Sunday, December 27, 2009

BERAPA NILAI DIRI KORANG?

Hari nii aku kat Melaka.. pusing-pusing Melaka.. pastu kita orang balik kampung.. kat Alor Gajah

Bestnya balik Melaka nii.. banyak tempat boleh ronda.. negerinya bersih.. ramai pelancong… tempat makan banyak.. memang syookkkk laa

Apa laa aku meraban nii.. Berbalik kepada cerita kita hari nii.. pasal nilai diri.. rasa-rasanya berapa laa nilai diri kita ni yekk?

Jom kita main-main.. seronot-seronot sikit.. kira nilai diri.. jom jom

Katakan laa pendapatan kita RM2,000.00 sebulan
Sebenarnya kalo kita bahagi 30 hari, pendapatan kita RM66.67 sehari
Kalo lak dibahagikan 24 jam : RM2.78 sejam

Katakan lak pendapatan kita RM5,000 sebulan
Kita bahagi ngan 30 hari.. income kita sehari RM166.67
Sejam lak RM6.94

Korang rasa.. jumlah tuu macam mana? Sikit ke banyak? Layak tak ngan tahap pendidikan kita? Berapa yang sepatutnya pendapatan kita sebulan? Jadi apa usaha yang boleh kita buat.. untuk tingkatkan pendapatan kita?

Jom kita kira-kira sikit.. bincang-bincang… he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

9 comments:

pak wan said...

hehehe bagus la entry ni.. terbakar kejap.. harap dapat mengikuti jejak tuan blogger yang hensem memsem ni ke arah 50K pasif income amiiinnnnn... :)

juruukur said...

ojah.. aku try...

pak wan said...

bagus arr.. aim for the moon, even if u missed u still landed among the stars chewahhh :)

Admin said...

Kalau yang gajinya RM150/jam pulak berapa gajinya sebulan?? 150x8jam seharix20hari= RM24 ribu sebulan....wowowowo...Itu kalau RM150/jam...kalau RM1500/jam = RM240 ribu :) :) Sama-samalah kita tingkatkan nilai harga diri kita & hanya kita yang tahu betapa bernilainya aset diri kita ini

sourplum said...

ni cm net worth ke

2bz4money said...

Adakah anda aset atau liabiliti? Sekiranya anda meletakkan gaji anda dalam dalam P&L a/c, anda merupakan KOS kepada syarikat.Sekiranya diletakkan di bawah Aset, pastikan ianya senantiasa appreciate dan bukan sepertinya kenderaan yang merupakan aset yang mempunyai susutnilai. Atau anda boleh menjadi liabiliti kepada syarikat sekiranya terlalu banyak kos/perbelanjaan untuk mengekalkan anda,walhal tiada sumbangan positif yang dihulurkan. In personal finance, net worth (or wealth) refers to an individual's net economic position; similarly, it uses the value of all assets (long term assets) minus the value of all liabilities.

sulaiman akhlaken said...

Gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun
Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51


wowowowo
gaji aku 50 sen seminit ;)

nini said...

Salam.

Mencelah sedikit. Pengiraan tu kene bahagi 8jam instead of 24jam since keje mkn gaji ni 8jam je. ye tidak?

juruukur said...

wowow.. hebat laa korang.. gaji semua kencang-kencang

Nani.. tak kisah.. nak bahagi berapa pun.. 8 bole.. 24 pun bole...

Jadi dah kira nilai diri korang.. he he he.. banyak ke sikit? he he he

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP