Wednesday, January 14, 2009

TANAH TOL LAGI?

Sejak kebelakangan nii.. agak ramai gak yang bertanyakan pasal tanah TOL, ada yang email, ada gak call aku.. jadi aku rasa, bagus kalau boleh, kita syer ngan kawan-kawan semua ekk.

1. Macammana nak semak status tanah?
Kita boleh semak status tanah yang kita nak mohon, kat pejabat tanah.. bahagian pelan.... apa yang penting.. semak tanah tu samada tanah rezab kee.. tanah kerajaan kee atau lain-lain. cuma tanah kerajaan and tanah rezab jee.. kita boleh mohon tol..


2. Bagaimana prosedur permohonan tanah TOL?
Kalau tanah tuu.. dah sah, tanah kerajaan atau tanah rezab.. apa perlu kita buat?.. kita lantik juruukur.. buat ukur butiran.. ambik maklumat jalan, longkang, topografi tapak dan lain-lain. pastu juruukur akan buat pelan.. pelan tuu nanti berserta borang permohonan.. juruukur akan bagi pada pemohon untuk ditandatangan.. pastu juruukur buat submisssionn pada pej tanah. Aku cadangkan.. bagus kalau boleh, pemohon sendiri buat follow up setiap 2 minggu, ngan pejabat tanah.. mohon percepatkan permohonan korang

3. Brapa sewa kene bayar utuk pajak tanah tersebut?
Sewa nii.. bergantung kepada pejabat tanah.. mereka akan nilai.. tapi pengalaman aku sebelum nii.. area hulu langat.. tanah tol, pertanian 3 ekar.. 150.00 jee setahun

4. Brapa lama pajakan blh dibuat?
Tol akan expired setiap hujung tahun.. pastu kita kena renew balik.. kena bayar RM150 balik.. lepas 3 tahun.. kita kena mohon balik semula.. ikut prosidur no.2

5. Bolehkah tanah TOL di buat bangunan atasnya?
Bergantung kepada syarat tanah yang kita dapat.. kalau tanah pertanian.. kita boleh buat pondok jee.. mcm stor tempat letak baja, cangkul dll. kalau syarat bangunan.. boleh buat bangunan.. tapi kena dapat persetujuan pejabat tanah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

6 comments:

bling2 said...

tnh tol.. temporary occupied license
bina bangunan atas tnh n tnh tersebut termasuk dlm kawasan jajahan PBT akan kene cukai taksiran/pintu. cukai ni utk bangunan berkenaan sahaja...

sila renew setiap tahun bg elakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.. huhu. ( ade org akan mohon tnh yg sama bile tgk kat pej tnh org yg lame tu x renew..)

bile dah lame duk tnh tol.. jgn segan silu utk mohon hakmilik.. haha... mane tahu naseb anda baekkk...

juruukur said...

bling2.. betul betul..

Shahkasahias said...

BAGUS BETUL PERBINCANGAN CAM NIE.. ILMU-ILMU...

Anonymous said...

maaf saya bertanya kalau kita refer pejabat tanah kenapa timbul dalam pelan tuh tanah `tiada maklumat` ? menanya untuk elak penipuan terima kaseh

Anonymous said...

nak tanya lah kan, kalau ada owner tanah tol ni nak jual tanahnya, boleh amek ke ? sorry la sebab i have zero knowledge dalam bab ni. mintak tolong eblight.

Anonymous said...

Tanah TOL tidak boleh dijual beli mahupun dipindah milik. Sekiranya pemegang lesen tanah TOL meninggal dunia, ianya tidak boleh dipusakakan. Banyak kes penipuan berlaku apabila pemegang lesen tanah TOL menjual tanah tersebut kpd org lain.

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP