Wednesday, August 5, 2009

GADUH SEMPADAN TANAH

Semalam aku meeting ngan sorang klien nii.. sebab dia ada masalah sempadan tanah..

Dia dakwa.. kononya jiran sebelah.. sudah ceroboh masuk tanah dia.. bukan tuu jee.. jiran tuu sudah kasi tebang pokok-pokok buah dia.. dan semalam.. dia punya hati sudah panas daa

Bagi kekawan blog yang ada masalah tanah macam nii.. atau nak elak dari berlakunya kejadian macam nii..

Aku cadangkan laa.. korang ukur betoi-betoi sempadan tanah korang tuu.. pastu kasi buat pagar.. tanda sempadan yang juruukur dah tanam kat atas tanah tuu.. korang kasi jaga bebaik. Insyaallah bole elak kejadian ceroboh menceroboh nii

Bagi kes klien aku nii.. untuk selesaikan masalah dia.. aku kena datang ukur kat site balik.. kasi semak sempadan tanah dia semula..

Kalo laa ada berlakunya pencerobohan sempadan.. jadi aku cadangkan. Bagus dua pihak nii bawak berbincang.. bayar laa ganti rugi apa yang patut.. buat apa nak gaduh-gaduh ngan jiran.. tul tak?

Selain tuu.. klien aku ni gak.. boleh buat laporan kat pejabat tanah.. mohon jasa baik pejabat tanah untuk panggil dua pihak nii.. untuk bawa berbincang.. selesaikan laa ngan cara baik

Mereka yang gaduh pasal sempadan tanah nii.. tak ubah macam Israel ngan Palestin.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

10 comments:

wakata said...

bila la aku nak ada tanah ni..

bling2 said...

wakata,
nk tnh?

3'x7'x7' mau ka?

ni wakata org kaya xmo jv sama saya.. huhu...

wakata, tlg beli tnh di sungai penchala okeyy...

Wida said...

last2 apa penyelesaiannya fizal..

Abe said...

Tumpang komen sket walaupun out of topik.

Isu sempadan Israel-Palestin bukanlah contoh yg tepat dlm hal ini. Israel adalah sebuah negara yg tidak wujud, dan diwujudkan oleh British melalui PBB. Israel meluaskan sempadannya walaupun mendapat bantahan dunia.
Aku difahamkan 2 line di bendera Israel bermaksud sempadan negara Israel teletak di antara Nil (Egypt) & Furat (Iraq). Bintang enam di antara line ini bererti enam negara di antara kedua2 line ini.
"Enjoy" By The River of Babylon song (was my fav.) : http://www.youtube.com/watch?v=36_NfV1pp6Y

KEOWN said...

tuan tanah ambik cth rasanya tak berniat. just untuk sedapkan cerita... agaknya lah....

perkara nie biasa kalau siapa yang terlibat dengan kerja ukur. aku dulu kena kejar ngan parang pun pernah....

kalau pasal tanah memang sensitif....

shaiful said...

Criter masuk sempadan tanah org ni memang menarik .... dari dulu sampai sekarang ada berlaku. Sebab gaduh tu macam2 la ada yg x puas hati dahan rambutan org sebelah terjuntai masuk tanah dia la, alih batu sempadan la, macam2 ada.

Org yang berstatus pun boleh gaduh pasal benda ni. Puncanya RUMPUT MUTIARA ! ustazah vs kaunselor kat tmn harmoni, sampai masuk mahkamah la. Padahal bila bagi ceramah / motivasi selalu nasihatkan org supaya berbuat baik kpd jiran, saling maaf memaafkan, tp bila kena kat dia pakai mahkamah baru settle.

Keown, aku dulu masa banci setinggan pun org kejar dgn parang. Second time dtg dgn penguatkuasa majlis perbandaran tp penguatkuasa lari dulu. Lastly, dtg dgn FRU baru boleh banci.

KEOWN said...

kekekkeke ko punya pengalaman sekali ngan FRU lagie teruk.... yek...

aku dulu kalau buat ukur kat satu2 kawasan seperti pengambilan balik tanah utk jalan.. bila orang situ tanya.. aku cakap tak .. bang.. saya ada kerja ukur hujung simpang sana... 1km dari sini.. saya datang sini just nak tarik batu sempadan..... hehehhehe terpaksa tipu sunat.. kalau tak kena parang lah.....

pul.... org yang gaduh pasal rumput tue dah jadik tim menteri hehehhehe

wakata said...

bling,

3'x7'x7' pun mau kongsi ke? hehe..

bila mau JV ni org kaya?

juanita said...

Salam en juruukur.

Saya nak tanya. Apa process utk value tanah. emm..paham ke x ek..heehe..camni, mak saya ada tanah di dengkil. Status, pertanian. Nak value harga. Ccamne ek.

juanita -0193049345 (En juruukur jgn reveal num tepon saya ni..heheh)

juruukur said...

juanita.. kalo nak tau value tanah.. ko bole semak ngan kawan aku nii. dia jurunilai.. sharizal 012-3719972

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP