Sunday, January 11, 2009

JOM KITA BEKERJASAMA

Apa tugas juruukur?

Kerja juruukur ni.. macam yang korang selalu tengok kat tepi-tepi jalan tu.. dok bawah matahari, pakai comot-comot, ukur tepi parit, tepi sungai, teropong sini, teropong sana, tu lah kerja juruukur. HODOH kan kerja juruukur nii. Ha hah ahha..

Katakan tanah korang, atau mungkin kawan, family, syarikat korang, ada beli tanah, tapi tanda sempadan tanah tu hilang. Untuk carik batu sempadan dan tandakan semula on the ground, kat site, tu kerja kami

Katakan pulak, lokasi tanah tadi cantik, berada kat jalan besar, boleh dibangunkan untuk buat lot bungalow, jadi peranan jurukur kat sini, kami membantu korang untuk buat kerja ukur butiran, pastu buat permohonan kat pejabat tanah, follow up pejabatt tanah, uruskan hal-hal tanah, sampai lah tanah korang tadi, boleh dapat geran individu

Pastu.. katakan korang ada tanah 1 geran, tapi dalam geran tuu ada 3 nama. Korang nak pecahkan geran supaya masing-masing boleh dapat geran individu. Ni gak tugas juruukur.. Bantu korang untuk uruskan dari penyediaan pelan, buat submission kat pejabat tanah, ukur kat site, tanam tanda sempadan, sampailah korang dapat geran individu

Let say, korang beli 2 lot bungalow bersebelahan, atau tanah pertanian bersebelahan, pastu korang nak cantumkan lot tu, supaya korang simpan 1 geran jee.. untuk proses permohonan cantuman ni gak tugas juruukur

Apa lagi ekk.. katakan lak.. korang beli tanah pertanian 5 ekar, pastu korang cadang nak pecahkan tanah tuu kepada 5 plot, setiap plot 1 ekar, kategori tanah pertanian, nak jual sekar-sekar, ni gak kerja juruukur

Korang yang rapat dengan ahli politik, atau orang kampung, bercadang nak mohon tanah kerajaan, atau nak mohon tanah TOL, kerja-kerja buat plan tu.. kerja sapa lagi.. kalau tak kerja juruukur. hah haha

Kalau tanah korang.. nak upgrade.. nak tukarkan syarat dari pertanian kepada kedai (komersial), atau industri.. lantiklah juruukur.. aku sedia membantu

Selain tuu.. kalau lah kita nak lebarkan jalan, nak besarkan sungai, nak buat pengambilan tanah, untuk ambil maklumat sungai, jalan, bangunan kat site.. tu tugas juruukur gak tuu

Pendek kata.. sebut jee tanah, ingat jee tanah.. ingat lah juruukur.. haha haha

Siapa klien juruukur?

Klien jurukur nii terdiri daripada orang individu, bagi kes orang perseorangan ni, aku banyak uruskan kes pecah geran, supaya boleh dapat geran individu, nak mohon tanah kerajaan, nak buat lot bungalow, nak carik batu sempadan hilang, selesaikan pertikaian sempadan, cantuman lot, selesaikan masalah laluan keluar masuk dan lain-lain lah

Bagi syarikat pulak, kebanyakkan mereka nii, terlibat dengan projek perumahan. Jadi kami nii, jadi perunding untuk uruskan tanah land developer tu lah. Sampai lah projek perumahan tadi dapat geran asing-asing. Ada jugak klien kami terlibat dengan kerja-kerja buat hiway, sungai, buat bangunan. Mereka lantik kami untuk buat kerja ukur, ambik semua data on the groud.. macam kedudukan longkang, kedudukan bangunan, tiang elektrik dan lain-lain.. pastu kami buat plan, supply maklumat tadi pada syarikat terbabit

Job kerajaan nii.. samalah gak macam syarikat. Jabatan yang ada job ukur macam .. JPS, JKR, Majlis Perbandaran, Jab PERTANIAN, JAB HAIWAN, JABATAN PEMBANGUNAN, UNIVERSITI, PENJARA dan lain-lain lagi

Macam mana juruukur dapat kerja?

Kebanyakkan nya.. kami nii dapat job dari rokmen kawan-kawan. Klien yang pernah berurusan ngan kami.. mereka berpuas hati.. pastu mereka sampai menyampai, dengan kawan-kawan lain. Dari situ kami dapat klien. Selain tuu, kami buat marketing.. hantar profile company, kepada jabatan kerajaan atau syarikat.. pastu kami follow up.. jadi ambik masa gak, untuk dapat klien ni. Banyak gak cabaran, yang juruukur kena tempoh

Matlamat juruukur?

Aku sebenarnya.. berusaha sangat, minat sangat nak kembangkan service ukur tanah nii. Tapi kekangan aku.. cabaran aku.. aku tak kenal ramai kawan.. tak ramai kenal, bos-bos besar nii.. jadi.. ada tak sapa-sapa kawan korang.. yang korang rasa.. bagus untuk aku jumpa?

Sebab prinsip aku buat bisnes.. aku bukan nak kaya-kaya.. nak mewah-mewah. Tu bukan matlamat aku… sebaliknya aku lebih suka, kalau korang rekman, aku uruskan kerja tuu sampai siap.. dari A to Z, aku buat kerja baik-baik. Bagi klien happy.. pastu bila dapat payment, ada untung sikit, kita syer sama-sama. Semua orang rasa. Ni matlamat aku.. ni impian aku

Ok… lah .. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

12 comments:

Abbas said...

pergh... paanjang gler senarai kerja ko... ooo gitu rupanya kejer ko... hurm... so, klau ada org perlukan khidmat ko, dari perak, ko lei turun ker?? or just dlm selangor jek?

juruukur said...

abbas.. perak pun boleh.. no hal punya.. ko nak ukur tanah mana ni abbas?

Matt Azuri Zukainain said...

Tuan Hafizal..menarik gak kerjaya ko...Insya-Allah aku akan recommendkan...tapi ko kena la wat website dulu....ala...simple punya pun takpe..pastu aku forward la kat kengkawan boss aku termasuk Muhyidin Yassin dan Rafidah Aziz...kalu diorang tak layan..takpe...bos-bos biasa pun ramai. E-commerce marketing beb.

Regards.

juruukur said...

matt.. bagus idea tuu..nanti aku jumpa saudara Faris kita.. mohon bantuan.. heh heh.. good idea..

tima kasih matt..

Abbas said...

aku saje je tanya. in case klau ader org kg aku perlukan khidmat jurukur, lei r rekemenkan ko...

juruukur said...

boleh.... tima kasih atas sokongan.. tq abbas..

din said...

fuh bestnya juruukur...
banyak gila tugasan mu ye...
nak mintak/belajar ilmu2 dari juruukur sikit boleh???

hehehe... menceduk ilmu dalam2 moga bertambah pahala mu juruukur.. :)

juruukur said...

din.. he heh..aku tak de ilmu.. sebaliknya aku syer sikit pengalaman ngan kawan-kawan

Abbas said...

lama gler aku x lawat blog ko jurukur.. aku agak sibuk n baru2 nih aku ader kematian keluarga.. dua orang pak cik aku meninggal selang sehari sahaja.. hurm.. so pe pekermbangan terbaru skang?? ble TT lg?

Abbas said...

lama gler aku x lawat blog ko jurukur.. aku agak sibuk n baru2 nih aku ader kematian keluarga.. dua orang pak cik aku meninggal selang sehari sahaja.. hurm.. so pe pekermbangan terbaru skang?? ble TT lg?

juruukur said...

takziah abbas.. sekarang nii demam main cashflow.. heh hehe..

nanti ada TT.. aku maklumkan dalam blog

ahmad said...

ada keje kosong ke kat tempat ko ni?
macamne nak apply?mintak email boleh?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP