Friday, February 13, 2009

PECAH GERAN TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Berita baik untuk kawan semua. Sekarang nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar pun dah boleh pecah geran, untuk dapatkan geran individu

Aku percaya.. sebelum nii korang mesti pernah dengar, pasal 1 lot tanah pertanian tapi banyak pemilik. Selalunya tanah yang ramai tuan nii, adalah tanah pusaka

Pengalaman aku.. sebut jee tanah pusaka, macam-macam masalah timbul, antaranya :

1. Aku ada tanah pusaka 2 ekar, tapi kami kongsi 5 beradik, bila kongsi-kongsi ni.. masing-masing liat bayar cukai.. setiap tahun aku jee yang kena bayar .. bagi kes macam nii.. boleh tak kalau kami nak pecah geran individu?


2. Dulu aku ada beli tanah ½ ekar, tanah pertanian kat Hulu Langat. Geran kongsi-kongsi.. Boleh tak nak pecah geran?

3. Tanah yang aku duduk sekarang, 1 geran, luas tanah 5 ekar.. tapi ada 10 tuan tanah. Boleh kee pecah geran? Susahlah tak dee geran individu.. asyik gaduh pasal sempadan je

Kat atas tuu.. antara beratus kes yang selalu aku jumpa. Sebelum nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar, tak boleh pecah geran. Kalo nak pecah gak.. kena tukar syarat tanah dulu.. misalnya dari pertanian kepada bangunan.. pastu baru boleh pecah bahagian untuk dapat geran individu.

Kalo nak buat cara macam nii.. kos mahal banget, banyak nak pakai duit, banyak konsultan terlibat. Mana lah orang kampung mampu. Dah tu pulak.. proses untuk dapat kelulusan permohonan tukar syarat punyalah lama. Akibatnya.. banyak lah tanah orang kampung.. terbiar macam tuu jee. Lebih malang lagi.. kebanyakkan tanah yang terbiar tu, milik orang Melayu

Ngan ada pindaan KANUN TANAH NEGARA sekarang nii.. tanah yang kategori pertanian, walau pun kurang sekar,.. dah boleh buat pecah geran.. hooorayyyyy

Aku setuju sangat ngan pindaan KTN nii.. sebab pindaan nii.. mampu selesaikan masalah tanah orang kampung. Pastu akan rancakkan, urusan jual beli tanah kategori pertanian

Ok lah.. sapa-sapa ada masalah tanah cam nii.. jangan segan, jangan malu.. jom kongsikan masalah korang kat sini.. Bye.. bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

11 comments:

Diver said...

Yess...
benda yang dinanti daah tiba...
lama benar menanti...
sejak lebih setahun tanya Juruukur,...
jika dah di wartakan Kanun tu,..
boleh le nanti Juruukur bantu kawan...

apapun...sedang sibuk sikit sekarang...
maklum le ,..
persiapan menghadapi saat getir ekonomi melecet..
Hafizal,..nanti kawan call U bila berkesempatan..
TQ

roslan said...

Salam..
aku ada dengar kat batang kali ada 3 ekar tanah pertanian nak jual RM100k satu ekar.. tanah belakang balai raya/surau... kemudahan air,api,jalan...
nak?

KEOWN said...

dah kuatkuasa atau belum akta nie?

kalau dah bolehlah aku "projekkan" tanah yang bertimbun tue..

senang nak buat OD dll

juruukur said...

diver.. sekarang dah boleh dah.. tanah kurang sekar dah boleh buat pecah bahagian.. pastu ko nya cashflow101 dah ada.. bila mau angkat?

Roslan.. ada info kee tanah tu? boleh kita semak dulu..

keown.. dah kuatkuasa.. kaya betul sahabat aku nii.. wowww nak buat OD tanah.. ha ha ha

MET said...

hoorayy...tp brape ye kos yg terlibat tu...boleh la standby reserved sket..hee.estimated..tuk satu hari nanti..

juruukur said...

met.. cuba ko faxkan salinan geran kat aku.. nanti aku prepare quotation, bila ada quotation nii.. senang sikit ko nak bincang ngan tuan tanah yang lain..

pastu.. ko leh buat preparation.. kumpul-kumpul duit.. ha hah hah..

tapi pengalaman aku lah.. selalunya tuan tanah lain tak de halangan nak pecah bahgian tanah nii.. cuma bab kos tuu.. kita lah kena dulu kan.. tu yang ada sikit pening tuu

Tu bagi kes tanah orang lain lah.. tapi bagi kes tanah koo.. tak kott..

kakct said...

sy takda tanah bertimbun, rumah pun tak bertanah, tp info ni amat berguna manalah tau tup2 dapat tanah free ke, tau la kang nak cari sapa..hahaha

juruukur said...

kakct.. bukan ke kakct banyak tanah...ha ha ha

Diver said...

Hafizal..
ptg atau malam ni, kawan akan ke Kajang/Putrajaya.
Hentian Kajang..nak visit kedai baru member kita di sana..
sambil tu ada classroom/office..
mungkin boleh tumpang buat apa-apa xtvt di sana nanti ..
malam pula nak ke Presint 15/9..
jumpa member dan TT di foodcourt kat sana..
kawan akan call kompomkan..
InsyaAllah..

pejaz said...

Salam,

Maaf, ni utk seluruh negara atau negeri tertentu sahaja? (tanah pertanian kurang satu ekar bole pecah geran).

Saya rasa banyak orang tak tahu lagi ni... pasal masa saya dok cari tanah nak beli baru2 ni... semua orang dok cakap kurang satu ekar takda geran individu.

Anonymous said...

Salam,

agak berapa kos untu pecahan geran ni

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP