Tuesday, February 24, 2009

MOMENTUM PENTING DALAM BERNIAGA


Hari nii.. aku jumpa Abang Enal.. untuk makluman korang.. dia adalah salah sorang kawan, yang banyak bagi sokongan dan dorongan, terutama pada peringkat awal, bila aku nak bukak bisnes sebelum nii.. dia jugak tahu pasal jatuh bangun aku dalam bisnes.. ha ha ha

Berbalik kepada cerita kita.. pasal momentum.. pada pandangan aku.. momentum nii penting sangat, terutama bagi mereka yang berniaga. Tak kisah lah berniaga apa pun.. jual burger ke, jual ebook ke.. momentum tuu mesti ada.. maksudnya.. setiap hari kita mesti ada anjakan atau pergerakan

Sebagai usahawan.. momentum kita mesti kuat, maksud aku.. kita cuba sedaya upaya, berfikir dan gunakan kelebihan yang kita ada, pada tahap yang optima, untuk capai impian kita, dalam masa sesingkat mungkin

Bukan apa.. korang sendiri boleh tengok.. samada perniagaan tu, ada momentum atau tak, misalnya AIRASIA, McD, KFC, DIGI, MAXIS.. macam mana mereka berniaga, hebat kan.. habis promosi nii.. tukar promosi lain.. habis diskaun tuu.. tukar diskaun nii.. macam-macam kan. Sebab tuu mereka boleh untung tahap gaban.


Kalo versi blog pulak.. cuba korang explore blog Dr Mahathir, IrfanKhairi, AnwarIbrahim. Kita baca blog dia orang jee, secara tak sedar, kita boleh rasa mereka tu ada momentum.. betul tak?

Bagi kes kita.. yang baru berjinak ngan hartanah nii.. kita gak mesti ada momentum. Maksud aku.. kita kena selalu explore pasal rumah, tanah, iklan lelong dan lain-lain, Pastu tu kita war-warkan pada kekawan. Sebab kat luar sana.. ramai lagi tak paham pasal lelong-lelong nii.. ajak mereka invest, charge lah sikit kat kawan tuu.. sebagai balasan.. kita boleh gak dapat sikit komisen.. betul tak?.. sapa nak bagi.. duit tuu beb

Pastu bagi kawan korang yang nak jual hartanah.. tapi tak tahu cara.. korang boleh tolong.. buatlah iklan.. kasi iklan kat mudah.com kee.. kat surat kabar kee.. mana tau.. hartanah tadi boleh jual.. korang boleh dapat komisen

Pastu.. mana tau pulak.. ada kawan korang nak ukur tanah.. let me know.. aku akan bantu mereka dari A to Z.. ha ha ha.. (promosi-promosi)

Kalo kita tengok.. secara keseluruhan.. momentum tu penting sangat, dalam semua perniagaan. Dari kakitangan sampailah kepada bos.. cuba bayangkan, kalo bos kita tak dee momentum.. mesti lesu, lembik, pastu tak bermaya.. kalo macam tu.. macam mana nak untung berniaga.. ye tak?

Pada pandangan aku.. tak dee orang lain, yang boleh dorong kita, untuk tambah momentum.. melainkan diri kita sendiri.. jadi kita kena cepat usaha.
Selain tuu.. kita boleh amalkan baca Bismilah 300X dan Selawat 300X setiap hari.. Insyaallah.. kita boleh nampak hasilnya

Ingat tuu.. orang lain boleh nampak.. samada kita bermomentum atau tak.. jadi kita kena segera bertindak

Ish.. ish.. juruukur macam pakar motivasi lah pulak.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

6 comments:

kumin_gonewiththewind said...

Bro..
Tima kasih sbb share topik nih...

Matt Azuri said...

Bro,

Ngan kata lain..the domino effect..kalu mencuba sesuatu..jadi...pastu insya-Allah cubaan yg kedua pun akan jadik gak..then leh raser la momentum kejayaan..hhmm..in theory just nice..tapi tak mustahil untuk diapply kan ngan real life..dah banyak contohnya kan..

juruukur said...

kumin.. tima kasih

matt.. setuju setuju..

treec00l said...

wow, bro fizal ni kalo jadi lead memang best. sentiasa positive & optimist :)

wa ada sorg adik lelaki. last year dpt amik diploma QS kat UTM semarak (die apply pon atas nasihat wa). tp mak wa prefer die masok maktab. jadi die pon kua dari UTM semarak dan masok maktab guru.

kalo x, wa suruh saja die keje dgn kompeni bro fizal, jadi pencacai setahun dua dulu pon xpe. sekurang2nye dpt experience dgn memerhatikan bro jurukur dan juga financial knowledge.

mcm ada sikit rugi, tp xpela. mungkin rezki die kot :)

KEOWN said...

marketing unit tu yang penting.. sentiasa mencari jalan untuk jual produk.. aku percaya mungkin AIRASIA, McD, KFC, DIGI, MAXIS dah ada beratus pelan/tawaran yang beratur untuk dilancarkan....

juruukur said...

treec001.. aku cuma syer apa yang aku tahu jee.. aku bukan expert pun.. ha ha ha..

keown.. ha ha.. patut lah aku tak maju-maju.. sebab tak banyak marketing plan.. tak pe.. aku akan pikirkan.. menarik menarik..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP