Wednesday, December 17, 2008

MACAM MANA NAK MOHON PECAH SEMPADAN TANAH PERTANIAN?

Sekarang nii.. geng-geng kita ramai yang kaya-kaya lah.. terutama geng oil and gas.. heh ehehe.. geng duit banyak tuu..

Ok lah.. selain korang invest beli rumah lelong.. kita boleh gak beli tanah.. tapi invest kat tanah nii lebih pada keuntungan capital lah.. kena ada modal besar Sebab loan tanah pertanian nii cuma boleh dapat 60% jee kan?.. tak salah aku lah..

Mungkin korang boleh start dengan yang kecik-kecik dulu.. beli tanah 2 ekar. Pastu buat urusan pindahmilik.. urusan nii senang je.. kita buat sendiri kalau kita bayar cash.. jimat sikit.. atau kita lantik lawyer bagi mereka yang buat loan ngan bank

Bila nama kita dah tertera dalam geran.. apa yang boleh kita buat dengan tanah tadi?.. ianya banyak bergantung pada lokasi. Kalau lah tanah tuu dekat ngan jalan besar.. ada elektrik, air, jalan tar.. trafik banyak.. mungkin boleh sewakan tanah tuu buat tempat besi buruk kee.. buat car wash ker, tempat store gas kee, restoran kee.. nak buat pertanian boleh gak.. terpulang lah kat korang nak buat apa.. heh hehe

Selain tuu.. korang boleh pecahkan sempadan tanah tuu.. dari lot asal 2 ekar. Pecahkan kepada 2 plot, setiap plot luas sekar.. dua-dua plot masih nama korang.. kategori tanah tuu masih lagi pertanian..

Untuk mohon pecah sempadan nii kena lantik juruukur. Nanti juruukur siapkan pelan dan semua dokumen yang perlu untuk hantar kepada pejabat tanah. Dalam tempoh 6-9 bulan boleh siap sampai dapat 2 geran.. Untuk makluman korang.. pecah sempadan jenis nii tak yah bayar premium tambahan pun.. Cuma bayar ukur jee.. tak mahal.. jangan takut

Dalam tempoh menunggu kelulusan dari pejabat tanah tadi.. korang boleh buat lanskap cantik-cantik.. tanam pokok.. buat pagar.. buat pondok… pastu bila dapat jee geran, dah boleh jual.. Terpulanglah kat korang.. samada nak jual 1 plot dulu.. 1 plot lagi simpan.. atau jual semua..

Korang rasa untung tak cara nii?

Jom.. kongsikan masalah tanah korang kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

5 comments:

Abbas said...

pergh...
menarik tul... ko nih mmg genius r... otak usahawan tul... hurm nak tanya, klau nak pecah sempadan tuh, biasanya amik baper lama ek??

juruukur said...

pecah sempadan tanah tanpa ada tukar syarat tanah ni.. selalunya ambik masa 3 bulan untuk lulus.. pastu ambik masa 3 bulan lagi untuk siapkan geran.. jadi total.. dalam 6 bulan boleh siap complete laa..

mercly said...

takde masalah ke kalau sewakan tanah tu utk car wash, restoren, used car etc since still under tanah pertanian?

juruukur said...

mercly.. kena tengok kat mana tanah tuu.. kalau kat selangor.. kawasan di bawah majlis perbandaran.. kena dapat kelulusan majlis sebelum boleh buat projek mcm tuu.. kalau tak.. nanti majlis kasi roboh ooo

mercly said...

ooo maknanya walaupun tanah pertanian tapi kalau dapat kelulusan bolehla...

aku dah start nampak konsep kau ni. modal memang kena besar. loan 60% pulak tu. monthly takde cashflow kecuali macam kau tulis tu. kalau jv mungkin ok kot. anyway time2 sekarang senang ke nak cari pembeli? ke hold dulu?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP