Thursday, March 12, 2009

TANAM SERAI KAT PEMBAHAGI JALAN

Tadi aku ada meeting kat Dengkil.. pastu tuu aku ronda-ronda kat Kota Warisan, Dengkil. Aku saja jee, pusing-pusing area sini.. sebab dulu.. Kota Warisan nii terkenal dengan lanskap yang cantik..

Tengah aku ronda-ronda tuu.. aku nampak, mereka tanam pokok serai.. kat tengah-tengah pembahagi jalan. Pokok serai pun boleh buat lanskap beb.. bila aku tengok betoi-betoi.. cantik gak.. sebab mereka pandai pilih kombinasi pokok.

Kat sebelah satu lagi.. mereka tengah tanam benih.. banyak gak benih nii.. sebab bila benih nii dah besar. Mereka akan pindahkan kat pembahagi jalan lak

Sebelum nii.. kat pembahagi jalan.. ramai developer tanam ngan pokok bunga.. ada yang tanam rumpun.. tak pernah aku tengok.. tapi mereka ni tanam sayur lak.. ni kira kes pertama lah nii.. aku rasa sapa-sapa dok area sini.. tak yah lah korang beli serai.. Korang boleh rembat jee serai developer nii. Ha ha ha

Bila aku perhatikan.. tanam serai nii tak lah susah.. Cuma kita kena pilih benih yang baik.. pastu kasi semai benih serai tuu.. kasi biakkan benih.. bila dah banyak.. dah besar.. kasi pindah kat tempat yang kita nak tanam. Dari segi baja pulak.. pakai taik ayam pun dah cukup.. Pokok serai nii cam lalang gak.. tumbuhan yang kuat.. tak banyak penyakit.. Pastu lembu kambing tak makan serai.. jadi tak yah lah kita susah-susah nak buat pagar

Sekarang nii.. seikat serai.. kalo kita beli kat TESCO.. RM1 tuu.. Cuma 3 batang jee.. kira mahal tuu beb.. kalo sebulan kita beli 4 ikat.. dah RM4 melayang cam tuu jee..

Jadi jom lah kita tanam serai.. bukan untuk jual.. memadai tanam untuk makan sendiri jee dulu..

Bagi mereka yang ada tanah luas terbentang.. mungkin korang leh buat projek ni.. komersialkan tanaman serai.. samada untung atau tak.. korang leh explore kat internet.

Kalo area KL nii.. area Lenggeng, Negeri Sembilan.. ramai yang usahakan tanaman nii.. korang leh buat site visit..leh tengok sendiri.. cam mana cara mereka tanam.. sekali pandang cam sawah padi pun ada.. ha ha ha

Kalo kita usahakan dalam skala besar.. aku rasa.. tanam serai pun leh dapat pasif income gak kan.. boleh tambah sumber pasif income kita.. jadi property kita sapu.. pertanian pun kita sapu.. kayo kayo

Apa pun.. korang enjoy gambar kat bawah nii..






INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

4 comments:

sourplum said...

bgus jgk idea tanam serai kt pembahagi jalan nih.
rmai bule dapat manfaat

kumin_gonewiththewind said...

Aku ader follow blog2 pasal tanam serai nih since aku suka tanam serai kat umah dulu2...kepada kawan2 yg ada laman rumah yg luas lg bgs tanam...hasil bole guna sendiri..kalu lebih berkilo2...jual kat psr mlm/psr tani...
http://sahapplantation.blogspot.com/2009/01/projek-tanaman-serai-peha-ayam-2009.html

pok_li said...

bro,ko tak survey ke rumah yg lelong kt kota warisan?

juruukur said...

pokli.. ha ha ha..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP