Thursday, December 4, 2008

JOM KONGSI-KONGSI BELI TANAH PERTANIAN

Apa kabar fren semua? Hari ni aku nak kongsi ngan korang, pasal cara macam mana kita boleh kongsi-kongsi beli tanah pertanian. Korang minat tak?

Kenapa tanah pertanian?
Aku cadang dah sampai masa untuk kita invest kat tanah pertanian. Sebab sekarang nii.. tanah pertanian banyak kena auction. Mungkin tahun depan lagi banyak. Jadi, apa kata kita pakat sama-sama untuk beli tanah nii. Kalau tak dapat yang besar pun.. kita ambik lah yang rezab Melayu. Dapat sekar dua dah memadai. Selain tuu.. kita boleh gak offer beli tanah orang kampung

Macam mana nak mula?
Nak invest kat tanah nii agak leceh sikit. Macam-macam info nak kena tau. Terutama kedudukan tanah, carian, zooning, keadaan topo. Disebabkan aku ada GPS dan faham sikit-sikit pasal tanah, jadi boleh lah aku bantu

Kawasan mana nak invest?
Tak kisah.. kat mana-mana pun boleh. Asalkan tanah yang kita nak beli tuu.. mesti ada jalan tar, elektrik, telefon, air, dah memadai. Kalau atas tanah tuu ada pokok getah ke, kelapa sawit kee.. lagi lah bagus. So sapa-sapa ada info pasal tanah untuk dijual kat area kampung korang. Boleh lah kita kongsi sama-sama

Siapa nak uruskan?
Kita uruskan lah sama-sama. Target kita lebih kepada keuntungan kapital. Lepas je kita beli.. ukur, kita kasi sodok, tanam tiang pagar, pastu kasi iklan. Berapa harga kita nak jual.. kita bincanglah sama-sama. Kalau kedudukan tanah tuu menarik. mungkin kita boleh convert dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman (lot bungalow), pastu jual lah

Berapa modal nak pakai?
Bab modal nii... kita kena bincang. Sebab kat luar sana.. ramai kawan-kawan kita ni yang banyak duit.. tapi tak tahu nak buat apa dengan duit yang dia ada. So apa kata kalau boleh kita bekerjasama..

So sekarang nak buat apa?
Setakad nii.. aku nak tahu apa respon korang? Ada minat? Ada masalah ke? atau ada cadangan lain?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

19 comments:

al_husni said...

bro, count me in..

KEOWN said...

me to.

MET said...

em.aritu jalan2 macam ade terserempak kat belah meru ade tanah nak jual..

kang try survey balik.kot bagus..

juruukur said...

Sebab.. sekarang nii.. aku ada info tanah nak jual kat N9.. tengah carik maklumat, sapa lagi mau

bird said...

aku pun nak join gak..

aku takde experience flip tanah. so first time ni, kalau untung tak byk pun takde hal. yg penting dpt belajar.

Diver said...

Fizal..
senaraikan kawan juga...
dah lama menanti ni..
jika bersesuaian masanya (semasa ada pitih)..
kawan tak tolak..

juruukur said...

Diver.. nanti aku semak tanah tuu.. kalau tanah tuu ok, rata, ada jalan, memenuhi kriteria yang kita carik, aku akan bagi tau.. kita buat meeting.. setuju tak?

nahar said...

wow.... saya mesti pilih....
kawan nak blajo gak ttg tanah ni...
nnt ajak la kawan skali kalau ader perbincangan

Diver said...

OK..Set..
TQ

muse said...

salam idul adha...sblm tu sy nk ucapkn ribuan tima ksh krn mwujudkn blog ni yg bnyk mberi ilmu dlm pelaburan hartanah ni...berminat utk study ngn tuan dlm bab tanah nie...hrp dpt mbantu..

Anonymous said...

ada kawan kat batu pahat yang dok jual beli tanah kat situ. may be boleh dapat info dari dia.

-elmiza-

zerocredit said...

assalammualaikum...

bro..kalau bab beli tanah nie..aku minta nak join sama boleh ke?

juruukur said...

muse.. bole jee... no problem..

elmiza.. boleh tuu..

zerocredit.. boleh.. nanti aku chech tanah tuu.. kalau ok.. aku inporm ko..

peruzz said...

bro fizal... wa pn mau join.. sini pn.. bro fizal tapis org jgk ker?? wa layak ker erk?? modal kecik aje

KEOWN said...

semalam 11/12 ada lelong tanah pertahian dalam metro.. kat kuala pilah. 1.3++ ha. harga 40k

juruukur said...

peruzz.. kat sini pun kena tapis gak..heh hehe

Keown.. aku dah semak lot tuu.. sebelah lot ladang getah tapi tak dee jalan untuk sampai lot.. pastu kawasan tuu bbukit..

Tak sesuai untuk beli, bersihkan, jual..

Tapi sesuai untuk sapa2 yang nak hold lama..

wakata said...

waaa..sini pun kena tapis..hehe..

letak nama aci tak en juruukur?dpt tak dpt lain kira..hee

juruukur said...

wakata.. mesti lah kena pilih.. sebab sifu pie pun buat selection.. heh hehe.. aku duplicate cara sifu jee..he heh

Abbas said...

kan bagus klau aku ader modal, lei support skit....

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP