Tuesday, March 10, 2009

MAULIDUR RASUL


Seperti mana kita tahu.. kelahiran Nabi Muhammad.. menjadi titik permulaan.. perubahan besar dalam sejarah dunia. Baginda telah berjaya membawa kebenaran. Dan telah tumbang kebatilan

Hebatnya baginda.. baginda adalah pemimpin dunia, meliputi seluruh alam, tak kira bangsa, latar belakang, warna kulit, baik orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan. Malah lebih dari tu

Rasullullah seorang yang pemurah, suka menghubungkan silaturrahim, membantu orang susah, membantu anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain. Pendek kata.. kaum baginda amat senang dengan baginda

Namun apabila baginda berjuang untuk membawa risalah Allah. Usaha baginda mendapat tentangan.. kecaman hebat dari kaum baginda sendiri. Sedangkan sebelum ni.. kaum baginda menggelar baginda Al-Amin. Lebih dari itu.. ada usaha untuk membunuh Rasullullah

Kecaman yang baginda terima.. tak mematahkan semangat Rasullullah. Baginda bersama kaum muslimin lain, bersatu menghadapi segala macam cabaran. Hingga mereka sanggup berperang, semata-mata untuk mengembangkan siar Islam

Dan kalau kita teliti.. sejarah perkembangan Islam sebelum nii, banyak dibantu oleh para sahabat. Antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan. Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Para sahabat ni.. sanggup membelanjakan segala harta yang mereka ada.. semata-mata demi Islam

Mereka bersolat jemaah, bermesyuarat, membuat perancangan, kuasai ekonomi dan macam-macam lagi. Semua usaha mereka bermula dari masjid

Kejayaan demi kejayaan dunia Islam kecapi.. Hingga kan, suatu masa dulu.. Islam mampu menguasai dunia. Dan masyarakat Islam dipandang tinggi, professional, berteknologi dan dipercayai

Tapi hari nii.. masyarakat dunia, terutama pihak Barat, sedang melekehkan umat Islam. Kita digelar pengganas, tidak bertamadun, golongan yang lemah, golongan miskin. Tak cukup dengan tu… mereka bersatu untuk menyerang Negara Islam. Misalnya kat Bosnia, Afganistan, Iraq, Palestine. Negara saudara kita ni dibom, kaum hawa dirogol, kaum adam dibunuh.. beribu umat Islam telah syahid

Ayohhh kawan-kawan.. sekalipun kita pelabur muda.. baru berjinak-jinak dengan hartanah. Tapi boleh aku katakan.. kita adalah pewaris Abu Bakar As Siddiq dan Abdul Rahman bin Auf. Kita perlu bersatu, berkongsi pengalaman, untuk kita kuasai ekonomi. Sebab sesungguhnya kita berada pada landasan yang betul

Percayalah, aku berdoa, dalam masa 5 -10 tahun akan datang, akan lahir taikon-taikon muda dari kumpulan kita. Insyaallah.. Kita mahu angkat martabat bangsa, angkat martabat Islam

Cukuplah kita dihina, cukuplah kita dicerca.. yang pasti umat Islam perlu bersatu

Ish ish.. betoi ka juruukur nii.. juruukur dah macam ustaz lah pulak.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

5 comments:

Anonymous said...

rezeki masuk bila kau komen kat blog aku... jam omega tu belum 2 jam dah ada peminat grab. TQ.

Anonymous said...

tahniah bang lan.. bisnes makin kencang tuu..

MattDemon said...

Alhamdulillah..tenkiu ya fadhil al-ustaz...:)

Anonymous said...

matt.. ha ha ha

nQis said...

nice thing to share...just keep-on blogging mate

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP