Tuesday, January 20, 2009

KORANG SUKA JAWATAN YANG SELAMAT ATAU FINANCIAL YANG CEMERLANG?

Sekarang nii.. bahang zaman kemelesetan ekonomi semakin terasa. Lepas Tahun Baru China nii.. akan ramai pekerja kilang akan diberhentikan kerja. Banyak syarikat akan kecikkan operasi mereka. Dianggarkan lebih 45,000 orang pekerja akan kehilangan kerja secara berperingkat-peringkat.

Tapi sebelum ni.. kononnya mereka nii adalah tulang belakang syarikat. Berkhidmat bermati-matian untuk syarikat. Tapi bila ekonomi merundum.. kenapa mereka nii dibuang kerja? Kesian-kesian..

Kumpulan nii.. puratanya dah ada family.. ada isteri.. ada anak-anak, ada rumah, kereta dan banyak komitmen lain. Adakah jasa mereka tak ambik peduli oleh syarikat?

Aku teringat pada awal tahun 1997.. masa tuu ekonomi Malaysia tengah boom.. ada banyak projek mega macam Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Menara Petronas dan lain-lain. Waktu tuu.. budak fresh ambik civil engineer.. senang-senang dapat gaji RM5k sebulan. Aku terasa gak nikmat tuu sekejap..

Kontraktor banyak job.. ramai yang tukar kreta. Harga hartanah masa tuu memang hebat.. tapi tak sampai 6 bulan.. bila mata wang kita diserang.. kononya oleh Jose Soros.. semua usaha kita, hancur lebur. Bos suruh aku buat pilihan.. samada aku berhenti.. atau aku sedia terima gaji RM1200 sebulan.. sedih sedih.. bayangkan dari RM5000 jadi RM1200.. ijazah tak dee nilai beb.. rasa diri nii dah macam Bangla lah pulak

Ni mungkin kali kedua.. aku terasa kejatuhan ekonomi.. mungkin kali nii lebih dahsyat dari 1997 kot.. tapi yang pasti.. Tun Mahathir dah bagi ingatan.. kemelesetan ekonomi 2009 nii lebih teruk. Jadi kita berhati-hati lah

Bagi mereka yang kerja gomen @ kerajaan.. mungkin korang tak terasa sangat kot. Hujung bulan korang boleh dapat gaji. Sapa yang kerja GLC macam TM, TNB, PKNS, anak syarikat kerajaan negeri memang selamat lah. sekurang-kurangnya korang dah buat pilihan tepat.. korang dah pilih jawatan selamat..

Tu lah.. Kenapa korang gatal-gatal nak kerja private.. konon kerja private lebih mencabar..? gaji banyak..? banyak benda belajar..? tapi bila gawat macam nii.. semua pening.. huru hara dibuatnya

Bagi mereka yang ada pasif income.. tak kisah lah mereka nii.. kerja gomen kee.. kerja private kee.. korang dah buat keputusan lagi bijak.. sebab ni lah peluang korang menambah kekayaan. Mana tak nya.. bila gawat nii.. banyak benda kena lelong.. rumah lelong, kereta lelong, perabot lelong, isteri lelong, saham lelong, semua murah-murah.. kasi borong semua.. masalah orang lain.. peluang untuk kita

Emmm.. ada kee kawan-kawan blog.. yang dah kena berhenti kerja? atau yang kerja 2 hari seminggu? Atau yang dah dapat surat berhenti?

Jom kongsikan kebimbangan korang kat sini..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

19 comments:

abuya said...

jurukur, yg aku sedih nie ramai yg akan menjadi mangsa this coming recession ialah kaum kite sendiri. yg banyak bergantung kpd kaum lain yg bukan majoriti, yang meminta hak yg bkn hak mereka.
sbb itu mari kita seru dan mengajak kaum kita, kawan2 kita, saudara2 kita utk meningkatkn pasif income spt yg korang buat dan usahakan skrg nie. kita tak rugi kalau kita sama2 mmbntu antara kita. macam bangsa lain yg memajukan bangsa dia sendiri. NAMA JER DUDUK MSIA.

KEOWN said...

zaman jurukur sama ngan aku.. gaji boleh cecah rm6k sebulan walaupun baru start keje 6 bulan. demand tinggi. boleh beli kereta cash setelah 5 bulan keje.

tapi masa 1998 merundum giler. sampaikan aku pernah keje jual air buah. dan kemudian terus sambung belajar..

Kilag tempat abang aku keje dah mengalami masalah ini. dah taka da over time. cuti digalakkan. syif dah di kurangkan. mesin jalan sikit dll.

masa nie lah kita kena beringat utuk menyimpan supaya kita tidak akan mengalami kesusahan yang teruk.

juruukur said...

abuya.. setuju.. setuju.. kita perlu berjemaah, besama untuk bangunkan bangsa kita

keown.. dulu kita senasib kan... haha.. mewah sekejap.. sebab tuu.. bila ekonomi merundum kali nii.. kita mesti ambik peluang habis-habisan.. kasi borong

al_husni said...

juruukur.. kwn keje pelabuhan ekonomi meleset x terasa sgt.. klu local boxes kurang, kita main transshipment boxes.. strategi sgt penting.. masa ni kita bantu membantu ngan shipping line.. nyawa negara bergantung pd pelabuhan coz transport mode yg murah compare to air mode..
nnt klu nk memborong tu blh kwn join skali..

wakata said...

al_husni, saja nak tanya..boleh ke kita suka2 buka port baru? apa procedure nya? ke kena approval paling atas? tq..

juruukur said...

al husni.. ko punya kes.. tak selesai lagi lah.. mintak lawyer ko kejar sikit pejabat tanah..

wakata.. besar projek tuu.. tony farnandez airasia nak buat airport.. kawan kita nak buat pelabuhan pulak.. hebat hebat.. ha ha ha

kayzen said...

lelong isteri pon ada erk.. hahahha

juruukur said...

kayzen.. haha.. ni kes bila mewah sikit.. tambah koleksi isteri..tak cukup 1.. tambah 2, 3..

lebih malang.. jumpa isteri pulak.. kat kelab dangdut.. isteri macam nii maintanace tinggi.. kaki kikis

bila dah gawat.. job pulak tak de.. si isteri syik komplain.. mau tak mau.. kena lah bercerai

hah haha.. hah haha

Wida said...

Huhu.. aku rasa.. dua-dua pun penting la.. bagi fresh grad.. mungkin xde duit untuk start-up.. somehow kena kerja cari duit dulu.. tp tulah.. xleh leka.. dah dapat duit.. kenalah membina financial gemilang..

juruukur said...

@wida.. setuju-setuju.. kita bina financial gemilang

kita berjemaah.. bersatu.. tolong menolong.. biar kita buktikan kat dunia.. orang Islam gak boleh berjaya. boleh jadi kaya raya

takbir.. allah hu akhbar

treec00l said...

setuju dengan wida & jurukur.

stabil & duit byk same penting. tp xsemue org dpt due2.

mane2 yg BELUM dapat tu, jgn fikir byk2. tambah ilmu sambil menabung. jgn risau, setiap org ade rezki masing2. setiap anak & isteri tu pon dah ade rezki diorg yg Allah bg. yg penting, usehe dan redha :D

pandang ke hadapan, tp jgn lupe pandang belakang sekali. sejarah tu pengalaman. pengalaman tu guru terbaik kita :)

jadi, bila time gawat, mase ni lah nak tolong sesame kengkawan. yg xde kawan tu, join TT pie, dpt ramai kawan (aku pon xjoin lg) huhuhu

bro hafizal ni pon baik ati woo. xrugi berkawan dgn org lagi byk pengalaman.

takbir, Allah Maha Besar :D

sourplum said...

aku suka ng konsep "jawatan selamat"ko tuh..
hurm.. psni nk keje kena timbang2 kn la sume tuh
thanks for sharing

juruukur said...

sourplum.. plan baik-baik.. mana tau umur 30 boleh pencen.. boleh enjoy beb

sourplum said...

insya allah buleh tercapai. skg ni pon aku baru 22.
hurm.. doa2 kn la=)

juruukur said...

sourplum.. bagus.. muda-muda dah sedar pasal financial..

Lagi cun.. kalau main cashflow101 selalu, ko lagi nampak, apa yang kami selalu bincangkan.. pasif income lebih tinggi dari perbelanjaan

sourplum said...

sy da baca buku rich dad poor dad.
konsep rat race pon sy da phm.
game cashflow 101 pon pnh dgr, cuma tatau nk maen ktne..

insya allah ps grad ni, sy pelan2 la cari asset
cari pasif income

juruukur said...

aku ada game cashflow nii.. nanti kami nak ajak korang semua main, bersama kita nanti sifu pie2020

aku ada bekalkan game nii.. ko boleh gak order ngan aku.. RM350 jee.. tak mahal pun.. apa lah sangat RM350 tuu berbanding ilmu yang ko dapat. sambil main.. sambil belajar.. main game nii kita akan paham pasal duit, bisnes, akaun.

bestnya main game nii.. lagi banyak kali kita main.. lagi banyak benda kita belajar

jangan jadi macam kami.. lewat sedar pasal financial. rugi gila beb

syada said...

betul ckp juruukur bab lelong2 ni..lelong isteri tu pun sy setuju..wakaka..

nk buat sesuatu kena beringat..nikmat hari ni x sama nikmat yg akan dtg..begitu lah sebaliknyee..

so..marilah kite sama2 beringat! =)

juruukur said...

syada.. jom kita eratkan kerjasama.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP