Beberapa hari sebelum nii.. aku asyik ulang alik hospital. Bukan apa, wife aku masuk wad, sebab mengandung kali nii.. dia ada darah tinggi. Kesian wife aku. 2 hari kena tahan kat Hospital Colombia Asia, Puchong.. pastu semalam.. doctor yang merawat dia.. cadangkan supaya dia dibawak ke Hospital Serdang
Sampai kat Hospital Serdang.. keadaan dia masih lagi stabil. Walaupun masa tuu dah macam-macam wayar melekat kat badan dia. Cuak gak tengok.. ha ha ha
Tapi wife aku.. still boleh lagi borak-borak ngan aku.. bincang pasal kerja, pasal anak-anak
Bila doctor tengok, tekanan darah wife tak stabil-stabil.. Jadi doctor mintak aku dok kat luar.. biarkan wife aku berehat sorang-sorang. Jadi ngan berat hati.. aku kena lah ikut nasihat doctor.. hu hu hu
Dalam keadaan kelam kabut cam tu pun .. sempat gak aku trade CPO.. dan alhamdulilah dapat gak untung 7 tick.. syukur sangat.. alhamdulilah.. tima kasih Faizura
Bukan tuu jee.. aku sempat gak adakan meeting ngan Cikgu Hadi.. kat Café Hospital Serdang.. sebab dia nak ukur.. mohon pecah geran.. alhamdulilah
Yang paling aku teruja.. semalam aku jugak telah dilantik.. untuk buat kerja ukur 3363 ekar kat Rawang. Alhamdulilah.. aku percaya.. semua nii adalah rezeki dari Allah untuk baby comel aku
Dalam pukul 700 malam.. wife aku telah selamat melahir putera comel kami.. tapi anak kami terpaksa dimasukkan ICU.. sebab untuk stabilkan system pernafasan dia.. kesiannya.. tersentuh hati aku..
Insyaallah hari nii.. aku kena gi lagi Hospital Serdang.. nak ambik dokumen yang perlu.. pastu aku nak gi pej pendaftaran.. nak daftarkan nama baby comel aku nii.. ngan nama Muhammad Iman bin Hafizal.. insyaallah..
Oklah.. bye bye..
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Tuesday, April 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
April
(13)
- TANAH UNTUK DI LELONG PADA 20/5/2009
- CPO OH CPO
- BERJAYA KURANGKAN INTEREST OD ASB BANK RHB
- BERJAYA DAPAT TANAH TOL KAT SUNGAI LONG
- PROJEK JUAL TUDUNG
- CEROBOH TANAH JIRAN
- APA TINDAKAN JURUUKUR?
- KENAL PASTI TEKNIK KITA BELAJAR
- APA AKTIVITI YANG BOLEH DAPAT PASIF INCOME?
- PASIF INCOME
- MUHAMMAD IMAN DAH SEMAKIN SIHAT
- LAHIRNYA MUHAMMAD IMAN
- PERKEMBANGAN CPO
-
▼
April
(13)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
32 comments:
Tahniah mendapat baby baru...apasal tak hantar Hospital Purtajaya kan dekat tuu...
Apaupun yg penting dah selamat...
tahniah bun.. tak sabar baby tu nak keluar yek.....
semoga terus cemerlang dan dimurahkan rezeki...
Tahniah!, tambah satu lagi anak lelaki kau yer. Job pun tambah... bertambah-tambah ler rezeki tu...
fizal..tahniah pada awak...
wowww...dapat hero tu...best2...
anyway..doa sy agar fizal kuatkan semangat ek!!!...moga2 kesihatan baby ngan wife bertambah sihat...amin...
note:tahniah...dapat untung 7 tick tu...brape tu ek???
:)
tahniah bro..rezeki anak..macam2 dapat sblum kelahiran.. :)
woww.. musim sifu2 GG dah bermula.. mula dgn bri, diikuti jurukur... lepas ni pie.. woww sifu GG.. haha
nway, congrat...
anak tu amanah...
tahniah....
baby op ke? patutnya bila iman ni lahir? InsyaAllah... doa banyak2...
nanti kalo g tgk iman kat nicu, basuh tangan bersih2, usap2 kat kepala dia sambil2 selawat byk2....InsyaAllah...cepat sihat dia nanti....
kak aida.. saya tolong jawaplah.. hafizal ada kat kg. rinching nak basuh dan tanam uri baby.
Bersalin OP. semalam.. septutnya bulan 5. bersalin 33minggu. berat 1.8kg aje.
ada kat ICU Hospital Serdang.. Semoga baby dan mak.. dan bapaknyer sekali akan sihat dan selamat hendaknya..
welcome to the world Muhammad Iman=)
wow,sama dgn nama anak aku iman haris..hehe, pandai bapak dia pilih nama..iman terpuji..amin
semuga sehat seadanya..amin. and tahniah bro! sila ajar anak anda itu CF101. heeh
tahniah.....semalam aku call ko punya tgh bizi nak sambut kelahiran baby...takper.....settle your personal matter dulu...ada masa nanti kita main cashflow...:)
Tahniah Jurukur,
Dah ada 3 org hero skrg. Anyway rezeki akan semakin murah lepas ni.
Tahniah Tuan JuruUkur..
TAHNIAH % SYABAS MERAMAI KAN WARGA NERAGA MALAYSIA...ANAK TU REZEKI...
REGADRS
-asrimiat-
Tahniah kpd Juruukur
Tahniah buat fizal serta isteri...
Semoga kedua2nya serta keluarga sihat..
Jeguk&isteri&Mirza&Harith..
eeeeeeeeeeeee...
syoknya peluk baby..
Tahniah Hafizal..
Tahniah..petanda bertambah rezeki tuu..
Tahniah gak dr aku..Smoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki..Aminnn
Alhamdulillah..bertambah lagi umat Nabi Muhammad S.A.W...rezeki anak Zal..msyukkk je..:)
Semoga anak dan isteri sihat sejahtera selalu. Salam.
tahniah datuk..insyaAllah smakin murah rezeki tu..
Tahniah en Hafizal... murah rezeki insyaAllah... moga ibu & baby cepat sihat sentiasa... Amin...
tahniah bro fizal :D
alhamdulillah due2 selamat.
3 askar sekarang ya :D
tahniah bro..
semoga selamat semuanyaa..
welkome muhammad iman..
tahniah2.. hm, mmg betullah anak ni pintu rezeki..
anyway, aku tumpang happy!
tahniah juruukur...tak sempat anak ko jadi pendekar tanpa nama.
mcm2 rezki mendatang..alhamdulillah..rezki baby
ps: malam arituh borak2 dengan man, die cakap die lahir masa kandungan mak die 7bulan..... berat pon ringan jerk...lihatlah hasil die sekarang :)
tahniah zal....aku doakan anak n wife ko selamat dan cepat sembuh...:d
tahniah atas kelahiran org baru
wow!
Muhammad Ukail dah ada kawan...
boleh la buat satu team futsal...
Bila nak start training ni ?
eh,
Nama bini aku Iman Zakiah...
Maybe dah fate kita jumpa...
Maybe ada maksud disebaliknya...
tuanbri.. aku ada 3 hero.. campur ko nya sorang.. kita dah ada 4.. tu lom campur hero pie lagi.. ha ha.. cukup cukup
belum terlambat utk ucapkan
tahniah pd jurukur. tahniah baby
boy lagi.
aku lak 2 girl tengah planning
nak dapatkan baby boy pulak.
tapi rezeki datang drpd tuhan kan.
anyaway tahniah tuan jurukur diatas
kelahiran Muhd. Iman.
Post a Comment