Thursday, December 18, 2008

TANAH PUSAKA OH TANAH PUSAKA

Aku baru je dapat email dari kawan kita, pembaca blog nii..

“Abang Fizal.. emak saya ada tanah kat Perak.. luas tanah tu 2.5 ekar. Atas tanah ada sebuah rumah, separuh batu, separuh papan. Yang lain tu pokok buah-buahan. Emak saya cadang nak pindah milik kepada nama saya.. So nak buat apa dengan tanah nii? Untuk makluman bang Fizal.. saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan”

Pertamanya aku mintak maaflah.. sebab aku dedahkan apa yang ko email kat aku.. open dalam blog nii. Aku buat macam nii sebab aku rasa kat luar sana sebenarnya.. ramai gak kawan-kawan kita, yang hadapi masalah serupa macam nii. Jadi boleh gak kita syer info sama-sama

Aku nak mintak tolong sifu-sifu sekelian.. untuk kita berdiskusi masalah nii

Mungkin nii lah persoalan yang bermain dalam fikiran kawan kita sekarang nii

1. Macam mana nak tukarkan tanah tadi dari bentuk tanah kepada cash?
2. Nak rujuk bank mana?
3. Apa dokumen yang bank nak?
4. Berapa cash yang bank boleh bagi?
5. Dapat duit tu nanti nak simpan kat mana?
6. Bagus tak buat OD?
7. Macam mana nak bayar installment bank tadi?
8. Duit cash tuu nak invest kat mana?
9. Bab invest menginvest nii.. nak rujuk mana?
10. Siapa yang boleh saya rujuk pasal invest invest ni?

Jom.. bincang-bincang...

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

8 comments:

bling2 said...

2.5 ekar
kat perak? area mane? pinggir bandar or betul2 kampong kat bota or kat manong tuh? huhu

rumah separuh batu separuh papan ni kategori umah separuh kekal so value dia kurang ckit dr rumah rumah kekal n lebih ckit dr rumah sementara kekal.

tanah pusaka?
tnh tu nama emak dia ke?
klo tnh tu atas nama org yg dah meninggal so kene buat pusaka kecil

tp klo ats nama mak dia, leh terus tukar nama kepada dia.

bling2 said...

klo nk dpt cash plak, tnh kat kampong ni/pertanian bank akan kasi loan or OD dlm 50%-60% jerk...

Bukitchanggang said...

mintak nasihat pejabat tanah, kalau waris mintak jasa baik amanah raya

Abbas said...

hurm.. cam ne ek... nak dpt cash dari tanah mak, tp x perlu jual tanh tuh kat org lain... cam ne ek???

juruukur said...

cam mana ekk? esok petang ko datang ofis akuu.. kita gii minum.. pastu borak-borakk

Abbas said...

opis ko yg kat alamat tu la ek??

KEOWN said...

bro... minum mana? jam berapa..
kalau area bangi putrajaya lagie syok...

shairi said...

salaam.. minta maaf nak tanya sikit..ada kawan saya nak jual tanah kat saya di segamat. saya tengok geran tanah tu pajakan 99 tahun sampai 2014. ada syarat kena tanam kelapa sawit dan tak bolih dijual beli...kalau ada syarat tak bolih dijual beli kenapa tuan tanah nak jual jugak..bolih tukar tak syarat tu..? saya rasa tanah tu tanah kurnia...saya memang tak faham pasal jual beli tanah tu..minat tolong..saya memang minat nak beli tanah tu....

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP