Monday, December 15, 2008

MACAM MANA NAK SAMBUNG TEMPOH PAJAKAN TANAH?

Tanah nii ada macam-macam. Kalau korang perasan.. sekarang nii kat Perak.. bila kerajaan baru ambik alih.. mana-mana tanah yang dulunya pajakan 99, pajakan 60 tahun.. MB Perak ada kuasa.. untuk bagi kelulusan kepada pemohon untuk lanjut tempoh kepada 999 tahun. Korang perasan tak?

Jadi sapa-sapa dok kat Perak.. boleh lah mohon.. ni peluang baik nii.
Tapi apa pun hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal pegangan tanah.. Sebenarnya tanah nii ada yang :

1. freehold selama-lamanya
2. freehold pajakan 99 tahun @ 60 tahun
3. rezab melayu selama-lamanya
4. rezab melayu pajakan 99 tahun @ 60tahun

Aku listkan macam nii.. supaya kita semua boleh nampak, kenapa ada 99 tahun, kenapa pulak ada selama-lamanya.. Bagi kaum Cina misalnya.. kalau mereka nii nak beli rumah, tanah, kedai…. Nii lah soalan nombor 1 mereka akan tanya. Tentulah mereka nak beli yang freehold selama-lamanya. Selalunya tanah freehold selama-lamanya agak mahal sikit. Tapi berbaloi beli.. Tanah nii ni boleh jual beli dengan bangsa asing.. tanpa ade sekatan.. market lebih besar jadi lebih mudah nak jual. Berbanding rezab Melayu selama-lamanya pulak.. Cuma untuk orang Melayu jee boleh jual beli.. Bangsa asing tak leh

Selalunya, kita mohon lanjut tempah pajakan nii.. bila kita nak jual hartanah tuu.. sebab klien yang paham. Dia orang akan tengok baki pajakan nii. Pastu bila nak buat rumah bungalow, nak tambah rumah, nak pindah milik dari nama mak bapak kepada anak, nak upgrade tanah tu dari kategori pertanian kepada bungalow dan lain-lain lah..

Tapi kita nak bincang, bagi kes tanah yang pajakan 60 tahun, 99 tahun, yang dah nak tamat tempoh, kita nak buat macam mana?

Kita boleh mohon lanjut tempoh. Mula-mula bawak salinan geran gi pejabat tanah. Buat carian resmi.. Pastu semak status tanah, terutama semak bila tamat tempoh pajakan hartanah kita tuu. Buat permohonan lanjut tempoh. Isi borang 12A dan jadual 1, ni bagi kes Selangor.. mungkin negeri lain.. isi borang lain kot.. sertakan semua dokumen yang pejabat tanah nak. Pastu pejabat tanah pun proses

Selalunya boleh lulus dalam tempoh 3 bulan. Ingat.. korang kena follow up ngan pejabat tanah nii.. pastu nanti korang kena bayaran premium tambahan.. berapa kena tuu, bergantung kepada nilaian oleh pejabat tanah. Dalam surat kelulusan pejabat tanah tuu nanti ada nyatakan. Bila dah buat semua bayaran.. geran original kita tuu kena serahkan balik pada pejabat tanah untuk daftarkan tempoh pajakan yang baru..

Emmm.. biasanya dalam tempoh 6 bulan boleh selesai semua.. dari mula sampai lah siap daftar tempoh pajakan baru..

Proses nii samalah lah bagi tanah rezab Melayu pajakan 99 tahun. Cuma nanti bayaran premium tuu murah sikit.. sebab rezab melayu

Bagi korang yang main lelong, rumah kondo and apartment.. benda nii tak kisah sangat. Nanti management corp akan uruskan mohon lanjut tempoh. Yang penting korang dapat +cashflow sudah lah.. heh hehe

Benda nii penting untuk sapa yang dah start main tanah.. sebelum beli tanah, semak tempoh pajakan nii dulu tau.. bagus beli tanah yang freehold selama-lamanya atau rezab melayu selama-lamanya.. sebab nak buat lanjut tempoh nii membazir duit jee..

Jom kongsikan masalah tanah korang kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

14 comments:

bling2 said...

bro, yg no 2 tu cam leasehold jerk
ke mmg ada item camtu. huhu

juruukur said...

bling2.. listhold tuu.. aku buat cam tuu biar senang kita nampak tempoh pegangan tanah...

bling2 said...

ok2...
paham2...
memudahkan pemahaman org

juruukur said...

Bling2.. heh hehe.. ada apa-apa yang boleh saya bantu? ko nya kot bungalow cam nee?? dah selesai..?

Anonymous said...

okeh...with regards to premium tuh..ani idea how it is being calculated..ade termaktub dalam Kanun Tanah Negara or pape akta hartanah lain ke?

juruukur said...

ada.. yang tuu, ko boleh rujuk ngan pejabat tanah..

kalo ko ada kes macam nii.. masa hantar borang permohonan.. ko boleh mintak, formula kiraan ngan pegawai pejabat tanah tuu,

suruh mereka kirakan sekali..

formula kiraan :

bayaran premium tambahan : 1/2 x 1/100 x 99tahun x nilain pasaran x luas tanah

nak lagi detail.. rujuk pejabat tanah

shahril azman said...

Salam Bro,

Info yang bagus. Ada satu soalan, Apartment saya pajakan 99 tahun dan saya telah mendiami selama 7 tahun bagaimana status tahun pajakan jika saya menjual kepada pembeli baru? Terima kasih

juruukur said...

shahril.. tak dee masalah.. bole je jual..

kalo tempoh tanah tuu.. dah nak expired.. nanti pihak MC akan uruskan laaa.. untuk sambung tempoh pajakan.. bab bayaran premium tuu.. semua tuan-tuan apartment.. kena tong tong laa

lama lagi tuu shahril.. jangan risau laa

Anonymous said...

salam bro...

brapa lama tempoh lanjutan yang diberi untuk premium tu? 99 tahun jugak ke? sori la..aku lost sket la..

juruukur said...

shahril.. ikut tempoh yang terkini laa

citcot eiyfa said...

nk tnye leyh...
1)klu adew pembeli nk beli rizab tnah ni tanpa penukaran nama (sebab dah meningl) blh x??? yg nk beli tu adelah ahli keluarga tu sendiri....
2)klu penukaran nama bape angaran harga tersebut.....
3)mengenai harga tanah rizab tu nk tanye pihak bank kn n hartanahh jugak ke??

Anonymous said...

tempoh lanjut nie kita boleh bagitahu pejabat tanah berapa tempoh tahun kita nak lanjut tak?kalau baki ada 80 tahun, boleh ke mintak nak tambah 7 tahun...

bestari said...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. katakan ada sekeping tanah luas 1 ekar, status pertanian, FREEHOLD UNTUK bUMI, di Mukim Kapar, Daerah klang selangor. Tuan tanah ingin menjual tanah dalam bentuk lot lot banglo, soalan saya berapa kos untuk tukar kpd status perumahan? Maksud saya kadar bayaran premium selain kos2 yg lain. bagaimana kiraan premium dibuat? terima kasih

Anonymous said...

Salam.

Keuntungan pelupusan tanah dikenakan CKHT mengikut kadar tertentu. Soalan saya , jika tanah diberimilik semula selepas tukar status tanah; tarikh perolehan tanah tersebut adalah tarikh mula-mula diberimilik atau tarikh baru selepas tukar status?
Ini penting untuk tentukan tempoh pemilikan tanah.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP