lain.

pelanggan saya yang berminat nak beli rumah lelong saya nasihatkan jika dapat rumah yang ada pemilik nak jual dengan ikhlas lebih baik sebab kurang risiko dan kurang masalah.

pelanggan saya memang heran..kenapa saya tak rekemen diorang beli rumah lelong..

Anonymous said...

maaf jika kata-kata saya ada menyinggung perasaan tuan-puan.ini hanya pendapat peribadi saya.saya memang suka menjual dan membeli hartanah.tetapi hartanah lelong saya elakkan sebab saya ada pengalaman buruk nak cepat kaya saya sanggup percayakan seorang broker

untuk beli hartanah lelong.habis simpanan saya sekeluarga hangus dibawa lari oleh broker tak bertanggungjawab.
sehingga hari ini masih berhutang dengan kawan sedara mara untuk mengembalikan wang 10 % depost yang mereka laburkan untuk membeli rumah lelong dari broker tak berlesen.

pengalaman itu menjadikan satu iktibar mungkin cita-cita saya nak kaya cepat jadi miskin cepat sebab tamak nak beli rumah murah dan jual dengan keuntungan yang banyak..

sebab itu saya jadi phobia sebut pasal rumah lelong ni..

Anonymous said...

Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Teknik Menjana Keuntungan Menerusinya?

Baca seterusnya di sini >> http://tinyurl.com/3o2ks4d

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP