Monday, December 15, 2008

MACAM MANA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?

Jom kita bincang-bincang pasal geran tanah hilang. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa geran tanah hilang. Yang biasanya tersalah letak lah.

Ni antara kes-kes yang pernah aku jumpa

1. Selalunya letak kat dalam fail nii, tapi bila aku carik, tak jumpa..
2. Pastu ada kes, dulu geran tanah nii ayah aku simpan. Tapi lepas ayah meninggal. Bila kami carik tak jumpa
3. Kami beli tanah nii kongsi-kongsi. Ketua kami yang simpan. Tapi bila aku nak pakai geran tuu.. Dia kata geran tuu hilang dalam simpanan lah
4. Aku bagi geran tuu kat Ah Long.. nak pinjam duit.. sekarang nii boleh tak aku dapat geran baru kat pejabat tanah. Bagi tau lah, aku hilang dalam simpanan
5. Geran tanah nii lawyer pegang.. tapi dia hilang kan pulak..

Bagi sapa-sapa yang hilang geran tanah. Apa yang perlu kita buat?

Dapatkan balik resit cukai tanah. Sebab dalam resit tu ada maklumat no lot, nombor geran, mukim, daerah, nama pemilik, alamat terkini. Selain tuu, kalau ada resit cukai tanah nii.. mudahkan proses nak buat carian resmi nanti. Kalau tak dee gak.. Korang boleh pergi pejabat tanah kat mana tanah tuu berada. Kita boleh dapatkan kat sana. Resit cukai tanah. Sambil tuu.. korang boleh tanya.. ngan pegawai pejabat tanah pasal macam mana proses nak buat geran baru

Pastu.. kita buat carian resmi.. carian resmi nii menerangkan perihal tanah tuu lebih lengkap. Kalau kat Selangor cuma kena bayar RM50.00 je.. tak mahal pun. Bila semua tuu dah ada

Buat pulak laporan polis.. bagi tau lah macam mana kehilangan tuu boleh berlaku.. masukkan jugak maklumat tanah kita, no lot, no geran, mukim, daerah. Tak salah aku kena bayar RM2.00

Pastu datang balik pejabat tanah kat bahagian pendaftaran hakmilik. Mintak lah kat dia orang borang geran hilang. Isi baik-baik. Sertakan semua dokumen yang mereka perlukan.. antaranya salinan laporan polis, salinan cukai tanah terkini, salinan geran (jika ada), carian resmi, surat mati (jika perlu) dan lain-lain lagi lah.. Bergantung apa lagi yang dia orang nak. Jangan lupa.. kena bayar gak sikit kat pejabat tanah.. tak salah aku RM100. Pastu nanti pejabat tanah bagi nombor fail rujukan..

Bagus setiap 2 minggu korang follow up ngan pejabat tanah. Bukan apa.. tanya status permohonna korang jee. Mana lah tau mereka tak proses permohonan tuu. Korang boleh call jee pejabat tanah. Tapi lagi bagus korang datang sendiri

Insyallah.. dalam tempoh 3 bulan, korang boleh dapat geran baru.. senang je kan.. tak lah pening sangat.. aku cerita nii bagi kes yang geran korang hilang dalam simpanan

Bagi kes geran arwah ayah hilang, geran hilang dalam simpanan ketua, geran bagi ah long… geran hilang dalam simpanan lawyer.. kita kena buat proses yang sama gak.. cuma nanti ada maklumat tambahan yang kena kita sertakan pada pejabat tanah

Apa-apa pun.. nak lebih senang.. sebelum korang bertindak.. bagus korang rujuk dulu kat pejabat tanah kat mana tanah korang tuu berada..

Jangan malu.. jangan segan.. jom lah kongsikan masalah tanah korang kat sini…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

11 comments:

Diver said...

Info yang baik untuk semua ..
Tahniah Fizal..

juruukur said...

Tima kasih tuan.. hh eheh..

Anonymous said...

Salam juruukur,

Dah dekat setahun blog nih tak bereply .... meh saye kasik soalan cepumas skit.

Macam nih, keluarga saya ade due bidang tanah bersebelahan. Dari zaman akhir 18an lagi satu dari tanah nih dibina masjid ... dan lagi satu buat rumah.

Pendekkan cerite ... dlm akhir 19an .. waris tuan punye tanah check name tanah ... tup tup ... tetibe tanah yang ade rumah tuh telah ditukar pade name majlis agama islam ... tapi tanah yang ade masjid masih name tuan punye tanah. entah macam mane bley jadik ... sape pun tak tau

Nak rumitkan keadaan, geran tanah dah lame hilang, tapi cukai tanah mmg dok bayar tiap2 tahun.
Rumitkan keadaan lagi ... surat mati tuan tanah pun hilang ... or mungkin tak penah ade pun.

Bolehtak bagi cadangan ... macam mane kite nak akhirnya tanah yang dah ditukar name kepada majlis agama tuh .. tuko kembali pade name tuan tanah atau warisnye

juruukur said...

saudara.. aku rasa.. bagus ko bawak salinan resit cukai tanah tu.. dapatkan no fail pej tanah.. pastu buat semakan.. status yang terbaru

Anonymous said...

salam juruukur,

timaseh sebab reply. sebenornye mmg dah buat pun semakan rasmi kat pejabat tanah. tuh yang tahu name tanah tuh dah bertuko ke name majlis agama islam.

kalau ikut pengalaman juruukur, rasenye pejabat tanah patut tak ade rekod bile tanah bertuko name ... dan kenape bertuko name. boleh tak kite query pejabat tanah pasai tuko name nih?

Anonymous said...

salam sejahtera,

Macam mana kalo geran tu dimilik oleh sepuluh orang termasuk saya, saya mahu jualkannya tapi geran tu disimpan oleh salah seorang daripadanya dan dia cakap dah hilang dah. Kalo saya pergi pejabat tanah dan cakap geran tu hilang, mahu buat satu baru, adakah mesti mendapat persetujuan sembilan orang tu?

Nee

Vianney said...

Salam sejahtera...
Adakah proses melaporkan kehilangan tanah ini sama pada setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak?
Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam,

Aku heran kenapa kena ada prosedur sedemikian rupa sedangkan pejabat tanah jugalah yang mengeluarkan geran atas nama pemilik geran tersebut?

Bukankah sekarang sistem komputer yg canggih dengan mudahnya depa semak sapa pemilik tanah/rumah berkenaan.

Jika yang hilang sekalipun, kenapa susah sangat nak buat balik sedangkan dalam sistem (rekod) dan ada ..dah mudah..kenapa kes ni macam kes zaman antik lagi yang serba-serbi pakai tulis tangan atau filing pakai hard copy????

Tak paham....

John De Souza said...

kalau lawyer x ndak bg balik camna?kalau buyer baru ndak juga geran tanah ori camna?

fadz cipex said...

Assalamualaikum,
mcne erk nk selesaikan masalah gran tnah yg hlang..Tnah ni tnah trun temurun nenek sy,jdi zaman dlu nenek xde duit so dia jual kt spupu lpas mak sy besar dia tbus balik tanah tu tp sblum mak meningal dia x sempat tukarkn nama tanah tu dekat kami adik beradik, bila kami tya dkat spupu mak mne grannya,dia ckap gran tu dh lma so xtau dh hilang..tanah tu tanah sawah so ayah tambak tanah dan dirikan rmah,surat untuk cukai tanah xde pon..sekarang nie kt org xtau nk buat mcne sb tnah tu kt org xtau atas nama sape..boleh x klu sy bawak salah sorg adik beradik mak sy ke pejabat tanah untuk jelaskan perkarani..
Sy buntu xtau na buat mcne,rmah dh usang xde sape berani dduk,jdi klu ada gran kami nk dirikan rmah baru untk berkumpul adik beradik bila raya...

mysas said...

assalamualaikum..
mcam mana cara nk selesaikan masalah saya ni... saya ada tanah tapi tanah tu dulu arwah mak suami saya da bagi tumpang kat kakak dia untuk dia buat rumah kat tanah tu.. masa tu kakak dia susah takde tempat tinggal..bila da bertahun2 lamanya sehingga ke anak cucu dia sudah besar dan kaya.. mereka tetap tak mau pindah dari tanah kami..
malah mereka buat kami musuh.. apa patut saya buat supaya dapat mengusir meraka dari tanah kami..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP