Monday, March 23, 2009

BERBINCANG DENGAN ORANG KAMPUNG

Pada malam Ahad yang lepas.. aku happy sangat.. sebab dijemput oleh penduduk Kampung Rinching Tengah, Beranang.. kami bermesyuarat bersama, berbincang bersama.. dalam keadaan yang cukup harmoni. Masing-masing mengeluarkan pendapat dan pandangan.. untuk memajukan kampung

Macam-macam mereka rancang.. nak buat gotong royong, nak buat kenduri sekampung, nak buat kursus jenazah dan macam-macam lah.. bila mereka sepakat cam nii.. aku yakin.. kampung aku nii.. pasti boleh berjaya

Selain tuu.. aku dijemput.. untuk terangkan pada mereka.. pasal masalah-masalah tanah yang berbangkit, kat kampung aku.. macam-macam mereka tanya.. bukan tuu jee.. mereka tanya gak, pasal nak pecah geran, nak mohon tanah, masalah tanah sungai dan cam-cam lagi.. berpeluh gak aku menjawabnya.. ha ha ha

Turut hadir dalam mesyuarat malam tuu.. En Din.. aku tak ingat nama penuh dia.. tapi dari Kementerian Kewangan Malaysia.. Dia bagi tau.. yang kampung aku nii.. telah terpilih menjadi kampung contoh untuk projek keusahawanan. Pihak kementerian telah bersetuju.. untuk bagi peruntukan berjumlah RM350,000.. banyaknya.. RM RM.. ha ha ha

Malam tuu jugak.. Encik Din.. mintak kami rancang sebaik mungkin.. pikir baik-baik dan siapkan kertas kerja.. apa projek yang kampung kami nak buat.. dengan gunakan peruntukan RM350K tu.. ayooo ni tugas berat nii..


Tapi projek invest kat umah lelong atau jual beli tanah.. pihak kementerian tak setuju pulak.. Mereka nak kita buat projek.. projek apa yang bagus ekk?

Kalo lah kampung korang dapat peruntukan cam nii.. dan korang dilantik menjadi pengerusi projek nii.. rasa-rasa.. korang rancang nak buat projek apa?

Jom kongsi-kongsi idea..







INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576



19 comments:

Anonymous said...

Kawan juga pening kalu gini..
benda tiba2 tergolek datang,..
hmm...nyum..nyumm..nyam..

Apa skop ke'usahawan'an tuu?..
nak libat semua pihak atau sebahagian..
projek bersumber hasil mahsyul kampung atau kederat/idea tenaga kampung?
ada syarat tertentu?

Kawan,..
jika berpeluang..
minat nak gembeleng bersama semua..
ada hasil harian,..mingguan dan bulanan..
hasil kepada individu,.. kumpulan,. dan kariah..
fasa by fasa..
bersumberkan terhad..kepada keusahawanan menyeluruh..
berpakej..
ish..jenuh juga tu..

apapun,..tim teras mesti mantap..
,,.sekadar berceloteh..

kumin_gonewiththewind said...

Hafizal,
kedai runcit,mini market koperasi kampung?
tanaman serai berkelompok?
ternakan ikan?

susah jugak nk pikir...

MattDemon said...

Assalamu'alaikum Hafizal,

Nak bagi pendapat kalau sudi mendengar:

1. RM350K tuh banyak..yg penting elakkan kerja2 yg membeli liabiliti, lori ke jengkaut ke jika forecasted income dari forecasted job nanti takleh menampung kos penyelenggaraan dll..kes nie banayak berlaku kepada jutawan FELDA yg akhirnya kembali kayap.

2. Elakkan juga dari kerja-kerja membina tugu, bangunan baru dll ngan andaian akan bagi job kepada kontraktor kecil, sbb cycle of economic tak menyeluruh n nilai benar penggunaan bangunnan tersebut esp untuk tujuan sosial susah untuk diukur pulangan pelaburannya..yg tue tunggu peruntukan pembangunan..bukannya menggunakan peruntukan ekonomi.

Sebaliknya, wat projek yg mempunyai nilai tambah n penglibatan menyeluruh, yg mana kesan langsungnya adalah ngan kadar yg segera...leh dinikmati kesan ransangan ekonomi...

MattDemon said...

Projek yg viable pada pandangan aku yg tak seberapa nie ialah:

1. Koperasi, yg boleh dibahagikan kepada:
a. Pemborong dan peruncit - allocate sedikit modal untuk pembelian secara pukal barangan keperluan harian untuk tujuan dijual semula. Benefitnya, penduduk kampung dapat membeli barangan harian ngan lebih murah, tapi NO hutang la.

b. Belian bahan intermediate - untuk tujuan penggunaan projek akan datang. Sebagai contoh, jika projek tanaman cili memerlukan baja n racun, koperasi leh membeli bahan2 tersebut dan dijual semula ngan sedikit margin. Lam konteks nie, pembeli ialah JKKK, dari kooperasi, untuk diagihkan secara percuma kepada penanam cili.

MattDemon said...

Okies, projek yg memerlukan expertise dari penduduk kampung adalah seperti berikut:

Ternakan:
1. Ayam telur, ayam kampung dan ayam daging;

2. Lembu, kambing dan biri-biri;

3. Akuakultur - pelihara ikan yg banyak demand...keli marigold untuk tujuan sardine, talapia merah dll..ajak Lembaga Perikanan bagi taklimat, check kesesuaian tanah, subsidi benih dll...so consultation dah FREE..

MattDemon said...

Pertanian:
1. Tanaman cili, serai, kubis..lain-lain sayuran yg memang banyak demand...

2. Buah-buahan yg tempoh matang cepat...rembukai, betik, jagung...

ajak Jabatan Pertanian bagi taklimat, tentang kesesuaian, demand n supply n skim subsidi dari jabatan, termasuk pembelian borong dari mereka...maksudnya diorang datang beli pukal la...termasuk kes akuakultur d penternakan...

lam kes nie seomebdy kena in-charge...siapa in-charge untuk pertanian, penternakan n akuakultur..jumpa wakil2 jabatan.kementerian...

lam kes nie bebudak grad yg menganggur leh di bagi task tersebut...termasuk wat marketing..contohnya tolak kepada pemborong ikan n sayur kat Pasar Besar Selangor (btw, orang Melayu gak yg otai pemborong sayur kat P.B Selangor..setau aku la..)

so, lam kes nie bebudak yg grad leh kepada on paper planning, n orang kg yg berpengalam lebih on the site job..

MattDemon said...

so, saper pemantau..pengawal in-out duit...lam kes nie kena ader AJK yg sentiasa bermesyuarat..pembentangan akaun yg melibatkan pelbagai division...harap2 ketua kampung dan JKKK sporting la...n sesama melayu tak PHD..kalu tak..tak jalan...

btw, on paper planning kena bagi kat ko la Hafizal, cadanagn, feasibility study, forecasted planning dll...nak convincekan pihak yg nak bagi RM350K tuh..aku percaya ko leh lead la bro..Insya-Allah

MattDemon said...

ralat;
rembukai = tembikai la..hehe

Btw, kaum2 ibu jangan dilupa...so apalagi...menjahit n wat kuih la..

1. Jahitan - yg nie kena spend sket untuk beli beberapa mesin jahit, letak kat balai raya..amik upah menjahit....kerja2 outsource dari kilang2 tekstil..kalau viable la..sbb kos pembelian mesin jahit agak tinggi..tapi forecasted job lebih2 lg masa musim perayaan leh tahan...maybe suatu hari nanti kampung bro leh keluarkan baju melayu siap jahit dan pakain skolah ngan kos yg lebih kompetetif..

2. Industri kuih-muih la...kena invest beli oven..untuk wat stok kuih raya bebanyak...pack cantik2 lam plastic container...lam kes nie aku teringat contoh Ever Delicious dari Muar, memula wat peanuts cookies untuk tujuan raya, tthen supplyb ke sekitar Muar...n sekarang dah teroka pasaran eksport...cuba check website dia...

Ini semua cadangan aku la...ada yg perlu difilter...di nilai semula ikut kemampuan, kesanggupan n kajian wheter menyeluruh ke tak..yg penting kita wat something yg penduduk kg sanggup dan boleh buat...kalu paksa tapi tak rela pun tak guna gak...kalu tak paksa n ngan suka dan rela..insya-Allah...lumayann...

Salam

Anonymous said...

diver..pihak kementerian bagi tau.. tak kisah nak buat apa.. tapi kena buat projek.. yang boleh jana ekonomi orang kampung..

kumin.. kedai runcit dan tanaman

matt.. idea yang cukup baik.. nanti aku bincang ngan pihak pengurusan.. tima kasih matt

kawan-kawan.. jom kongsi idea.. sila sila

KEOWN said...

bagi wanita buatlah perniagaan amenjahit tudung seperti ekin ke apa ke.. yang ikut trend masa kini. Carijklah kain yang berkualiti dan boleh jual via internet,... sifoo jurukur leh promosikan...

Anonymous said...

bro fizal, ape kegiatan ekonomi SEDIA ADA di kampung anda?

a. pertanian?

b. perladangan?

c. penternakan?

d. iks?

e. perniagaan?

kalo a,b atau c, IMHO, sales & marketing utk produk2 diorg akan lebih membantu.

kalo d, mungkin boleh buat 1 bidang yg berdaya saing tinggi dan fokus kepada bidang tersebut. ambil contoh mcm area banting, fokus utk kerepek sahaja.

kalo e, mungkin boleh mengusahakan a, b dan c. tujuannya adalah untuk menambahkan supply raw material pada kos lebih rendah (sebab hasilkan input sendiri).

Anonymous said...

keown... menjahit boleh gak kan.. tapi macam mana nak habiskan 350K tu keown.. beli mesin jahit baru berapa.. murah jee.. nanti kementerian kata.. kami tak pandai berbelanja pulak..

treec001.. kat kampung aku.. tak ramai yang berniaga.. kebanyakkan makan gaji..

ada la jadi kontraktor, kedai makan kedai jahit, peruncitan, tanam serai, bela ayam kampung, kerepek & kuih..

Anonymous said...

Fizal..ni akunyer pandangan..tapi xsure boleh on kat kg kau ke x...

Kalau kampung kau byk kwsn yg terbiar..tanah berekar2 yang x diusahakan..kau boleh start dgn penanaman kelapa sawit..Beli anak sawit yg dh besar sikit dalam umur setahun..FYI,sawit dh leh kuarkan hasil dan matang pada umur 4thn.Kira dah leh start jual la kan..Kira kne tunggu 3thn la sblm mengeluarkan hasil..Dgr tunggu 3thn mesti smue org rser lme kan..Hehe..So,untuk makan hasil sblm 3thn,kau leh suruh diaorg start tanam pisang n jagung diantara pokok sawit tu.Modal benih pisang ngn tnm jagung amatla kecil but boleh mndatagkn untung yg banyak..Puas bagi dividen sesama ahli tu kalau betul kne dgn pengurusan nya..So,skrg kita dah cover tanaman jangka pendek n tanaman jangka panjang...Mmg sawit skrg agak murh still berlegar 250-300/tan..tp 3thn lagi cmner???maybe leh smpai sprt sblm ni dekat 900/tan..WowowoW..masyuk tuhhh..Apapn ni adlh pndgn peribadi aku jer..Mn2 pandangan yg terbaik,kau leh kongsi bersama pnddk kmpg nnt..:)

Anonymous said...

Tima kasih Farid.. nanti aku bawa semua idea korang nii.. pada sesi brainstorming ngan orang kampung

bukan senang nak buat projek.. nak melibatkan penduduk kampung.. penin gak..

pokli said...

apa kata rm350k guna utk buat koperasi.koperasi beli kenderaan spt bas.bas sek.van.boleh bg servis utk hantar budak pg sek..area beranang.sbb skrg demand bas sek tinggi.

juruukur said...

pokli.. cun gak tuu. nanti aku bawak cadangan ko nii kpd pihak pengurusan

Diver said...

Woww..Matt..
banyak idea betui..
dan ilmu..
perkongsian yang sangat baik..
TQ juga yang lain..

Hafizal..
dah start kayuh blum..
kurang2 pun,..meeting pertama..
setkan Tim Teras..

juruukur said...

diver.. saya set jee.. saya tunggu arahan selanjutnya

Anonymous said...

salam,

Nak tumpang sumbang idea.

Untuk tujuan ni saya cadangkan tubuhkan koperasi dulu yang terdiri daripada para penduduk. Dah ada entiti, mgt team and proper bank account lebih mudah untuk merancang dan menggerakkan idea.

Dengan adanya koperasi juga, skop projek boleh jadi lebih luas. Tak semestinya projek dijalankan di kampung sahaja. Mungkin boleh venture projek lain seperti perkhidmatan pengangkutan (minta permit teksi), etc2 yang profitable as long as benefitnya dapat kepada orang kampung dan digunakan untuk memakmurkan kampung (in this case the koperasi).

Just my 2 cents.

Good luck bro.

p.s. boleh tau nama penuh en din tu?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP