Thursday, December 11, 2008

IDEA GILA JADI KAYA

Baru aku tau.. ada banyak cara boleh jadi jutawan. Main loteri pun boleh jadi jutawan gak. Macam klien aku sorang nii. Tapi dia bukan Islam lah.. Dia jadi mewah, sebab dulu dia ada 2 bijik mesin kuda. Hasil untung niaga tu.. dia start beli tanah. Pastu kasi bersih, tanam pokok sikit.. pastu jual balik. Dia dapat banyak untung dari aktiviti nii..

Selain tuu.. nak jadi kaya boleh gak merompak. Rompaklah apa benda pun. Asalkan merompak tu buat sekali jee. Selalunya kalau buat kali kedua, mesti kena tembak ngan polis. Hati-hati… ramai gak yang kaya cara nii

Jual benda haram, boleh gak jadi kaya. Aku heran bin ajaib lah.. Kita ni, jual rumah, jual tanah, semua ni aktiviti halal, boleh iklan lagi, ada group, susah nak untung juta-juta. Tapi ada pihak lain, jual arak, jual VCD, jual dadah, jual ayam, judi haram.. senang-senang je jadi kaya raya kan.. hangin betul lah

Jadi lanun.. sekarang nii cerita lanun nii hebat gak orang bercerita. Tapi nak jadi lanun kena gi Somalia.. heh heh.. kat sana ramai lanun pakai bot-bot kecik nii.. gi tangkap kapal besar.. kalau silap hari bulan.. kena tembak ngan lanun lain nanya ooo..

Bagi mereka yang lom kawin.. yang kacak.. yang cantik molek.. yang menggoda, gunakan lah asset korang sepenuhnya. Optimumkan tahap maksima. Carik orang kaya.. goda mereka.. kawin dengan mereka.. Bukan kaya roti tuu ekk.. tapi mereka yang banyak duit. Yang duit berpikul-pikul. Baru kita boleh tumpang sekaki

Sapa anak dato, anak tan sri, anak ahli politik, anak ahli perniagaan.. semestinya korang dah pun jadi jutawan. Sebab korang leh dapat modal dari family. Setiap anak ada bahagian masing-masing. Dapat tanah sini, dapat rumah sana, dapat saham, dapat business and macam-macam lagi. Tapi cabaran paling susah bagi korang, selalunya family akan pantau. Mak bapak mau kita lebih kaya dari mereka.. susah tuu beb..

Bagi korang ada bakat berpidato, korang jugak boleh joint politik.. ramai kawan aku dah mewah sebab joint politik. Aku tak tau, aku tak paham.. apa hubungan duit dengan politik.. tapi yang pasti, ramai orang joint politik.. jadi jutawan

Tapi bagi yang muslim.. tak boleh ikut cara haram eeekk nak jadi kaya.. halal tau.. Ni cuma renungan jee..

Jom kongsikan.. apa lagi idea gila.. yang kita boleh jadi jutawan?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

22 comments:

KEOWN said...

nak jadik jutawan.. kalau memang dari keluarga yang tidak kaya. agajk sussah. cuma boleh berdoa dan usaha 10 kali lebih dari orang yang bapak dah kaya..

bling2 said...

kebanyakkan jutawan yg kekal adalah jutawan yg bermula dari bawah.

dia lebih tahan mental psl pernah melalui zaman kegelapan..

so, in case masa dia di atas dia jatuh terduduk dia tau apa yg perlu dilakukan berbanding org jutawan segera.

pernah tak dengar org menang loteri berjuta-juta kembali mintak kerja sebagai kuli?

ha, ni slh 1 contoh jutawan segera lah ni...

*peringatan utk diri sendiri. wakaka

juruukur said...

keown.. betul-betul.. kena usaha kuat.. ingat senang nak jadi jutawann... tak usaha.. setakad angan-angan bolehlah kan.. ehh hehe

Bling2.. tuu aku setuju.. untuk sapa2 yang main loteri.. ingat tuu pesan bling2.. jangan dah menang juta2.. pastu mintak sedekah balik heh hehe

pie2020 said...

fizall ... sekarang niee orang kayaa ... pasall buatt seminar yg tak membantuu pesertaa .... ambik duit orangg .. tapii kasii entah apa apa ... peehhh...

juruukur said...

Pie.. betul tuu.. mereka buat seminar.. konon boleh ubah kita jadi kaya.. tapi sebenarnya hampeh..

Abbas said...

ni ada satu idea gile untuk kaya. aku nye bos, suh aku cari buyer, untuk tanah kat klia, luas die 1342ekar. ala yang kat sepang tuh, yang kat tepi jalan tuh, yang banyak kelapa sawit. hurm bos aku ckp, klau aku dpt jual, sampai close deal, dia bg 2o sen sekaki kat aku. so, tak ke juta tuh... so, sesaper ada buyer, klau dapat gi tau r aku. klau berjaya sampai close deal, kita bagi 50-50. ok?

juruukur said...

abbas.. kena dapat semua info tanah tuu dulu.. pastu mesti dapat surat lantikan dari tuan tanah.. lantik ko sebagai wakil jualkan tanah tuu.. pastu kenalpasti sempadan tanah tu lak.. tapi selalunya kes macam nii.. susah nak close laa..

aku tak pandai nak jual tanah besar-besar nii.. sebab mahal sangat.. juta-juta tuu..

takut lak... nanti banyak sangat dapat komisen.. heh hehe..

Abbas said...

surat lantikan wakil sumer bos aku ada. aku ni just dia suh tlg cari jek.. hurm, lg pe patut ek kene buat?

juruukur said...

kalau semua ada.. ko ambik gambar tanah tuu.. iklankan kat mudah.com lah.. try kat sana.. mana tau ada rezeki...

juruukur said...

abbas.. aku lupalah semalam.. ko nak tau pasal apa? macam mana nak dapat cash dari tanah pusaka kan?

Abbas said...

wokeh... no prob..

Abbas said...

ha, pasal tanah pusaka tuh...aku tertunggu2 gak td..

juruukur said...

abbas.. jangan bimbang.. nanti aku buat tajuk khas untuk ko.. mesti untung punya.. dalam tempoh menunggu tuuu.. bagus ko explore blog pie2020.com.. heh hehe

Abbas said...

wokeh2..
hurm, ko ada x tau tanah utk pertanian kat bentong, yg freehold utk dijual? sebab, ada org nak beli r... dlm 10 ekar...

juruukur said...

abbas.. setakad nii lom ada lagi.. kalau ada, aku inporm koo..

wakata said...

hafizal,

idea gila main tanah ok gak. Beli tanah (byk2) dgn gov, pastu commercialkan tempat tu or jual terus..mmg untung gila babas.Ada sesapa nak jual tanah tepi jalan besar/sibuk tak? aku ada proposal la...

Abbas,

Tanah tu ada apa skang? agak2 brp bos ko nak jual?

p:s/ ni 1st time aku comment dlm blog juruukur, best la blog ni

juruukur said...

wakata.. tima kasih sebab bagi sokongan kat aku.. heh hehe

ko nak area mana wakata?

Abbas said...

wakata,

tanah tu skang ada pokok kelapa sawit, 5-7 tahun. blog juru ukur nih mmg bez.. hehehe. byk benda dia lei kongsi ngan kita... hehehe. credit to mr juruukur... hehehe

p/s: belanja teh tarik, sebab dah puji ko. hehehe

juruukur said...

abbas.. ko dah call ayie n khairul? esok petang ko free? jom minum..datang ofis aku boleh??

Abbas said...

aku x call lg.
tapi ayie semalam kata dia nak bawak aku jumpa bos dia.. tapi, cam ne.. aku kejer... nak jumpa sabtu ahad, opis da bukak ker?? aku dah serabut giler dah nih... td aku amik mc.. aku kene migrain.. stress gler....opis ko kat puchong ek??

Anonymous said...

Alhamdulillah, aku baru closed deal jual tanah org. Puluh juta juga lah....setelah lebih 10 tahun aku buat part time jual tanah tak pernah laku...Alhamdulillah juga aku dapat ilmu yg mahal harganya kerana dpt involve dari A sampai Z. masalah mcm berjaya settle juga.
So skrg aku sgt happy! terima kasih Allah.
Siapa yg ada tanah baik punya boleh kongsi pengalaman...mana tahu hanpa juga dapat jual tanah sampai berjaya.

Mawarni Sulaiman said...

Aku ada buyer, tapi si broker ni sombong la pulak! Macam tanah tuh dia yg punya. Ada cara nak kesan pemilik tanah tak? Pelan ada, sebahagian no lot ada.(ada 7 tittle, dlm pelan nampak 4 no lot je, yg lain tak jelas) Aku nak cari pemilik nak mintak deal terus, tak pun nak mintak dia bahasakan sikit broker dia yg sombong tuh.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP