Wednesday, December 3, 2008

JANGAN BELI LOT BUNGALOW KALAU...

Pagi nii aku berkesempatan untuk call Cik Nora kita. Pertamanya aku mintak maaf banyak-banyak lambat balas email korang. Sebab email aku ada masalah. Macam mana pun semuanya dah ok dah sekarang. Alhamdulilah..


Ok.. hari ni aku nak syer sikit ngan fren semua.. apa lagi kalau tak masalah tanah. heh hehe.


Aku percaya, mungkin korang perasan iklan kat surat kabar, selalunya mereka ni iklan "tanah lot untuk dijual, harga murah, 50x80, RM45K".. lebih kurang macam tuu lah iklan mereka nii.


Pada pandangan aku, kalau lah korang nak beli tanah macam nii.. lebih baik hati-hati. Sebab selalunya urusan tanah, macam tukar syarat belum lagi selesai. Konsep jual beli geng nii.. mereka akan kumpulkan pembeli yang minat, pastu pembeli kena bayar deposit sikit pada mereka, kalau dah dapat 70% pembeli, baru lah mereka start buat urusan tanah. Semua urusan jual beli hanya pakai agreement lawyer jee. Bayaran-bayaran lain macam premium tambahan, ukur, infra dan lain-lain akan dikongsi bersama


Aku kurang setuju cara macam nii.. sebab masalahnya antara pembeli-pembeli tu bukanlah kenal sangat antara satu sama lain. Apa akan jadi kalau salah seorang pembeli liat nak buat bayaran?Pastu dalam kumpulan nii selalunya.. tak de pun yang betul-betul paham urusan tanah. Pening-pening urusan pejabat tanah dan jabatan teknikal yang terlibat. Apa akan jadi pada pembeli kalau bilangan lot dikurangkan oleh jabatan teknikal? Apa jaminan duit pendahuluan kita selamat? Berapa lagi bayaran yang perlu kita bayar pada kumpulan nii sampai urusan tanah selesai? Sapa nak tanggung kos buat kerja infra macam longkang, jalan, paip? dan macam-macam lagi lah


Bagi aku.. sapa-sapa yang cadang nak beli lot bungalow.. pastikan lot yang kita minat tuu dah ada geran individu. Pastikan juga semua kemudahan jalan, paip air, elektrik, telefon dah ada. Dapatkan jugak pelan infra & kerja tanah yang dah lulus pada penjual. Kalau semua tuu ada.. rujuk pulak dengan juruukur.. tentukan sempadan.. kalau semua maklumat tuu lengkap dan memenuhi lot bungalow idaman kita.. barulah kita beli. Biar kita beli mahal sikit, tapi semuanya lengkap dan sempurna


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

21 comments:

bling2 said...

salam bro bun... keh3

ni nk tanye tp lari topik ckit kot...

aku de sebidang lot banglo ni...
cadangnya nak buat uma sewa 2 pintu...

pastu aku pon tanye lah banker...
dia kate leh buat camni

tnh tu od kan or refi... pastu rumah tu loan kan skali...
mean umah yg under constuction nnt tu lah...

so, dia suh bg dia document ie quotation utk build up the bangalow... n pelan rumah tu...

so, skang ni aku perlukan QS n arkitek utk buat doc tuh..

lu ade x geng2 QS n Arkitek yg senang dibawa berurusan bro?

1st time wa nak buat ni.. hehe
tq if sudi menjawab... keh3

Anonymous said...

mak mertua aku duduk kat tanah TOL di pahang. mcm mana nak mohon utk dapatkan geran? takkan nak tunggu sampai pilihanraya tahun depan kot? mak mertua aku dah duduk tanah tu lebih dari 25 tahun. tapi tak dapat geran sampai sekarang. boleh bagi tau kitorang mcm mana prosedurnya tak?

juruukur said...

Ko boleh rujuk sahabat aku nii.. saudara Hadri 019-6461790, Saf Sepakat Sdn Bhd

juruukur said...

Bagus ko semak kat pejabat tanah, kat mana tanah ko tu berada. Gi bahagian pelan

Pastu tanya dengan dia orang, samada rumah mak ko tuu atas tanah rezab ke? atas tanah kerajaan ke? Maksudnya semak status tanah tuu betul-betuk

Pastu lantik juruukur, suruh juruukur buat kerja ukur butiran. Maksudnya ambik semua maklumat rumah, jalan, sungai dan lain-lain. Nanti juruukur akan siapkan pelan lengkap. Pastu mak ko akan sign plan yang juruukur sediakan

Hantar pelan tu pada pejabat tanah. Kalau tanah tu sah tanah kerajaan, ko isi borang jadual 1. Ko akan kena sikit bayaran. Berapa tu.. aku tak pasti lah

Kalu tanah mak ko tu atas tanah rezab.. ni agak leceh sikit.. tapi langkah awal.. ko pastikan lesen TOL tu mesti bayar setiap hujung tahun. Kalu dah mati.. mohon semula

Diver said...

Fizal...
cerita beli 'lot lidi', ramai juga member kawan yang terkena...
saiz mengecil..
kos bertambah..
geran share..
sempadan pun tak jelas..
yang best sekali,...broker main hentam jual berlebih pulak..

ingatan yang baik untuk semua..
tahniah Fizal..

sebab tu, kawan mencari tanah bergeran saja..

juruukur said...

Betul driver... aku sokong hang

ajip said...

Salam,,ayah saya ingin menjual tanah lot nya di Sungai Merab (geran individu,Malay reserve (freehold).Soalannya bagaimana prosedur2 penjualan ini jika ada pembeli yang berminat?Saya ingin jalankan sendiri tanpa orang tengah.Tq

KEOWN said...

ayip... berapa rm nak jual?

ajip said...

Harga RM24(Nego) untuk tanah lot bapa saya dan RM22(Nego) untuk tanah lot pakcik saya.Ada 2 lot yang ingin dijual sebenarnya..Lokasi 2,3 lapis dari jalan besar.Kawasan persekitaran bukit menghijau.Sudah ada beberapa unit banglo di kawasan itu..

KEOWN said...

ajip... keluasan lot tersebut berapa?

al_husni said...

salam ajip..saya pun minat nk tau lanjut..ni bape x bape?..or bape sqft?..apa no hp hang?..nnt aku calling2..tq for your consideration

ajip said...

Salam,,actually ada dalam 3 orang pakcik dan sorang makcik yang nak jual tanah lot ni..ada lot yang ok dan ada yang lereng sikit..pasal tu nak jual murah2 je..hubungi Razif 016-3913639/019-3182615 untuk keterangan lanjut.tq

ajip said...

Lupa plak.kalau dalam meter persegi=496m2.dalam kaki persegi=5342k/p..anggaran dalam 48 kaki x 111.5 kaki..

Anonymous said...

Cheap and trendy deisgner clothing from ronkaclothing.com where we sell: Diane von Furstenberg, Face, Sentimental, Theia, Sale, Ash, Leggings, Lizzie Fortunato Jewels, UGG Australia, Voom, Cheryl, Pencey, http://www.eicop.org/m-694-henry-belle.aspx, Daftbird, H by hudson, Herve Leger, View All, Bootcut Jeans, Stole, Accessories, Seychelles, Dessy Group Mens, Jerome Dreyfuss, Pamela Love, Apparel, Simdog, Editor's Picks, Splendid, Christopher Kane, Kooba, Cheryl, Vitamin A Gold/Emerald Shimmer, Decode 1.8, House of Harlow 1960 Sunglasses, Lisa Stewart, The Selby Is in Your Place Book, Dessy Group, Notify, Terra Plana, Romper, Cossabella, Cropped Jeans, Rings, Adrianna Papell, Tashkent by Cheyenne, Rachel Roy, Julian Chang, AP Classics, Booties, Gypsy 05, Sunglasses, Tibi, Mar Y Sol, Adina Jewelry, Sherri Hill, Brachfeld Parlaghy, Sleeveless, Alkemie, HHN by Haute Hippie - all available from our online designer clothing store at 50% off sale! Check out http://arts.harvard.edu - harvard university arts and fashion.
We admire work of Harvard University Arts and Fashion - best school of arts where great designers learn
how to create great looking designer clothing!

Anonymous said...

OszKzy [url=http://onnrainnmcm.com/#54629]MCM バッグ[/url] IcfJxm http://onnrainnmcm.com/ EglTkb [url=http://mcmsenmon.com/#76830]MCM キーケース[/url] OeaVcl http://mcmsenmon.com/ KawFbk [url=http://ninnkimcm.com/#98913]MCM 通販[/url] QgzLbh http://ninnkimcm.com/ HqbWfb [url=http://kaidokumcm.com/#04102]MCM[/url] NawKgn http://kaidokumcm.com/ CodBfi [url=http://manzokumcm.com/#14309]MCM 店舗[/url] NecPib http://manzokumcm.com/ FpzAjw http://chloenihon.com/ AtvSuy [url=http://chloenihon.com/]クロエ アクセサリー[/url] IrpI http://toumikousin.com/ HizLM [url=http://toumikousin.com/]TUMI 26141[/url] NfkMnW http://toumikakaku.com/ DsuCxYD [url=http://toumikakaku.com/]TUMI ショルダー[/url] AieFin [url=http://mcmhannbai.com/]MCM 長財布[/url] YmpHnn [url=http://mcmhannbai.com/]MCM 通販[/url]

Anonymous said...

Excellent post. I was checking constantly this blog
and I am impressed! Very helpful information particularly the last part :) I care for such info much.
I was seeking this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.

My blog post :: トリーバーチバッグ

Anonymous said...

Thanks on your marvelous posting! I certainly enjoyed reading it,
you can be a great author. I will be sure to bookmark your blog and may come
back down the road. I want to encourage that you continue
your great writing, have a nice evening!

Also visit my weblog miu miu 店舗

Anonymous said...

Great article.

Stop by my homepage: www.motardsdu13.com

Anonymous said...

It's fantastic that you are getting ideas from this article as well as from our dialogue made at this place.

Here is my web blog miu miu 財布

Fauzul Aziz said...

Saya cadang nak beli lot tanah banglo, pelan akui dah ada waktu saya cek di jupem, masalahnya geran individu belum dikeluarkan lagi, saya cadang nak buat cqarian di pejabat tanah bagi lot tersebut sebelum saya beli tanah nie, boleh ke buat carian tanpa no hakmilik? Hanya berdasarkan daerah, mukim dan no lot?

Fauzul Aziz said...

Apa maksud mcl? Tanah status mcl, tanah ada melaka

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP