Monday, February 2, 2009

SEMAK BETUL-BETUL SEBELUM BELI TANAH

Hari nii.. aku nak syer sikit, pasal masalah tanah, sahabat kita, Saudara A ni. Walaupun benda ni agak confidential, tapi rasanya, bagus juga kita syer info ni.. supaya kita boleh semak betul-betul, sebelum kita beli tanah

Al kisah ceritanya, saudara A beli tanah kat Sungai Buluh, kat Kg Batu Gajah. Dulu dia beli tanah nii, dengan harga RM200K lebih. Luas tanah cuma 1 ekar je. Mahal gak harga tanah kat area sini ekk. Jadi, sapa-sapa ada tanah area sini.. memang kayo lah korang

Alhamdulilah, Saudara A nii.. buat keputusan bijak. Sebab lantik lawyer untuk uruskan pembelian tanah ni. Pastu lantik juruukur untuk semak betul-betul keluasan tanah tadi

Bukan apa, kalau kita tengok secara kasar, rujuk hakmilik sementara nii.. memang betul lah, luas tanah saudara A, adalah sekar. Kalau kita buat carian kat pejabat tanah sekalipun, pasti kita akan dapat info yang sama. Cuba korang explore geran tanah kat bawah nii :


Ingat tak.. dulu aku pernah bagi tau.. hati-hati dengan hakmilik sementara. Sebab luas dalam hakmilik sementara, adalah luas sementara je. Ukuran halus ke atas tanah tuu.. belum buat lagi, batu sempadan belum tanam, nombor lot tak de, pelan akui belum di sahkan oleh Pengarah Ukur

Untuk membantu saudara A, aku pun buat semakan maklumat kat jabatan ukur. Aku dapati, keliling plot saudara A, PT1970, dah ada lot nombor. Maksudnya, tanah saudara A, dah dihimpit oleh lot jiran. Kesian saudara A. Luas tanah dia dah jadi kecik

Bila aku buat pelan cadangan, ambik kira lebar jalan 20 kaki, kat sebelah selatan dan timur, baki tanah saudara A, dah jadi 0.75 ekar jee, dan bukan 1 ekar macam dalam geran sementara

Jadi bagi kes saudara A, aku cadangkan, supaya saudara A maklumkan benda nii pada penjual. Bincang baik-baik.. Maklumkan gak pada lawyer, mintak lawyer tahan payment pada penjual. Pastu uruskan permohonan hakmilik kekal. Luas dalan hakmilik kekal jee.. yang boleh diguna pakai..

Oklah.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

10 comments:

Anonymous said...

wowww...
menarek n tertarek...
cuma klo dpt zoom lg image tu lg cun...
jelas...

ok...
mmg akan ada perubahan keluasan bile kita mohon hakmilik kekal..
ukur halus
leh jd kurang atau lebih...
klo lebeh bagus lah
klo kurang ermm....

abis kes ni camne bro?
c A td g bg surat kat JUPEM x?

ni tnh kt spital sg buloh ke?
ke kt kg melayu subang?

Anonymous said...

kg batu gajah?
ke kg kubu gajah?

huhu...

dia beli dulu rm200k
so, napa nk maklumkan lg pada penjual?

xphm la kes ni. hehe

Anonymous said...

bling2.. kg kubu gajah.. bukan kg batu gajah.. tersilap lah

Anonymous said...

bling2.. kena maklumkan pada penjual.. sebab saudara A baru jee bayar deposit.. RM40K,

Yang balance 160K lebih tuu.. lom bayar lagi.. Sebaiknya, harga tanah tu boleh kurang lagi.. sebab luas tanah dah kecik

Anonymous said...

Terima kasih Fizal kerana kongsi info P&C ni..hehehe, bukan apa, setakat baca teks tak berapa clear la, lg pun sy mmg tak pernah tgk camna rupa dokumen2 berkaitan tanah ni.

Anonymous said...

kakct..lepas nii.. saya tambah gambar gambir sikit.. baru nampak meriah kan .. hah haha

selain tu.. harap kawan2 senang paham

Apa pun kak.. kalo akak ada masalah tanah, jangan malu, jangan segan.. kita syer kat sini

Anonymous said...

Ukur halus nie mcm mana? boleh jelaskan maksudnya..

Mcm mana boleh dapat luas sementara dalam hakmilik sementara ini?salah kira ker?

Anonymous said...

ucapan jutaan atas kesudian berkongsi ilmu. blog ini bnyk membantu sy.

Maaf kalau soalan ni tidak berapa sesuai. insyaallah sy ingin membeli tanah dan mngupah jurukur. boleh sy tahu range bayaran yg dikenakan juruukur...(klu sulit bg range shj) supaya sy boleh buat bajet dalam pelaburan sy. sekian terima kasih

Unknown said...

Kalau saya bersama rakan hendak membeli secara kongsi 4 ekar tanah syarat tanam getah Geran Hakmilik Sementara 99 tahun didlm negeri Selangor

Perlukah saya membayar premium semasa proses pembelian sedangkan tempoh berakhirnya hanya pd thun 2087,

jika perlu dibayar berapakah jumlahnya?

Adakah kiraannya sama seperti membeli tanah untuk pembangunan?

Unknown said...

Kalau saya bersama rakan hendak membeli secara kongsi 4 ekar tanah syarat tanam getah Geran Hakmilik Sementara 99 tahun didlm negeri Selangor

Perlukah saya membayar premium semasa proses pembelian sedangkan tempoh berakhirnya hanya pd thun 2087,

jika perlu dibayar berapakah jumlahnya?

Adakah kiraannya sama seperti membeli tanah untuk pembangunan?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP