Wednesday, January 28, 2009

ORANG ISLAM MESTI KAYA

Hari ni aku sempat berdiskusi dengan Ustaz Amri. Ustaz Amri ni classmate aku, masa sekolah rendah dulu. Lama betul kami tak jumpa. Dulu kecik jee.. tapi laa nii.. masing-masing dah lebar, ha ha ha

Apa yang istimewa tentang Ustaz Amri nii.. dari dulu sampai sekarang. Kalau jumpa jee dia.. pasti dia bagi nasihat. Macam-macam kami bincang. Tapi topic yang paling aku suka, pasal “orang Islam mesti kaya”

Kata Ustaz Amri.. orang Islam tak dee alasan, kenapa mesti miskin.. kenapa mesti gagal. Sebab Islam tuu berjemaah, bersatu, bantu membantu. Selain tuu, muslim ada Al-Quran sebagai panduan hidup. Dalam Quran semuanya lengkap. Samada kaya atau miskin umat Islam tuu.. bukan salah Islam.. tapi salah SIKAP penganut Islam tuu sendiri

Aku setuju dengan Ustaz Amri nii.. misalnya dalam kes kita. Kita bertuah sangat, walaupun kita muda.. tapi kita sedar awal pasal financial. Semua nii.. hasil usaha sifu Pie, dia sanggup syer pengalaman financial yang dia tahu, dengan orang lain

Bermula dengan blog Pie2020.com.. pastu kita berTT, makan-makan, main-main. Dan alhamdulilah, sekarang nii kita bersatu di bawah Pie2020.com. Hebatnya group kita, kebanyakkannya, adalah mereka yang pendidikan tinggi, ada yang degree holder, master, doctor. Semuanya berjawatan tinggi, bergaji besar dan banyak pengalaman

Pendidikan semata-mata, tak jamin kita untuk mewah. Tapi hasil pendedahan Pie pasal ASB, OD, PRO ASB, hartanah, saham. Jadikan kita semua, bukak mata. Baru kita nampak, peluang tuu ada kat mana-mana. Baru kita paham, apa hak istimewa sebagai bumiputra. Sebelum nii.. kita tak peduli pun

Kat luar sana, susah kita nak jumpa.. orang muda ada 3-4 bijik rumah. Tapi dalam blog nii.. kita boleh jumpa ramai. Yang lagi best, sebab semuanya muslim
Bukan tuu jee.. hasil kerjasama nii gak.. sebenarnya kita lahirkan ramai usahawan. Semua nii lahir tanpa kita sedar. Misalnya Faris, Tuan Bri, Farah, Pie, Azman, juruukur sendiri dan ramai lagi. Sekarang nii.. kita tak nampak siapa mereka nii. Tapi aku percaya.. kesannya kita akan nampak, bila 5-10 tahun akan datang

Berjaya atau gagal mereka nii.. adalah bergantung kepada kita semua. Kalau mereka efisyen, service superb, consultation hebat, harga berpatutan. Kita mesti sokong mereka. Kalau sebaliknya.. kita bagi nasihat dan cadangan membina. Matlamat kita, supaya lahir kumpulan usahawan berjaya dari pie2020.com

Kita jugak kena ingat, mereka yang sokong kita selama nii, yang support, yang buat marketing dari mulut ke mulut. Mereka tak harapkan kita, untuk pakai kereta bmw, pakaian berjenama, handphone power. Tapi mereka nak tengok, apa sumbangan kita pada agama, bangsa

Aku tahu.. ada pihak yang setuju, ada yang tak, dengan apa yang tulis nii. macam mana pun.. untuk Islam tuu berjaya, mewah, kaya. Kita semua mesti bersatu, tolong menolong

Aku akui.. sebelum nii.. memang susah nak paham pasal financial, lebih-lebih lagi, apa yang Pie maksudkan, pasal pasif income.. OD ASB, tapi sekarang nii.. kita dah ada CASHFLOW101.. game yang boleh membantu kumpulan kita, berbincang pasal financial., sambil main.. sambil belajar

Aku doa sangat, mudah-mudahan, 5-10 tahun akan datang, akan lahir kumpulan usahawan muslim berjaya dari Pie2020.com. Akan wujud jemaah dari Pie2020.com, yang punyai pendapatan pasif lebih hebat dari perbelanjaan

Pada waktu tu, bangsa asing akan hormat kita, akan puji agama kita. Insyallah..

Ish.. ish.. juruukur dah jadi pakar motivasi lah pulak.. hah haha hah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

19 comments:

Anonymous said...

bagusla kalau dapat kesedaran ttg income dari pie2020. tapi JANGAN ikut cara dia main benda2 haram dan syubhah. pie2020 tu bukan kira, semua dia langgah, janji kaya.

kalau dh ada ulama kata ASB tu haram, sungguhpun ada yg 'cuba' mengharuskan, tidakkah itu syubhah namanya? dah, buat apa lagi hari2 posting dia aku tengok sikit2 citer OD, ASB, riba', ko boleh senarai sendiri.

Anonymous said...

tima kasih atas nasihat..

Anonymous said...

zal, kalu sumer generasi br berfikiran positif mcm ko...insyaallah anak cucu bangsa kita akan setaraf ngan bangsa lain dr segi ekonomi...amin..xkan melayu hilang di dunia..

Anonymous said...

anonymous? boleh bagi link/website yg mengatakan ASB tu haram!

jgn main sedap mulut keluar fatwa.

Penjaga

Farazila Wahab said...

hafizal, tima kasih atas motivasi... :)

Anonymous said...

farah .. sama-sama

Anonymous said...

hehehe ....
tak baik menuduhh orangg melanggahh semuaa .. janjii kayaa....

mana ada arii arii posting pasall od ... asb.....mungkin awakk suka sgt baca topikk od dann asb.. tu yg arii arii baca...hehheheheh....

lebih baik kita nilaii diri kita sebelumm cite pasall hukumm dan fatwa....

Anonymous said...

pie2020.. setuju setuju..

Anonymous said...

hmm... lama dah x komen dlm blog juruukur. termotivasi sekejap k.aida arini. betul tu, networking yang kuat memang bagus. tanpa sokongan, motivasi yg berterusan walau banyak mana pon pengetahuan kita pasal financial,

kadang2 kita jadi malas berusaha dan lebih senang berada di dalam keadaan zon selesa, cukup bulan dpt gaji, minggu pertama enjoy, minggu berikutnya ikat perut atau toreh cc, heheh.

tp bila ada komuniti ni bila dengar org lain dpt projek baru, rumah baru hari2 terbakar juga rasanya... selamat berusaha dan berjaya dunia ahkirat.

Anonymous said...

k.aida.. tima kasih..

Anonymous said...

salam,

tumpang lalu tuan rumah.

aku bengang betul dengan orang yang suka kutuk orang lain. kalau nampak ada kesilapan, tegur lah dengan cara yang membina. bukan dengan perasaan iri hati dan hasad dengki. Itu hari dalam blog faris pun, ada orang kutuk, macam dengki dan iri hati je.

aku tak nampak apa yang tak kena ngan blog pie ni, lagipun, blog ni personal, kalau tak suka tak payah bacalah.

yang aku pasti, blog pie ni memang berfaedah, banyak membantu. tapi orang yang kata itu haram, ini haram, ada ke share apa2 yang bermanfaat untuk umat islam memajukan diri?

lu fikir sendirilah!

Semoga Allah sentiasa melindungi hambaNya yang benar dan ikhlas. Amin.

Anonymous said...

jangan marah-marah.. ni cabaran kecik jee..

anggap lah.. mereka tuu bukan pesaing kita.. biar mereka ngan labu-labunya

tapi kita mesti maju.. terus maju.. kita rapatkan barisan

Anonymous said...

Ini memang cabaran kecil, tapi yang kecil ni lah yang menyebabkan orang Melayu tak berjaya.

So far aku observe dalam mana-mana blog, memang ramai orang macam ni.

Kalau adik aku, kalau aku tegur tak dengar, memang aku dah tinju dah. Harap orang macam ni, kalau betul-betul ikhlas, pi la jumpa orang yang dia nak komen tu dulu. kenal hati budi, bincang cara baik apa buah fikiran dia. bukan tikam belakang.

Oklah, good luck to u hafizal.

salam.

Anonymous said...

tima kasih atas pandangan membina.. TQ

Anonymous said...

[[TO: saudara yg timbulkan konflik kt ats tuu..]]

ASB tu haram? awatnye? sbab dividen ke? atau ade sebab len?? wak mai la bukti... men cakap sebarang takde bukti ape pasaii..

ni laa org Melayu Islam.. ckap pandai.., kongsi ilmu xnakk.. tu yg buat org Islam makin kurang nak paham agama..

sebab tuu gakk laa org asing kurang respect kt org Islam nihh...

cakap saja pandaii...mcm mana Org Melayu nak majuu..

~insan yg pelik dgn org kat atss...~

Anonymous said...

Salam all...
just nak share pendapat aku yg tak seberape ni tentang ASB...

- ASB ni satu tempat pelaburan yg bagus n menguntungkan berteraskan sistem konvensional...

- konflik timbul sebab ade ulama yg kate haram n ade ulama yg kate harus...

- MAJLIS FATWA KEBANGSAAN declare pelaburan ASB ni hukumnya HARUS...

bagi aku ulama2 ni ade sebab musabab dia sendiri kenape dia cakap haram n kenape dia cakap harus...so terpulanglah kat diri kite sendiri nak memikirkan yang mane terbaik untuk kite...

to Anonymous yg timbulkan isu ni aku just na cakap lepas ni kalau ade ape2 isu tegurlah dengan care yg berhemah supaye kite same2 dapat manfaat...

hopefully takde yg berkecil hati..just my 2 rupiah opinion..hehe :)

anyway bawah ni aku bagi link isu2 ASB yg menarik...

http://www.zaharuddin.net/content/view/224/63/

http://www.zaharuddin.net/content/view/663/63/

semoge kite same2 diberi petunjuk...Amin :)

sepul_jb

Anonymous said...

sepul-jb.. tima kasih atas info yang ko syer..

so kawan-kawan.. sapa-sapa yang ada ragu pasal ASB, boleh rujuk link kat atas

MattDemon said...

terima kasih di atas ilmu yg dikongsi, aku pun ader terbaca tentang ASB hukumnya HARUS..dah 2-3tahun lepas benda nie dibincangkan..so pokoknya kena mengkaji la sebelum wat statement...

tapi bagi aku, yg kondem Pie tuh mungkin gol yang gagal MLM gak.!!!.kah..kah..don'tworry bro..aku pun gagal gak MLM..sama banyak ngan kos Lagoon Perdana plak tuh..tapi takde la busuk atie...kita bangkit semula la, takyah nak PHD, kalu gentleman takyah la bersembunyi di sebalik unknown identity..

mana-,mana ilmu yg kita dapat pun kena kaji n wat penilaian sendiri la...so ilmu2 yg dicurahkan lam blog Pie, Faris, Haizal n kawan2 nie merupakan ilmu percuma...so sendiri kaji la, tak paksa pun supaya ikut...orait. Peace!

Anonymous said...

matt.. betul-betul.. lu pikir lah sendiri..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP