Thursday, January 1, 2009

AZAM 2009

Sekejap jee masa berlalu. Sedar tak sedar, sekarang nii kita dah masuk tahun 2009. Dah bertambah umur aku, dari 32 kepada 33 tahun. Dah tua aku sekarang nii. Heh hehe. Tapi apa ada pada umur.. yang penting kita mesti rancang tahun 2009 dengan baik

Perancangan aku untuk tahun nii lebih tertumpu untuk menaikkan lagi pasif income yang sedia ada

1. TUBUH GROUP PASIF INCOME.. sekarang nii, aku dah ada game Cashflow101, jadi dah senang nak bina kumpulan ni. Teknik dan cara macam mana nak tubuh kumpulan nii boleh rujuk kat awal-awal blog aku dulu

2. TUBUHKAN COMPANY.. Company nii lebih kepada menguruskan rumah-rumah sewa yang aku ada. Biar nampak kemas sikit. Pastu nanti aku akan kuatkan company nii.. biar sampai bank boleh bagi loan kat aku.. heh heh

3. TAMBAH TANAH.. aku cadang nak beli lagi 2 bidang tanah tapi kawasan pedalaman sikit. Mungkin area Negeri 9 kot.. Target harga dibawah 10K sekar. Tujuan aku beli kali nii, aku akan usahakan tanah tuu.. samada tanam pokok getah, kelapa sawit, limau kasturi atau lain-lain, kita buat cantik-cantik.. pastu jual balik dengan harga mampu milik. Aku pastikan sapa yang beli tanah aku tuu mesti dapat +cashflow

4. TAMBAH RUMAH.. insyalah aku cadang nak tambah 8 buah rumah untuk tahun nii. Beli rumah lelong, kasi repair cun-cun, pastu sewa kan..

5. TUKAR SYARAT TANAH BANGI.. aku akan tukarkan syarat kesemua tanah nii dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman. Pastu kasi pindah milik atas nama wife, mak, along.. Pastu kasi pecah bahagian..aku target supaya tanah tuu ada 4 geran asing-asing berstatus lot bungalow

6. PECAH BAHAGIAN TANAH BERANANG.. Aku akan kejar final title untuk tanah nii.. Pastu aku boleh buat pecah bahagian. Supaya aku dan partner boleh dapat geran masing-masing. Dah ada geran asing-asing senang sikit.. mudah nak jual, nak cagar

7. REFINANCE CONDO DAN KERETA. Aku akan refinance dua benda nii. Hasil refinance tuu nantii.. boleh jugak aku dapat cash dalam 60K. Duit tuu kasi park kat ASB abang aku dulu.. kasi OD pastu kasi invest kat rumah atau tanah. Installment bulan-bulan aku tak risau sangat.. sebab PNB yang bayarkan.. heh heh

8. AGENT JUAL HARTANAH. Aku akan aktif bantu kawan-kawan jualkan rumah. Gunakan teknik Pie2020. Setakad nii alhamdulliah.. untuk tahun 2008 jee aku dah dapat untung 11K

9. MESTI BUAT 3 EBOOK.. Ebook yang aku nak buat nii berkisar pada bidang hartanah. Aku bukan nak jual ebook.. tapi lebih kepada syer pengalaman jee. Bila dah siap nanti.. sapa-sapa yang nak.. aku boleh email. Tujuan aku supaya kita sama-sama boleh melonjak maju

10. BELI SAHAM MURAH.. Jangkaan aku dalam bulan March atau bulan Jun 2009 keadaan BSKL akan teruk. Mungkin indeks BSKL lebih teruk dari tahun 1997. kalau lah keadaan nii berlaku.. Aku berhajat nak beli saham-saham GLC. Simpan mungkin 3-4 tahun.. pastu bila ekonomi baik kasi jual

11. TARGET SALE RM600K.. Aku target supaya sale kerja-kerja ukur aku, untuk tahun 2009 nii boleh dapat RM600K. Target nii ok sebab kalau dibahagikan ngan 12 bulan.. 1 bulan baru RM50K jee. Aku tak mampu capai sorang-sorang.. Tapi Insyallah hasil kerjasama korang.. sokongan korang.. aku yakin boleh termakbul impian nii

12. TAMBAH SAVING RM300K.. Untuk tahun nii.. azam aku nak tambah saving sebanyak RM300K. Aku cadang nak park duit tuu nanti, kat ASB abang aku. Pastu kasi OD and invest kat benda lain. Insyaallah boleh capai

13. PASIF INCOME.. ni lah benda yang paling sukar untuk aku capai. Mungkin sebab aku tak tahu teknik kot.. apa pun alhamdulilah setakad nii aku dah ada RM3851 pasif income setiap bulan. Target aku supaya pasif income 2009 ni akan bertambah RM1149.. menjadi lebih RM5K sebulan.. Insyaallah

14. MUSLIM BERIMAN.. Bab nii biarlah menjadi rahsia aku sendiri. Aku dah pun buat perancangan. Apa pun, matlamat kita sebagai muslim, kita mahu berjaya di dunia dan akhirat..

Selamat bercuti..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

14 comments:

lanz said...

salam smua.. wah.. dasyat tuu.. juruukur punya azam... nie dah bleh saing ngan pie ni... harap bleh dpat tunjuk ajar dri jurukur..
bleh tak join main sma cash flow 101 tuan tanah...

OrgTaipei said...

Mantap "AZAM" baru ko Zal...Ttompang berbangga ngan ko.......& mmg 999% confident ko leh achieve punya.....insyaallah...ol da bes!..........."Azam" forever!!!!!!!

al_husni said...

azam ko menarik gak fizal, insyaAllah blh terlaksana tu.. bab yg no 3 tu.. hehe.. carikan aku nye skali.. sebelah dgn ko pun ok gak.. janji bwh 15K.. hehe..

juruukur said...

lanz... semua tu adalah plan aku.. insyaallah aku akan usaha kearah tuu. Pasal pie... Jangan lah pulak ko bandingkan aku ngan pie.. sebab Pie tu sifu besar aku.. heheh

Org Taipei.. apa kabar? kita usaha sama-sama ekk

Al-Husni.. insyaallah.. kita akan bekerjasama untuk beli tanah pulak tahun nii.. heh ehhe

Diver said...

Contoh azam baru dan keazaman yang sangat baik..
Tahniah Fizal..

juruukur said...

Diver.. kata nak jumpa aku.. bila ko free?

jeguk said...

fizal..
wish u luck..
Isya Allah..
Kekadang tu..terasa bahangnya ble tgk azam2 org yg punya tekad untuk mencapai apa yg di azamkan macam ko,pie,faris..dan lain2..
Nway..aku nak ucapkan banyak2 terima kasih..blog ko memang best..walaupun simple tp isinya..woww marvelous..

*azmir*

juruukur said...

jeguk.. tq, aku tak mampu capai matlamat tuu sorang2. aku perlukan sokongan dari korang semua

bila aku buat bisnes pulak.. aku bukan nak bermewah-mewah.. aku mau syer nikmat tuu dengan kawan-kawan semua.. yang selama ni bekerjasama ngan aku.. Insyallah

Tima kasih banyak2 jeguk.. sebab kenalkan aku ngan Alex.. TQ TQ

astro said...

assalamualaikum...

tahniah...jadi pembakar semangat utk semua...nanti ingat nak guna khidmat juruukur la...tapi tanah kat melaka...ok ka?

rie

juruukur said...

tima kasih astro.. melaka pun boleh..no problemmm

peruzz said...

waaahh... pawer la punyer azam... semoga bro dapat capai azam utk thn ni...wa yakin bro mesti leh capai azam2 bro tuhh.. all da besh bro

juruukur said...

peruzz.. tima kasih

nik said...

salam juruukur,

ape saudara buat utk dpt passive income?

syer sket..ehhe...renting houses? ASB?

tq.

juruukur said...

nik.. cam kawan-kawan lain buat gak.. asb sikit.. rumah sewa sikit.. main tanah sikit.. buat bisnes kecik sikit..

bila di campur-campur.. dapatlah pasif income

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP