Monday, November 17, 2008

ELAK BELI TANAH KALAU GERAN KONGSI

Hari Sabtu and Ahad yang lepas nii.. aku ada banyak site visit. Terutama untuk bantu klien yang ada masalah sempadan tanah. Maklumlah klien tengah bercuti.. bersantai.. jadi mudahlah kalau nak bawak aku untuk site visit

Al kisah kali nii.. aku nak syer sikit masalah tanah cikgu As. Dia baru jee beli tanah dengan rumah seluas 1/2 ekar kat Hulu Langat. Harga RM80K. Lokasi memang menarik. Banyak pokok buah-buah. Siap ada kolam ikan lagi. Kalau pencen-pencen duduk sini.. memang panjang umur.. sebab banyak pokok.. bila banyak pokok banyak gak oksigen.. heheh

Tanpa banyak cerita, dia pun bayar cash RM80k tu. Pastu buat pindah milik dari tuan tanah asal kepada nama dia. Sekarang ni nama dia dah tertera dalam geran. Happy sangat dia

Masa site visit hari Sabtu tu, dia tunjukkan lah sempadan tapak rumah yang dia beli tu, kononnya dari pokok bunga sini sampai pokok mangga sana. Dari jalan sini sampai sungai sana. Macam tu lah lebih kurang. Tak de pun sempadan khusus

Jadi dia mintak aku ukurkan sempadan lot dia, pastu buat semakan zoning tanah, tempoh pajakan dan cari nama-nama pemilik lain

Tadi aku dah pun buat carian persendirian kat pejabat tanah. Bila aku semak, memang betullah nama dia dah ada dalam rekod daftar pejabat tanah. Bahagian dia 1/20.

Tanah nii pulak akan tamat tempoh dalam tahun 2062, bila tamat tempoh, pastu cikgu kena mohon lanjut tempoh pajakan. Kategori tanah adalah pertanian. Dan yang paling hebat.. tanah ni cuma seluas 9.8 ekar tapi ada 57 orang pemilik dalam 1 geran. hehehe..

Ayoooo.. ni dah macam setinggan nii. So kalau korang nak beli tanah.. Elakkan dari beli tanah macam nii. Tanah macam nii tak de nilai. Nak cagar susah, nak buat OD tak leh.. sebab tak de geran individu. Pastu tempoh expired dah nak sampai.

Ok cikgu.. esok kita jumpa..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

21 comments:

anuar_md79 said...

adus....dlm 1 geran ada 57 nama???ada jugak kes camnih erk?ada cara ker nak settle benda nih...??ker kena tunggu expired jer pajakan tuh??any comment juruukur...

MET said...

yup..ape solution terbaik kulo nama banyak dalam geran ni ye...

kalau nak tukar atas milikan tunggal macam mana..?perlu sign dari sume pihak ka..

thanks

juruukur said...

Bagi kes macam nii. Aku cadangkan supaya semua tuan tanah setuju mohon untuk tukar syarat tanah dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman

Consultant yang terlibat, juruukur dan jururancang bandar. Kena keluar kos sikit lah. Bayar premium tambahan, cukai parit, cukai baru dan consultant fees

Bila semua dah siap. Mohon pecah bahagian tanah pulak. Sampai End produk setiap tuan tanah boleh dapat individu. Tak lah susah, lantik jee juruukur. Dia yang uruskan semuanya. hee hehe

Tapi pengalaman aku.. kalau dah ramai macam nii.. susah sikit, mungkin ada tuan tanah dah mati, ada tak nak bayar, ada yang tak kisah.

Kalau tak urus jugak. Akhirnya.. tanah nii akan jadi tanah setinggan. Ada tanah, ada rumah, tapi nilai tak de.. sebab geran indviu tak dee..

Diver said...

pendapat kawan ler..

ya la..
kalu saudara mara macam MET dan kawan punya kes..
mungkin boleh dibentuk syarikat (sdn bhd) keluarga atau koperasi..

kalau orang lain dan lain-lain?...
dah jadi Lot Lidi tuu...
kena buat sykt juga,..kalau nak 'hidupkan' nilai tanah tuu..

juruukur said...

Diver.. aku setuju.. tu option yang baik. Bukak syarikat sdn bhd. Letakkan semua pemilik tanah sebagai director. Syer bagi setiap director dalam comp sdn bhd berdasarkan bahagian dia dalam geran. Pastu buat pindah milik dari tuan tanah asal kepada syarikat tu.

Bukak syarikat sdn bhd nii.. ada maintanance fees sikit, kena bayar kat comp secretary.. boleh kee 57 orang tuu bersatu untuk bayar?

Kalau masing-masing dah usaha atas tanah tuu.. macam mana nak tentukan sempadan masing-masing?

Susah gak kan.. langkah yang terbaik, usahakan untuk dapatkan geran individu. Last option baru bukak company sdn bhd

Korang paham tak nii?? Tak pee.. kalau korang ada masalah macam nii.. call jee aku.. aku sedia membantu

Diver said...

Konsep pegangan aset melalui SYKT ni,...
banyak diamalkan oleh orang Korea,..Jepun dan,..
orang Kelantan!!

Panduannya,...atau asas infonya,..
cari dalam buku Barjoyai Bardai..
otai/Prof kat ABRAR tu..
dia U mana eei..dulu UPM/UKM kalau tak silap..

ada satu buku PTS yang tulis bab nii..
kawan lupa tajuknya..
sebab 'baca free' kat kedai buku dulu..

mohdia said...

Saya juga punya plan beli tanah, kebetulan tanah tu berjiran dengan tanah mak mentua aku.

tanah tu seluar 2 ekar, dengan 6 orang penama. kira tanah tu pecah enam la.

2 daripada penama tu nak jual tanah tu.. harga dah agree, loan tengah process.. kalau nak buat sempadan dan ada info tak.. boleh tak pecah geran sekali.. untuk tanah 2/6 yang aku beli tu ada geran sendiri..

harap boleh bantu... atau boleh email ke muha_arsenal@yahoo.com..

terima kasih..

juruukur said...

Saya juga punya plan beli tanah, kebetulan tanah tu berjiran dengan tanah mak mentua aku.
juruukur : k

tanah tu seluar 2 ekar, dengan 6 orang penama. kira tanah tu pecah enam la.
juruukur : k

2 daripada penama tu nak jual tanah tu.. harga dah agree, loan tengah process..
juruukur : k

kalau nak buat sempadan dan ada info tak.. boleh tak pecah geran sekali.. untuk tanah 2/6 yang aku beli tu ada geran sendiri..
juruukur : luas tanah asal berapa ekar? berapa luas tanah yang awak beli? tanah tuu kat mana? tuan2 tanah lain setuju untuk pecah geran?

harap boleh bantu... atau boleh email ke muha_arsenal@yahoo.com..
juruukur: insyallah

Suhida Idani said...

Salam,boleh x en emailkn kos smua utk tukar geran kongsi ke geran individu?ni email sy renomaxl@hotmail.com

Fauzul Aziz said...

Saya cadang nak beli tanah, asal lot besar ada 4 org nama, bila pemilik asal pecah sempadan kepada yang kecil untuk jual, bahagian yang kecil untuk dijual masih lg kongsi nama 4 org pemilik asal masih kekal dgn bahagian diorg. Klu bahagian tu nak dijual,apa yang perlu dibuat agar nama 4 org pemilik asal dilupuskan drp geran yang tinggal hanya nama saya dlm tu.

fae faizzah said...

Salam .. Saye bercadang membeli tanah ekar tapi geran tanah ade nama 5 org... Apa risiko jika membeli tanah yg geran kongsi? Apa yang perlu saya semak jika membeli tanah geran kongsi utk memelihara hak saye pd masa kan dtg?

fae faizzah said...
This comment has been removed by the author.
akmal masor said...

Sy juga berminat utk membeli satu bahagian tanah ni.. Tp gerannye ade 7 penama.. Mcm mane nk buat ye? Tanah sgt cantik dan harganya pon murah..
Harap tuan juruukur dpt bantu sy.. Email kemal1129@gmail.com

Bonda Aisya'Sara said...

assalam..

Mak saya ada tanah. geran kongsi adik beradik mak ada 4 orang. luas bahagian tanah mak xbesar mana 1 ekar pun xsampai. tp atas tanah sekangkang kera tu da bina empat buah rumah dijadikan sebagai rumah sewa. Mak da pesan dan da bahagikan rumah kepada anak-anak rumah 1 anak 1 rumah 2 anak 2 dan seterusnya. tiada perjanjian hanya pesan mulut je.

saya bercadang nak renovate rumah yang diberi oleh mak. Nak tnya tanah yang tidak luas boleh ke nak pecah lot dan bahagi sempadan tak ikut rumah yang sedia dibina tu? ada had minima luas tanah ke? bagaimana prosedur dan berapa anggaran kos?

mohon pendapat. boleh emel bondaaisyasara@gmail.com

gerarde john said...

Kalau ada 57 nama dalam geran boleh settle. Saya pernah buat banyak kali.

1) Dapatkan surat kuasa daripada mahakamah. Biasanya bukan semua orang akan setuju, jadi kena dapatkan signature majority. Minority tak payah jadi save it for pecah bahagian.
bukan semua lawyer akan buat kes ini. Hanya few ppl akan buat sahaja.



2) Lepas dapatkan surat kuasa, cari jurukur untuk buat pelan computasi.

3) submit pada majlis dulu untuk dapatkan ulasan teknikal ( untuk jimatkan masa )

4) Baru masuk permohonan kepada pejabat tanah untuk kelulusan pecah bahagian.

5) Jurukur akan buat border marking, dapatkan sijil akuan lembaga dan submit balik ke pejabat tanah.

6) Geran sementara Keluar.

All this dalam 5 bulan sahaja kalau ada orang yang memang berpengalaman dalam bidang ini. Kalau tak lebih setahun pun boleh drag.

Kalau nak details pls email to spearbrave1@gmail.com
untuk details selanjutnya.



Bukan semua

Anonymous said...

camne nak tukarkan geran kongsi ke geran individu

illuminnator said...

Dalam erti kata lain. Tanah geran kongsi memang xvalid ke dlm undang2 Malaysia?

Nasihat korg yg pakar memang xpyh beli ke?

Fauzul Aziz said...

amik masa nak bagi satu nama dalam satu geran...sorg je nak jual, yg lain x nak jual

- ieman - said...

Tajuk yang sgt membantu. Saya juga ada masalah ttg geran kongsi ini.
Nampaknya perlu buat tindakan juga ni.
Ada lbh kurang 25 pemilik dlm geran tu

GoNget4u said...

Saya telah membeli tanah geran kongsi dgn 2/12. Area Hulu Selangor. Saya bukan dari keluarga mereka, cuma masa beli hgnya amat murah..Boleh juru ukur uruskan hgg. siap, saya cuba dapatkan persetujuan pemilik2

anayiraf said...

Salam,

Saya bercadang untuk beli tanah lot di Jenderam Hulu & bercadang utk membina rumah diatas tanah tersebut. Geran adalah geran kongsi. In future apa akan jd yer ke atas tanah tu yer? klu mcm rumit sgt n bakal menyusahkan, sy tanak beli tanah tu...mohon pendapat yg boleh guide saya.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP