Wednesday, January 14, 2009

MACAM MANA NAK BUAT LOT BUNGALOW CARA KAMPUNG?

Hari nii… aku ada banyak meeting pasal projek bungalow.. ada kat Bangi.. Hulu Langat, Ampang.. kira hari nii, aku round the world lah.. pusing keliling.. ha hah hah

Apa yang aku nak syer hari nii.. pasal cadangan seorang tuan tanah nii.. tanah dia kat Hulu Langat.. dia cadang nak buat lot bungalow ala kampung…

Kenapa dia tak nak ikut cara biasa?
Kalau kita ikut cara biasa.. nak buat pecah-pecah lot.. untuk tujuan lot bungalow.. sekurang-kurangnya kita perlu lantik 3 consultant.. antaranya juruukur, jururancang bandar dan engineer. Team nii perlu bekerjasama.. sampai lah projek lot bungalow nii siap.

Bila dah ramai consultant.. kos untuk consultant jee pun.. boleh cecah berpuluh ribu. Tu tak termasuk bayaran premum tambahan.. cukai baru.. caruman parit.. caruman kubur.. dan lain-lain lagi

Pastu pulak.. jabatan teknikal yang terlibat untuk kelulusan permohonan ni.. lebih dari 8 jabatan.. kalau upah follow up 1 jabatan RM1000.. kalau dah 8 jabatan.. senang-senang jee RM8000 burn macam tuu jee. Rugikan..

Tempoh kelulusan pulak ambik masa antara 1½ tahun hingga 2 tahun.. lama tuu.. .. mana ada untung.. tak yah kita baincang pasal birokrasi.. lagi panjang cerita..

Apa alternative yang ada?
Jadi.. tuan tanah nii.. nak aku convert kan jee tanah tuu dulu.. dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman.. maksudnya dia nak aku convertkan kesemua sekali tanah dia.. jadi lot bungalow

Buat macam nii.. consultant yang terlibat cuma jururancang bandar dengan juruukur jee.. upah consultant buat macam nii tak mahal pun..

Jabatan teknikal yang terlibat cuma 3 jabatan jee.. tak lah susah sangat nak kejar.. tak yah nak upah orang buat follow up..

Tempoh kelulusan antara 3 bulan hingga 6 bulan jee.. pastu kena bayar premium tambahan.. cukai baru.. cukai parit.. semua tu tak mahal pun

Tanah rezab Melayu.. kalu kat Selangor.. bayaran premium tambahan cuma 2% jee.. dari harga pasaran semasa tanah tuu.. murah banget kan..

Pastu bila tanah tadi dah siap tukar syarat.. geran baru dah didaftarkan.. tuan tanah tadi boleh buat pindah milik.. pada anak-anak dia ke.. nak jual pun boleh gak.. terpulang lah.. berapa orang dia nak sumbat dalam tanah tuu.... selalunya tanah 2 ekar nii.. tuan tanah akan masukkan antara 10-12 nama jee..

Pastu bila proses pindah milik nii dah siap.. bila semua nama dah masuk dalam geran..


Proses berikutnya.. juruukur akan buat permohonan pecah bahagian tanah. Proses ni mudah jee.. selalunya 3 bulan boleh siap.. Nanti.. akhirnya setiap tuan tanah boleh dapat geran masing-masing..

Jadi.. jom lah buat bungalow lot.. apa tunggu lagi… hah haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

14 comments:

bling2 said...

aku de 1 tanah 2 ekar ngan 3 org lg abg aku...

4 nama dlm 1 geran... ermmm
nk buat 1 nama 1 geran, sorang dpt dlm 1/2 ekar... ermmm

upah, kira camne?
millage?

klo pej tnh kuala kubu bharu tu... uishhh...
jauh sgt aku nk suh ko pergi buat tu bro... huhu

tnh ni dlm hutan... xberbaloi rasenya klo aku buat pecah bahagian... huhu

KEOWN said...

kalau tanak pertanian tak leh pecah kepada kurang 1 ekar.

kalau nak buat jugak.. convert dulu ke bangunan then baru pecah....

tak gitu sifoo jurukur

KEOWN said...

jurukur.. kalau buat cara tue kosnya akan jadik lebih banyak ke?

juruukur said...

bling.. aku banyak gak job kat area sana.. tak lah jauh sangat kuala kubu tu..

keown.. betul tuu .. tanah pertanian dibawah 1 ekar.. tak leh dapat geran asing2.. kos akan lagi murah... murah dari segi kos consultant.. dan tak yah kena masuk banyak jabatan teknikal.. premium pun murah gak..

shaiful said...

info yg bagus dari jurukur !

juruukur said...

pul.. mana info pasal town planning nii.. kami semua dahagakan ilmu planning

aku said...

juruukur, nak tanya skit la...kalo tanah tu still dalam pertanian, then nak pecah lot ngan nak tukar syarat ke bangunan, berape anggaran kos yang diperlukan?

kalo buat cara kampung ni plak, budgetnya berapa??

shahrul said...

Tuan juru-ukur,
saya ada nak beli lot banglo tanah rizab melayu di selangor.boleh saya tau prosedur2 untuk membeli dan kos-kos yang perlu saya tanggung.?
sekian terima kasih.

Darma bt Hussin said...

Salam alaik,
Saya nak buat pinjaman perumahan nak buat rumah atas tanah pertanian 4 ekar. nak pecah lot memakan masa yang lama.Bagaimana cara terbaik untuk mengelakkan tanah saya tergadai pada kerajaan kesemuanya 4 ekar.

Anonymous said...

Nak mintak nasihat sikit. Aku nak beli tanah kebun dlm satu ekar. Boleh tak bagi nasihat dan cara terbaik untuk urusan jual beli tanah. Ini adalah tanah atau pon aset pertama yang bakal aku miliki. Tima kasih atas tunjuk ajar.

lysa fairy said...

salam. saya cadang nak beli tanah lot yg rumah siap dibina rumah diatasnya. Tanah jenis freehold dan katanya bumilot. size 1200sq ft. macam mana proses tukar nama dalam geran dan apa yg patut saya buat untuk pastikan saya tidak tertipu kerana saya bayar tunai lumpsum. tolong beri nasihat. saya takut ditipu je..tolong. thanks

khairil said...

Assalamualaikum, boleh saya tahu apa prosuder untuk membeli tanah lot banglo..saya seorang kakitangan kerajaan.

Mohd Adzhan Mohd Tawi said...

Klu nk buat lot banglo tpi zon kawasan msih lgi 'pertanian' mcmana?

Mohd Adzhan Mohd Tawi said...

Klu nk buat lot banglo tpi zon kawasan msih lgi 'pertanian' mcmana?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP