Tuesday, January 27, 2009

TERIMA KASIH KERANA REKMEN JURUUKUR

Semenjak kebelakangan nii.. aku syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.. Alhamdulilah.. setiap hari ada jee orang call. Mintak tolong uruskan tanah mereka. Ada yang nak carik tanda sempadan, pecah lot, buat bungalow dan macam-macam lagi.. kadang-kadang macam aku tak percaya, ada sahabat kita rekman kerja kat Sabah, Johor. Tima kasih semua, atas sokongan yang tak berbelah bagi..

Apa yang berlaku.. sebelum nii.. aku jenis orang yang tak pandai buat marketing. Service aku lebih tertumpu kepada regular klien jee. Samada pemaju perumahan, jabatan kerajaan, syarikat dan individu.. tapi sejak korang rekmen, berlaku marketing dari mulut ke mulut, sekarang nii, klien aku dah pelbagai. Sebab tuu aku percaya sangat, rezeki nii datang hasil rekmen dari korang semua. Tima kasih banyak-banyak. Jasa korang sentiasa aku kenang

Tima kasih tak terhingga kepada :

1. Saudara Keown kita.. sebab rekman aku dengan job universiti. Untuk makluman korang... aku dah pun terima surat tawaran dari pihak universiti. Job nii kami nak siapkan cepat.. sebab lagi cepat siap.. lagi cepat dapat payment. Baru ada untung sikit

2. Saudara Saiful jururancang.. sebab rekman aku ngan pihak anak syarikat PNB. Tanpa sokongan kuat dari ko.. dah tentu job ukur tuu, terlepas kepada pihak lain. Jasa mu sentiasa ku kenang
3. Saudari Murni.. sebab rekman kami untuk ukur 18km sungai kat Johor. Untuk makluman.. 2 minggu lepas.. kami dah pun hantar quotation kepada syarikat yang Murni rekman. Hasil follow up kami.. Mereka dah pun setuju lantik kami. Sekarang nii tinggal nak finalize harga jee lagi.
4. Saudari Nur, sebab rekman kami ukur ladang kat Sabah. Kami dah pun hantar quotation minggu lepas. Insyallah kami akan follow up job nii
5. Saudara Hashim.. sebab mintak kami ukur tanah kat Kajang. Untuk projek pembangunan luar Bandar. Cadangnya nak buat bangunan pusat komuniti
6. Saudara Jalil, sebab terus lantik kami untuk ukur tanah kat Bangi. Tanah nii dulunya disewa untuk nursery bunga. Sekarang nii penyewa nak upgrade.. nak buat pagar baik-baik.. jadi saudara Jalil lantik aku untuk ukur sempadan. Untuk mudahkan kerja pasang pagar, dapat elak dari ceroboh tanah jiran sebelah
7. Saudara Hanif.. sebab suruh aku ukur tanah seluas 25 ekar kat KL. Nak tentukan sempadan dan topografi tanah tuu. Kami dah pun dapatkan info semua tanah tuu. Insyallah minggu depan kami start kerja
8. Saudara Rizal, kenalkan aku ngan Puan Sri Sabrina. Ukur tanah kat Hulu Langat. Istimewa kes Rizal nii… aku dapat kenal dengan ahli politik antaranya Dato Azalina, Dato Mukriz.. tima kasih Zal. Kerja Pn Sri sekarang nii dalam proses, insyallah dalam minggu depan boleh siap
9. Saudara Zam.. sebab ajak aku joint kumpulan ko. Lepas ni kita boleh ajak orang kampung, untuk JV ngan ko.. kita buat lot bungalow

Aku rasakan satu keajaiban yang amat luar biasa. Walaupun kita nii muda, berbanding dengan orang lain. Tapi berkat sokongan, kerjasama, Insyaallah kita boleh buktikan, kita jugak boleh berjaya

Aku doa sangat, mohon semua projek yang korang rekmen nii berjalan lancar. Boleh siap sebelum tempoh yang ditetapkan. Sebab bila kerja siap awal, client akan happy, efisyen akan meningkat, kos buruh kurang, modal pakai sikit. Baru lah ada untung

Korang jangan bimbang, aku tahu apa yang perlu aku buat. Aku seronok sangat, bila kita ada untung, kita syer sama-sama. Apa yang paling mustahak.. aku mahu semua orang happy

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

7 comments:

pie2020 said...

woww .. makinn masyukk lah juruukur sekrangg .. tahniahh .. syabasss syabaa ssss

juruukur said...

pie2020.. semua ni berkat kerjasama kita. tq pie

Wida said...

syabasss.. nanti dah jadi Tan Sri juruukur.. jangan lupa member.. hehe

juruukur said...

wida.. bukan tan sri.. tapi tuan hj.. hah haha

Wida said...

Amin.. Tuan Haji tu lebih utama.. ;)

syada said...

kalo baca blog juruukur termotivasi pun ada..hehe..ayat dia se-cool org dia..ehe

juruukur said...

syada.. ha haha haa..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP