Hari nii aku ada meeting kat TESCO KLANG, bersama aku adalah abang H. Seorang usahawan dan bekas ahli politik. Al-kisah ceritanya, baru-baru nii abang H ada beli tanah, kat area Semenyih. Luas bro 240 ekar. Kawasan dia agak rata dan sikit berpaya. Tapi still ok sebab tepi jalan besar
Tak dee lah mahal sangat dia beli, Cuma RM60K jee sekar. Tapi kalo dah 240 ekar, sudah jadi RM14.4M bro.. mahal gila
Kalo sebelum nii, aku syorkan kat korang, suruh ukur dulu sebelum beli tanah. Pastikan sempadan tanah, pastikan luas tanah sama ngan dalam geran, check topografi tanah, pastu semak zooning kat PBT
Tapi hari nii, aku belajar lagi satu benda baru, dari abang H, apa dia? Jangan lupa, buat soil investigation (SI) sebelum beli tanah. Check apa benda, yang ada dalam tanah kita tuu. Ada emas kee? Ada pasir kee?
Bagi kes tanah abang H nii, hasil keputusan SI, katanya 70% kawasan nii adalah berpasir, pastu lak kualiti pasir dia gred A. Aku tak brapa paham sangat bab pasir nii. Terutama urusniaga pasir. Cuma kalo kat Selangor, aku perhatikan, sapa-sapa yang terlibat ngan bisnes pasir, mesti kaya raya tul tak?
Bila aku semak ngan kekawan yang pakar pasir. Mereka bagi tau, 1 tan pasir boleh jual ngan harga RM18, ada yang RM15. Tapi katakan kita ambik harga paling rendah laa, RM10 cukup. Pastu 1 lori besar boleh muat 20 tan. Harga 1 lori sudah 20 tan x RM10 : RM200. Tu 1 lori kalo katakan 1 hari boleh jual 50 lori : RM200 x 50 lori : boleh dapat RM10K tuu. Uyoooo kayo kayo
Kata abang H lagi, nak keluarkan pasir nii, kena dapatkan permit dari pejabat tanah. Permit untuk keluarkan bahan batuan. Bab nak dapatkan permit nii agak mencabar katanya.
Jadi, untuk korang yang ada tanah tuu, mungkin idea ni boleh difikir-fikirkan. Check kandungan tanah korang. Mana tau ada emas pulak.. kayo korang.. boleh jadi jutawan emas.. ha ha ha
Ok.. bye bye
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
Fokus menyimpan dulu bro
-
FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR
Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur”
(gold investor), bukan “penyimpan” (...
2 years ago
20 comments:
Hafizal, banyak input yang dapat dari blog kau ni. Aku suka orang Melayu berfikiran ke hadapan. Sedih betul sebab terlalu banyak blog yang asyik salahkan orang lain atau cerita skandel sesaja... last2 apa input pun tak ada. Tahniah teruskan usaha murni ni. TQ.
btul2
aku suka blog cmni
ade je bnda baru kte blaja
bun.. Kalau buat SI.. susah nak detect emas atau apa.. nak tentukan jenis tanah dan kekuatan tanah boleh lah.. penat tue nak buat SI... nak plak kena yang tanah lembut.. mahu berbatang2 masuk dalam tanah..
tapi kalau nak dapatkan permit pasir memang mencabar.. susah bangat.. tue yang banyak buat secara haram.. sampaikan baru2 nie tanah kat UTM KL pun abis kena kebas pasirnya hehheh
lepas nie akan keluar ebook... rahsia jutawan dari tanah hehehhehe
Jurukur, SI tu biasanya diaorg buat nak tgk foundation dlm tanah. Pastu nak kena tgk gak braper lobang & lg byk lg mahal la.
Kalau just nak check mineral dlm tanah, try tanya JMG manatau depa ada database kawasan2 yg ada emas, bijih timah, etc. Lagi satu hal, kekadang kita tgk tanah nak elak kawasan bukit, tp org2 yg expert pasal batu prefer tpt2 camni. Manatau ada batuan bernilai kat bukit2 tu cam granite, marble xpun bleh jd kuari.
btul.. ade je bende baru aku blajar kat blog ni.. sronok betul.. teruskan!
Tu la kekadang kita terlalu fokus kat tanah yg cantik2 je, sedangkan tanah terhad skrg. Cuba tgk kat sempadan pahang/selangor yg dulunya hutan banat skrg jd tpt menambah kekayaan/kepapaan (....diharamkan kpd org islam). Kat serdang yg dulunya lombong skrg jd "M...S". Pastu plak tpt sampah yg dah tutup kat sri petaling betapa maju tpt tu skrg.
Lagi 1, kalau korang perasan Rezab Rentis TNB, jarang la kosong. kat bwh tu mesti ada org buat nursery. Tp cth2 ni bukan org kita yg buat. Moralnya : Kekadang location/condition tanah doesn't matter, yg penting boleh generate income !
blog nie jadik sumber inspirasi aku gak walaupun jauh...ader je benda2 baru/teknik dan idea serta pendedahan kisah benar...wow..good job bro...balik nanti aku banjer ko ikan merah masak asamm...perghh..thanks.
shaiful & keown.. bukan SI kee? ha ha ha..aku pun tak tau lah.. tapi abang H tuu buat, check apa benda dalam tanah laa..
kekawan lain.. tima kasih.. tima kasih
Jurukur, abg H tu pakai SO kot bukannya buat SI. he .. he .. he
salam bro
ada kenalan dekat area kedah tak untuk nak check kandungan tanah dan kapasiti pengeluaran.
berapa agak kos untuk semua nie?
zerokredit.. cuba ko tipon abang basri : 012-2096484.. insyallah dia boleh bantu
he he.. ko ni keown.. tak baik.. ha ha ha
salam,byk yg aku dapat dari blog ni,bagus.
kebetulan pulak kwn aku ada ckp kat perak ada ladang kelapa sawit 226 ekar nak di jual,dkt pekan tapah harga dlm 65k seekar,freehold
..manalah tahu ada jutawan2 org kita berminat nak beli,invest atau nak gantikan tanah yg dah di jual .
Salam bro,
saya punya situasi lebih kurang cerita ni juga.. saya ada tanah pusaka arwah ayah kt temerloh pahang.tepi jalan besar belakangnya tebing sungai pahang yang banyak dengan pasir sungai.ada taukey pasir nak sewa tanah tu utk kuarkan pasir dgn sewa 5k sebulan.masalah sekarang ni dalam geran tanah ada 4 nama..taukey pasir tu cakap susah sikit nak mohon dgn pejabat daerah kalau banyak nama.. mcm mana ya nk pecah lot?rmai nama dlm geran yg dh meninggal termasuk ayah aku..
As salam. Ada sesape yg tahu harga market utk tanah merah n camana kalu sya plan nk jual kena ikut kaedah camana yek? Huhu hrp hrp sgt dpt respon drp grp ni ....
Buat tuntut pusaka dulu.. Lepas tu lantik seorang pentadbir dikalangan keluarga.. Jgn org luar.. And hasil bagi sama rata..jgn berebut.. 4 nama tu ramai.. Bila ayah dah meninggal..ia akan terpecah plak kepada anak2 si penama.. Ok.. Good luck..
bagus blog ni..memberi info baru..tq admin..sy agen rumah base di selangor..jika ada tuan tuan perlukan bantuan nak cek value tanah or nak jual tanah ke boleh roger sy 0166371460
Post a Comment