Saturday, November 8, 2008

HEBATNYA REZEKI ALLAH

Semalam aku rasa syukur sangat. Alhamdulilah.. Dapat banyak job. Kerja apa lagi.. kalu tak kerja-kerja ukur. Alhamdulilah.. Hehehe... Macam tu lah rutin hidup aku. Ukur.. ukur.. tanah... tanah.. tak habis-habis

Pagi-pagi lagi, client aku, nama dia En Muhammad dah call, suruh datang meeting hari Isnin pagi. pukul 9 kat Balakong, bincang pasal payment dan skop kerja ukur yang aku tawarkan. Tanah En Muhammad ni terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah untuk projek lebuhraya. Jadi dia mintak aku ukurkan baki lot yang tinggal. Emmm mudah jee tuu. heheh.. Syukur sangat

Sampai je ofis, cikgu Asnaniar fax salinan geran.. mintak aku ukurkan tanah dia. Cikgu ni baru jee beli tanah.. jadi dia nak buat pagar. So dia nak aku confirm sempadan tanah dia

Pastu En Suhaimi call lak.. bagi tau projek tukar syarat tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman kat Sepang boleh on dah.. syukur nya.. En Suhaimi ada tanah 3 ekar, jadi dia nak upgrade tanah tu jadi lot bungalow. Nanti bila dah dapat geran individu.. dia nak jual

Lepas je solat Jumaat.. Makcik Azizah call.. dia ajak meeting hari Sabtu jam 10 pagi kat Hulu Langat. Kat rumah dia. Sebab dia nak buat pecah bahagian tanah pastu nak buat payment. Ceritanya, Makcik Azizah dan sepupu ada tanah 2 ekar. Tapi dalam 1 geran. Jadi mereka masing-masing dah tua. So dia nak aku uruskan supaya Makcik Azizah dapat 1 geran pastu sepupu dia dapat satu geran gak.. Boleh jee...

Tengah lepak-lepak kat Ampang ngan Ustaz Awis.. Si Micheal call. Ajak buat site visit hari Ahad. Nak ukur tanah kat Jenderam. Katanya client dia nak buat bungalow. Kalu nak buat rumah bungalow ni.. kena buat ukur gak geng. Akitek atau engineer nak kat maklumat topografi lot tuu.. pastu info pasal tiang elektrik, longkang, sempadan tanah dan lain-lain lagi. Baru mudah mereka tu nak design

Aku jumpa Ustaz Awis nii.. nak collect geran jee. Tapi bila borak ngan dia nii.. Aura ustaz ni lain lah.. Aku tak mau berhenti cakap. Banyak sangat idea. heheh.. Ehh Ustaz ni bukan sebarang Ustaz tau.. Hebat IT lahh.. heheh.. promosi ustaz sikit..heheh.. Ustaz.. nanti tanah ustaz yang nak tukar syarat dari perniagaan kepada pertanian balik tuu.. saya boleh tolong.. tak mahal punn.

Sebelah malam lak.. Ir Haslin tipon, mintak aku ukurkan tanah masjid kat Sepang. Kena start ukur hari Selasa. Pastu tentukan arah kiblat sekali. Baik Ir Haslin.. saya menurut perintah dan patuh atas arahan.. ehehh

Renungan hari ni. Hebatkan rezeki Allah.. Kita mampu merancang, tapi Allah yang tentukan

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR



6 comments:

BookKeeper said...

ehemm..

juruukur said...

heheh...puji Ustaz sikit.. heheh

bling2 said...

quote" Pastu En Suhaimi call lak.. bagi tau projek tukar syarat tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman kat Sepang boleh on dah.. syukur nya.. En Suhaimi ada tanah 3 ekar, jadi dia nak upgrade tanah tu jadi lot bungalow. Nanti bila dah dapat geran individu.. dia nak jual

fizal, klo mcm 3 ekar ni leh dpt berapa lot banglo. let say 1 lot 5000 kp.
lepas tolak utk jalan n lain2...
pastu kos dia kira camne?

convert to residential dulu pastu baru pecah lot? gitu?

juruukur said...

Bling2.. yapp.. bagi kes en suhiami nii. dia tukar syarat tanah dulu keseluruhan lot, dari pertanian kepada bangunan kediaman. Dah lulus tukar syarat. Aku kena buat plan lot bungalow. Pastu dia jual dulu kepada pembeli. Habis jee jual.
Baru aku buat pecah bahagian. Supaya setiap pembeli dapat geran asing2.

Selalunya kalau luas 3 ekar nii boleh dapat 18 lot.. macam mana pun bergantung gak kepada bentuk asal tanah tu

Premium lak.. En suhaimi nya murah jee. sebab tanah dia rezab melayu.. kena lebih kurang 2% daripada current market value

Kos tuu.. boleh dibincang kemudian. heeh.. tak leh letak dalam blog

Anonymous said...

akum...

tuan juruukur...
saya nak tanyo sikitla pasal tanah ni..
1.saya cadang nak pecah lot tanah status pertanian (1ekar) kpd lot banglo.Apakah langkah2 yang perlu saya buat?
2.berapa kos terlibat?
3.berapa lama proses dapat geran?

terima kasih..

juruukur said...

1.saya cadang nak pecah lot tanah status pertanian (1ekar) kpd lot banglo.Apakah langkah2 yang perlu
saya buat?
juruukur : bagus ko faxkan kee.. email kee.. salinan geran tanah ko tuu kat kami.. nanti kami buat semakan kat jabatan perancang, pastu kat jabatan ukur, pastu aku advice macam mana nak buat

2.berapa kos terlibat?
juruuur : bila dah dapat salinan geran tuu.. baru boleh bagi quotation.. sebab banyak benda nak kena semak... lain tanah.. lain cara nak selesaikannya.. sebab tuu.. info geran tuu penting.

Jangan lah binbang.. tak mahal pun.. harga kami berpatutan.. quotation pun free jee.. consultation pun free gak..

3.berapa lama proses dapat geran
juruukur : tempoh berapa lama nak lulus nii.. agak subjektif lah.. benda nii banyak bergantung kepada pejabat tanah.. tapi pengalaman aku.. ambik masa 6-9 bulan gak.. ada kes tertentu yang sampai 2 tahun.. pun ada

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP