Hari nii aku nak syer, kisah benar pasal diri aku.. kejadian nii berlaku 3 tahun dulu.
Bila aku teringat kisah nii.. menyesal pun ada, geram pun ada, rasa bodoh pun ada. Tapi yang pasti, disebalik kejadian tuu, aku banyak belajar. Belajar dari kesilapan. Tul tak? Aku belajar teknik salah untuk gandakan duit
Dulu aku ada beli 1 bidang tanah.. tanah nii tak luas pun.. Cuma dalam 38,000kp. Tak sampai pun sekar. Kat area Semenyih. Keliling tanah nii semua ada rumah. Lengkap ngan semua kemudahan, ada letrik, ada tipon, ada air, ada jalan tar, dekat lak ngan masjid
Ada sorang makcik tuu, terdesak nak jual. Harga yang dia tawarkan lak memang murah banget. Cuma masalah tanah nii.. keadaan tanah dia agak berbelukar dan banyak pokok rembia, pastu satu geran ada dua nama. Makcik sorang nii jee yang sedia nak jual. Tuan tanah sorang lagi.. tak nak jual, puas aku pujuk, tapi tak jalan gak, katanya tanah dia nak bagi kat anak-anak
Sebab sorang jee yang nak jual.. so urusniaga tanah nii, aku kena bayar cash laa.. Tak leh nak buat loan. Kalo aku nak buat loan gak.. kena mintak kebenaran dari tuan tanah satu lagi.. sapa nak bagi tul tak? Sedangkan mereka tak dapat apa-apa… pastu tanah kena charge kat bank.. sebaliknya kalo aku tak mampu bayar loan.. tanah mereka semua kena lelong.. sapa nak bagi geng..
Lepas tuu aku pun, buat urusan pindahmilik tanah.. tak lama pun.. 3 bulan dah pun selesai. Dan nama aku dah tertera dalam geran. Pastu lak.. aku pun suruh lah juruukur, ukur bahagian aku. Tandakan sempadan atas tanah ngan paip besi.
Siap jee urusan ukur, aku suruh scorpion (jentolak) bersihkan tanah. Tebang semua pokok rembia, bersihkan belukar. Pokok-pokok tadi aku bakar. Cun jadinya tanah tuu bro. Pastu.. aku gi tanam tiang-tiang pagar untuk bahagian aku. Bukan untuk buat pagar.. tapi sekadar nak tunjukkan sempadan tanah. Selang 20 meter, aku tanam tiang pagar. Nampak kemas jee tanah tuu
Bila dah kemas tuu.. aku pun iklan kat Harakah ngan Metro.. ayoo berpuluh orang datang tengok. Ramai yang minat ngan harga yang aku tawarkan. Tapi bila aku bagi tau, geran kongsi. Mereka semua cabut. Biasalah tuu.. aku dah agak dah.. dari awal lagi.. masalah cam nii mesti timbul
Tak pee.. aku sabar jee.. kalo ada rezeki aku, aku jual.. kalo tak dee.. aku simpan jee.. sampailah Abang R sedia beli tanah aku tuu.
Jom laa kita tengok, berapa laa untung mereka nii.. (malunya ha ha ha)
KOS (JURUUKUR)
Beli tanah dari makcik : RM20K
Urusan pindah milik : RM1.5K
Bersihkan kawasan, ratakan kawasan, tanam tiang pagar, upah bakar : RM1.5K
Kos iklan kat surat kabar : RM500
JUMLAH : RM23.5K
JUAL (JURUUKUR)
Jual kat abang R, ngan harga RM83K
UNTUNG (JURUUKUR)
Dapat lah untung sikit.. ha ha ha.. RM59.5K. dalam tempoh 8 bulan.. sikit jee kan.. ha ha ha
Sepatutnya aku kena upgrade tanah tuu dulu, sebelum jual. Tapi waktu tuu.. aku tak paham pasal financial. Aku kat zaman jahiliah lagi.. ha ha ha. Aku tak main CASHFLOW101 lagi. Aku belum baca buku Robert Kiyosaki. Masa tuu aku buta.. he he he..
Dan sekarang nii, abang R dah siap pun, buat 2 bijik rumah atas tanah tuu. Tambah cerialah kawasan tuu. Dan yang terbaru.. dia mintak aku tukarkan syarat tanah, pastu pecahkan geran. Supaya masing-masing dapat geran individu. Semua kos dia tanggung. Ayoo kayonya abang R
Berapa lak untung abang R?
KOS (ABANG R)
Beli tanah dari juruukur : RM83K
Kos ratakan tanah : RM1.5K
Buat 2 bijik rumah : RM80K
Kos tukar syarat tanah (jururancang) : RM7K
Bayar premium tambahan, cukai parit, cukai baru, (anggaran) : RM12K
Kos pecah geran, untuk dapat geran individu : RM7K
JUMLAH : RM190.5K
NILAI TANAH (ABANG R)
Siap jee tukar syarat tanah, ada lak geran individu, aku percaya, area tuu, nilai tanah mesti naik, paling minimum RM15kp. Kalo 38,000kp x RM15.00 : RM570K. Di tambah ngan nilai rumah RM80K.. sudah berapa ekk?
Nilai tanah + nilai rumah
RM570K + RM80K : RM650K.. lebih setengah juta bro
UNTUNG (ABANG R)
RM650K – RM190.5K : RM459.5K … uyooo.. banyak nyeeee
Abang R untung banyak.. sebab dia upgrade tanah tadi. Sebaliknya.. aku lak main jual tanah pertanian cam tuu jee.. (ayoo ruginya akuuu.. ½ juta tuuu.. kenapa lah aku tak nampak dulu.. eeeeeeeeee gerammmmnyaaaaaa)
Pastu lak.. kalo nak dapatkan cash.. abang R tak yah pun jual hartanah tadi.. dia boleh charge jee tanah tadi kat bank. Boleh ODkan dia.. oyoo banyak dapat duit tuu. Bila dah ada modal besar cam tuu.. Dah boleh garang dah. Macam-macam pelaburan bleh buat. Boleh invest big deal sudah
Pesan aku.. kalo korang ada tanah, kasi upgrade tanah tadi.. maksimumkan untung.. baru lah jual.. untung gila bro… korang jangan jadi cam aku ekkk..
Ok.. bye bye
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
June
(21)
- MESIN CETAK DUIT
- KONGSI BELI RUMAH, KONGSI UNTUNG
- BILA WAKTU TERBAIK BELI TANAH?
- JAWATAN KOSONG
- BERBALOI KE BELI RUMAH LELONG?
- NAK UPGRADE PROJEK AYAM NGAN LIMAU
- HERO-HERO AKU
- TT KAT RAMAL JUNCTION
- JOM WAKAF TANAH
- KENAPA TANAH AKU TAK BOLEH NAK UPGRADE?
- PECAH GERAN TANAH UNTUK UPGRADE MODAL
- MAKLUMAT APA YANG KORANG INGINKAN?
- PASTIKAN KITA UPGRADE TANAH DULU SEBELUM JUAL
- DOWNGRED TANAH DARI KATEGORI PERNIAGAAN KE PERTANIAN
- BELI TANAH PAKAI EKAR, JUAL TANAH PAKAI LORI
- TUKAR SYARAT TANAH PASTU JUAL BORONG
- KONGSI BELI TANAH PERTANIAN PASTU PECAH SEKAR-SEKAR
- UPGRADE TANAH PUSAKA JADI LOT BUNGALOW
- UNTUNG KEE BUAT PROJEK LOT BUNGALOW?
- KONGSI-KONGSI BELI TANAH
- DAPAT TANAH FREE
-
▼
June
(21)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
10 comments:
baru nak suh ko convert tanah.. bila abis baca rupanya.. tipah pun tak ingat.. hheheheh
takpa..
lain kali carik lagie tanah lain.. pengalaman dan ilmu tu yang lagie mahal daripada untung abang R tue...
keown... kena carik tanah pelan-pelan.. peluang tuu mesti ada lg
lo...wa ingatkan geram sbb tak untung..geram2 pun ader untung ma...hehe
matt.. untung gak laa.. tapi ciput.. ha ha..
juruukur...
abg R tu dah jual ke tanah dia...???
kalo blom tu...maknanya blom untung la bro..
tak jual pun tak pee.. kasi OD pun dah cukup..
syukurrrrr...... hehheheh....
salam bro fizal,
nak tanye.
kalo kite beli tanah, tapi x nak buat ape2 kat tanah tu dulu, nak peram je, elok kite ukur gak kan, untuk tau keluasan sebenar dan sempadan2 tanah kite tu.
ade keje lain lagi kene buat tak selain tukar nama dan ukur?
boleh bagi anggaran kos ukur die x?
ape lagi kos2 lain yg kene tanggung aarr??
kalo info ni P&C, boleh emel x?
ni nak tanye utk info je, FOC :p
trime kasih in advance :)
Berapa kos keseluruhan juruukur untuk tanah 1 ekar kebawah
Bro tanah bukit nak ratakan agak berapa bro..
Post a Comment