Tuesday, November 18, 2008

NASIHAT PERCUMA DARI JURUUKUR

Aku nak syer sikit ngan korang masalah tanah klien aku ni. Moga-moga boleh jadi renungan untuk kita semua.

Nama dia En Rahim. Baru jee beli tanah kat Kajang seluas 1.2 ekar. Harga RM280K. Masalah nya, masa beli tuu.. agent dia tunjukkan lebih kurang je sempadan tanah. Dari apa yang ditunjukkan oleh agent, tempat tu nampak menarik lah. Boleh buat store, topografi tanah agak lapang, rata, sebelah tanah ada hadware, bila semak zoning tanah yang dia beli tuu kat majlis perbandaran Kajang pulak, zooning perniagaan. Maksudnya tanah tuu boleh ditukar syarat dari kategori pertanian kepada bangunan perniagaan.

Masa beli tuu.. En Rahim tak lantik lawyer untuk buat SNP, katanya dia kenal penjual

Tapi disebalik tuu.. bila aku semak tanah En Rahim, lot dia tak dee rezab jalan keluar masuk. Dari kerja ukur yang aku buat kat site pulak, hampir 30% dari keluasan tanah En Rahim masuk dalam sungai, 20% pulak ada jalan bertar. Jadi En Rahim cuma ada 50% jee balance area yang boleh diguna. Rugi.. rugi

Sekarang nak buat macam mana? Payment semua dah bayar pada penjual. SNP pulak tak buat masa beli. Pening gak kan.. Pastu En Rahim asyik cakap.. "Zal.. aku tertipu lah.. Tipah tertipu.. Tipah tertipu"

Jadi.. aku cadangkan.. kalau lah korang nak beli tanah.. nak invest tanah, dapatkan nasihat percuma dari juruukur. Free jee.. Sebab.. jangan kita tertipu dengan game tanah nii.

8 comments:

kakct said...

Jadi sebelum kita setuju dgn sebarang pembelian tanah tu sebaik2nya minta nasihat dulu la yer dari en juruukur..dari kang pening2 kendian hari..betul tak??

juruukur said...

Emmm.. boleh jee kakct.. insyalah.. kami sedia membantu.. heheh

PeminatJutawanMalaysia said...

bagus la juruukur ni...hehe..
moga dipermudahkan kerja anda dan memberi manfaat kepada semua orang

KEOWN said...

Kalaquikutkan condition tanah tue ada tak kemungkinan boleh dibuat ala-ala homestay? yela.. ada sungai.. dan sure udara nyaman. buat rumah rehat. tapi tanah 50% tue belum tolak rezab jalan lagie kan?

juruukur said...

peminatjutawanmalaysia.. tima kasih lah sebab bagi sokongan

keown, tak leh buat homestay lah..kawasan kampung, sungai kotor lak tuu..

Azman Ali said...

buat korek pasir la fizal..jual pasir sungai..hehehe

KEOWN said...

oooo ic... kalau cam tue.. dah ansib badan lah.. that mean tak semestinya kalau kita kenal orang tue kita leh percaya bulat2 kan. kena selidik jugak...

man.. korek pasir pun cantik gak.. tapi now susah nak dapat permit pasir.

juruukur said...

Keown.. sekarang nii.. semakin lama aku jadi juruukur, semakin banyak kes aku jumpa, ramai orang tertipu beli tanah lah..

Mereka tak paham.. ingat invest tanah boleh untung.. tapi sebaliknya

Azman.. aku setuju tu.. kalau boleh invest pasir.. masukk beb.. tapi lesen susah banget sekarang nii

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP