Tuesday, February 3, 2009

PECAH SEMPADAN TANAH, LOT PERTANIAN

Hari ni, aku nak syer pasal pecah sempadan tanah. Aku percaya.. mesti korang pernah dengar, pasal pecah-pecah tanah nii. Tapi mungkin ada yang paham.. mungkin ada gak yang bluuurr

Tak kisah lah.. yang paling penting, sekurang-kurangnya, kita tahu konsep, dah cukup memadai. Nanti, kalau kita nak buat pecah sempadan, korang boleh rujuk ngan juruukur. Masa tuu baru kita lebih nampak

Aku nak syer kes klien aku ni, nama dia Pakcik Mail. Tanah dia kat Hulu Langat. Pada asalnya, luas tanah tu 5.08 ekar. Pakcik Mail nak pecah sempadan tanah tu kepada 3 plot. Ada yang 1.93 ekar, ada pulak yang sekar-sekar

Cuba korang tengok plan kat bawah nii..





Dia tak cadang nak tukar syarat tanah ni, dia nak maintain ngan kategori pertanian jee. Bila lulus permohonan tu nanti, semua plot kat atas tu.. masih lagi atas nama dia. Jadi terpulang kat dia, apa dia nak buat

Bagus kita buat pecah sempadan nii, sebab kalo kita nak jual sekar-sekar, senang pembeli nak beli, tambah pulak dah ada geran individu, pembeli boleh buat loan bank.

Kita boleh gak jual tanah, secara peringkat-peringkat. Maksud aku, satu plot, satu plot, pastu tak ganggu plot lain

Kalau kita nak pakai duit, katakan RM50K, mungkin kita boleh cagar 1 plot tanah jee.. tak yah libatkan semua lot

Kalau kita nak upgrade tanah, kita boleh gak upgrade secara berperingkat, tukar syarat tanah dari pertanian kepada lot bungalow. Siap satu plot, habis semua jual, baru buat plot lain.

Selain tu.. kita senang nak bagi kat anak-anak. Masing-masing dah ada geran individu, tak lah gaduh-gaduh pasal sempadan

Ok lah.. tu jee untuk hari nii .. Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 - 3193576

27 comments:

Anonymous said...

Berapa kos utk buat pecah sempadan ni tanah ni?

Anonymous said...

kakct.. pasal kos tuu.. bergantung pada tanah kita. banyak faktor kena ambik kira

jangan takut.. tak mahal pun.. sebab, kami nii juruukur, ada rate dari lembaga juruukur tanah..

kalo akak nak pecah geran.. boleh email salinan geran kat saya.. nanti saya buat quotation.

Anonymous said...

hehe..makin masyuk job jurukur ni..hehe!!alhamdulillah...

fizal, aku plan mau amik land law exam thn ni atau thn depan...aku target mau dapat lesen dalam tempoh 5 thn lagi insyaallah...bnyk aku nk blajar blk ni dr ko..hehe!!

nak mintak tolong tunjuk ajar la kalo free..hehhe!!biasa la, dulu tau ukur laut, hidrografi je...

nnti kalo aku ada lesen, aku mau quit jd jurukur gomen..mau proceed bukak firm sendiri..camne ok x?

pepehal, moga ko sukses dan cemerlang slalu..doakan aku gak ye...aminnnn

Anonymous said...

syamoi.. mesti.. mesti.. aku mesti doakan ko.. aku doa moga-moga dalam tempoh 5 tahun lagi.. ko boleh dapat lesen

aku tak pandai nak ajar-ajar.. tapi nak syer sikit-sikit pengalaman tu boleh la

ramai juruukur gomen.. dapat lesen jee.. mereka akan keluar.. buat firm sendiri. masukkk tuu bebb

sebagai muslim.. kita mesti bersatu.. sokong menyokong.. bantu membantu.. kita mahu muslim dihormati.. takbirrrr...

Anonymous said...

akum..

tuan,
1.bolehkah saya mau pecah sempadan tanah lot bangunan (tanah pusaka)seluas 2 ekar kepada 4 penama?maksudnya saya mau buat 2 lot saja (1lot=1/2 ekar (bahagian saya) dan satu lot lagi= 1.5 ekar(nama 3 orang)

2.adakah sama kos yang terlibat jika saya pecah 2 lot dan 4 lot?

3.adakah benar kos 1 lot kurang lebih RM4k?

Anonymous said...

anonymous kat atas nii.. susah sikit aku nak jawab.. sebab soalan tuu tak berapa clear..

apa kata ko tipon aku, boleh kita sembang.. baru senang nak explain sikit

zshi1 said...

salam saudara juruukur,

saya tengah consider nak beli tanah kat utara nie. Size dia dalam 24000 sqft. Lepas beli saya cadang nak pecah jadi 6 lot. Berapa anggaran kos pecah lot nie? Saya nak kena consider sebelum buat keputusan untuk beli. Ada sesiapa kat belah utara yang saya buleh contact? harap reply my query nie.. thanks.

uminaurah@gmail.com said...

assalamualaikum tuan, tumpang tanya, kalo nak pecah lot tanah ( lot pertanian di kedah) yang ada 9 penama dan 70% adalah atas nama pemohon...apa cara-caranya jika ada dikalangan pemunya yang 30% lagi tu tak setuju?

Unknown said...

Salam.
Terima kasih di atas penerangan. Semoga sejanhtera sentiasa.

TQ

mat said...

waaa.... tgk dr komen agak best la abg ney... hihi... sy bdk ukur utm thn3.. taw la sket3 ukur hidro dan thn ney.. nk tnye pndpt sal psm... agak bidang ape yg bermanfaat, ingt psm nanti boleh la digunakan tuk specialize job survey selain tambahan kredit tuk cr kerja... skrg ney dh byk kn... ukur thn, hidro, gps, lidar dll.... hihi... ape pndapat abg.. =)

KURIUSS said...

ASLMLKM..SAUDARA JURUUKUR

1)APER BEZA PECAH SEMPADAN DAN PECAH LOT ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SEKARANG..
2)JIKA TANAH SYARIKAT (DUA NAMA)HENDAK DIPECAH SEMPADAN/ LOT..TETAPI RUMAH TELAH ADA DI TAPAK TERSEBUT..ADAKAH RUMAH ITU PERLU DIROBOHKAN ATAU BAGAIMANA.
3)PECAH SEMPADAN BOLEH BUAT LOAN BANK TAK UTK BUAT RUMAH.

Anonymous said...

saya nk tnya.. berapa kos yg diperlukan utk pecah lot tanah 2 ekar dibahagi kpd 8 nama...

Anonymous said...

Saje nak jawab wlopon treat nie dah lama. Sbnrnya ada bnyak cara kita bley nak dapatkan geran berasingan. Pecah sempadan, pecah bahagian dan serah & berimilik tanah. Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Contoh
1. Pecah sempadan tanah
kos agak tinggi sbb kena masuk planning dept local council. Pastu kena ikur syarat2 plak jalan 40 kaki(ikut negeri la). 10% drpd keseluruhan tanah kena serah kpd kerajaan secara percuma. Ikut laa majlis nak apa sblm diluluskan. Lepas pelan diluluskan baru bley masuk kat pejabat tanah.syarat2 ikut local council negeri masing2 sbb tiap2 negeri adalah berbeza.
Pexah sempadan nie syarat dia kalo tanah pertanian lot sps dipecahkan msti x lebih dari 1 ekar.
Pastu kalo dalm geran ada 4 nama dan nk dipecahkan kepada 4 pelot laa cntohnya, setiap geran akan ada 4 nama spt yang geran asal. Kalo sepuluh pelot, semua akan ada 4 nama tuh laa. Berbeza dgn pecah bahagian

2. Pecah bahagian
nie adalah yang paling simple. Geran akan dipecahkn mengikut keluasan hak masing2 di dalm geran. Kalo tanah tu nak pecah 10 pelot, wajib nama ada dalm geran sbm pecah bahagian 10 jugak. Lain mcm pecah sempadan, pemaju perumahan slalunya akan gunakan ini sbb lepa tak tau sapo nk beli rumah/tanah tu, sbb tu depa boh nma depa dulu sbm dipindhmilik kpd pembeli.
Lagi satu pecah bahagian nie x perlu masuk planning department council, hanya perlu kelulusan dari pentadbir tanah jer... X banyalk songeh. Lagi satu yg paling menguntungkan, tak.perlu serahkan sbhgn tanah kepada kerjaan. Trplg kpd pemilik samada nk serah atau tidak.

3. Serah dan berimilik
Korang baca laa Kanun Tanah Negara seksyen 76 ngan 197. Ada laa dia crita dlm tuh. Kena baca bersama seksyen2 nie kalo nk gunakan, sebab kalo berasingan maksudnya lain plak.

Anonymous said...

Error: pecah sempadan tanah pertanian mesti TIDAK KURANG dari 1ekar. Bukan tidak lebih. Cntoh kalo tanh 3.5ekar bley pecah 3 plot saja laa

Anonymous said...

assalam bos.. kalau sy nk beli tanah pertanian (syarat nyata sawit-hulu langat), nak tukar status dr pertanian ke bangunan, kemudian pecah lot dan geran individu, boleh ke? sbb tanah tu rancangan Revolusi Hijau di selangor. takut tak leh je..mohon pandangan tqvm

pakdean85@gmail.com, tqvm

XiaO QinG said...

mcm mana tau org tu ada lesen ke tak da??

Unknown said...

salam.. saya nk tanya. macam mna cara kerja pecah bahagian?

Unknown said...

bapa saya ada tanah luasnya 1 ekar dan setiap anak dapat keluasan 70 kaki x 140 kaki , boleh kah pecah lot dan geran asing ?

Anonymous said...

salam.saya nak tanya jugak..saya ada nak beli tanah dari 1 tuan tanah,tapi pembeli ada 8 orang.jadi untuk pecah sempadan perlu lantik peguam @ gunakan juruukur tanah?

SYED HAMDAN Al-YAHYA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya ada sekeping tanah 1.6 ekar dgn geran individu atas nama sendiri. Saya juga ada 0.5 ekar tanah daripada 2 ekar yang bersebelahan dgn tanah saya yang 1.6 ekar tadi. 1.5 ekar lagi atas nama beberapa orang lain.

Pertanyaan:
1. Bolehkah bhgn tanah 0.5 ekar itu dipecah sempadan supaya saya boleh dapat geran individu?
2. Bolehkah tanah 0.5 ekar itu disatukan dengan tanah 1.6 ekar menjadikannya 2.1 ekar dgn geran yg baru?

Anonymous said...

Salam...saya nak tanya..kalau tanah agri...dlm geran ade 4 nama..boleh pecah lot ke? ke kene convert dulu baru boleh pecah lot?

terima kasih...

Anonymous said...

maaf nk tnye..dlm setengah ekar / suku ekar tanah di seremban berapa K ek?time kasih

Unknown said...

Anonymous kakct said...
Berapa kos utk buat pecah sempadan ni tanah ni?

February 5, 2009 at 9:46 AM
Anonymous juruukur said...
kakct.. pasal kos tuu.. bergantung pada tanah kita. banyak faktor kena ambik kira

jangan takut.. tak mahal pun.. sebab, kami nii juruukur, ada rate dari lembaga juruukur tanah..

kalo akak nak pecah geran.. boleh email salinan geran kat saya.. nanti saya buat quotation.

salam....blh x buat kn quotation utk sy buat pecah sempadan ni?
aisyaisyah1310@gmail.com

Unknown said...

As salam...nak tanya...kalo pecah sempadan...dapat geran individu ke..?

Sama dengan pecah lot...

Tq

Unknown said...

Salam nak tumpang Tanya kalau tanah tidak cukup seekar tak boleh ke pecah bahagian?

- said...

assalam...
apa beza plot dengan pt?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP