Thursday, November 20, 2008

MACAM MANA NAK KEMBANGKAN MODAL?

Hari nii jadual aku agak padat. Pagi ada site visit tanah En Hamid dan selebihnya meeting dengan klien jee. Selain tuu ada gak 4 jobs kerja ukur baru aku dapat. Alhamdulilah..


Kebanyakkan job ukur nii. Aku dapat hasil rekmen kawan-kawan. Tima kasih geng semua. Korang banyak bantu aku.. TQ TQ


Jom kita berbalik kepada tajuk kita. Macam mana nak carik modal? Sebut jee nak carik modal.. mesti korang fikir pasal duit. RM, dolar, rupiah. Apa orang putih kata "no money no talk.. heeh hehe juruukur speaking London lah


Bagi kes aku.. aku kumpul modal dari kerja ukur yang aku buat. Dapat je payment. Aku simpan ciput ciput. Simpan kat ASB. Sebab kat ASB sambil menyimpan kita melabur gak. Hujung tahun boleh dapat dividen. Proses menyimpan macam nii ambik masa lama. Cara ni tak bijak lahh.

Aku rugi banyak masa. Konsep aku masa tu.. nak mewah mesti banyak simpan cash. Mesti jadi jutawan. Sebenarnya cara nii salah

Aku berterima kasih sangat kat Mr Low, klien aku ni. Sebab dia cadangkan aku jangan buat kerja ukur jee. Kena invest kat tanah. Sebab aku banyak peluang kat tanah. Siap cerita pengalaman dia lagi. Dia mewah bukan sebab bisnes, tapi sebab tanah. Beli tanah, jual tanah. Jadi dari situ lah baru aku start invest tanah

Aku setuju, invest tanah nii kena pakai cash banyak. Lagi banyak cash lagi syok. Untuk langkah selamat, jadi aku ajak kak ipar aku jadi rakan kongsi. Kira back up lah. Sebab masa tu aku tak tau OD, refinance, cagar. Vocab aku pasal financial nii memang zero. Apa yang aku tahu, beli, beli, beli, pastu ukur, pindahmilik, bersihkan, tanam tiang pagar, iklan, jual. Kalau sebut pasal pasif income lagi lah zero.. hee he he . Ni cara aku zaman jahiliah dulu lah.. la nii dah lain dahh.. heheh

Korang yang nak invest property nii, bagus explore pie2020.com. Cara pie carik modal, kembangkan modal tuu, bagus sangat.

Peringatan : Sok malam ada TT ngan pie kat ramal junction, datang jangan tak datang. Pukul 9 malam

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

7 comments:

Diver said...

Lepas nii...
Juruukur akan jadi Jutawan Psive Income..thru OD jer..
apply konsep OPM secara tak langsung...
Gud,..gud,,,

kakct said...

sampai la nih sy masih tertanya2...camna dorg ni blh beli tanah byk2, pantang dengar tanah nak jual, cepat ja dorg ni rembat, yg pasti dorg ni ada modal & pandai kembangkn modal. sy 0 dlm invest tanah, sejak jumpa blog ni, byk info yg blh dpelajari.. terima kasih juruukur.

juruukur said...

Diver.. aku setuju tu, kena pakai OPM, baru cepat maju. Tima kasih lah doakan aku.. TQ TQ

Kakct.. apa lah sangat kak.. cuma saya nak syer pasal tanah nii.. Sebab tak ramai orang muda masuk invest bidang nii

bling2 said...

urhh...

de sorang cina kat segambut...
dia ada tanah kat jln ipoh.. dia g OD kan tnh kat jln ipoh tu pastu dia g beli tnh kat segambut...

pastu tnh yg kat segambut tu ada pengambilan nk besarkan jln. ckit je kene pengambilan tanah tu. dia dpt dlm setengah juta...

pastu duit pampasan tu dia cover blk OD td.

so, tnh yg kat segambut tu kira nya dia dpt free.. wowww!

juruukur said...

yezzza.. best kan kalau dapat macam tuu, tapi tuu lebih kepada luck kan.. heheh

Anonymous said...

aku nk tanye...OD tu ape?
aku ni budak bru belajar...
minta juruukur bgtau...

juruukur said...

overdraf..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP