Semenjak dua menjak aku jadi juruukur nii.. aku syukur sangat , sebab dapat sikit pengalaman, dari mereka yang dah berjaya hasil jual beli tanah. Antara klien aku yang dah berjaya misalnya En Rafi, Abang Wahab, Hj Samuri, Low Teh Beng, Wak Sudir, Abang Ridwan, Dato Razali, Dato Jabbar, Dato Gumuri, Pn Sri Sabrina.. dan banyak lagi lah. Mereka nii dah pun kaya tahap doremon.. ha ha ha
Melabur kat tanah nii.. kebanyakkannya susah sikit nak dapat pasif income. Kalo kebetulan.. masa kita beli tanah tuu.. ada pokok getah kee.. pokok kelapa sawit kee.. boleh lah dapat income sikit.. kalo tak.. kita kena pakai duit sendiri untuk bayar installment bank.. kalo macam nii penat sikit lah
Tapi bagi mereka yang ada duit banyak.. mereka lebih suka beli cash jee..
Aku perhatikan.. mereka ni beli tanah.. sebab.. ada yang nak buat dusun, nak buat asset, nak duduk kat situ, buat ladang, nak sewa balik, nak pecah-pecah lot, nak buat projek perumahan dan macam-macam lagi lah..
Bagi mereka yang nak buat ladang atau ternakan.. mereka lebih suka tanah yang pedalaman.. asal ada jalan jee.. jalan tanah merah pun tak pee.. asalkan tanah tuu luas, ada sumber air.. dah memadai
Tapi kalo mereka yang nak buat asset nii.. mereka akan pastikan tanah tuu adalah rata atau sikit berbukit, pastu elektrik, air, telefon, jalan tar mesti ada.. mereka lagi suka kalo sebelah tanah tuu.. dah ada rumah-rumah jiran
Pembeli nii ada macam-macam jenis.. tapi semua pembeli yang aku jumpa setakad nii.. mereka pasti mintak beberapa info penting.. antaranya mereka mintak salinan geran.. pastu mereka nak tahu sempadan tanah kita.. dari mana sampai mana.. mereka nak tahu jugak nilai tanah tuu.. selain tuu mereka akan tanya samada tanah tu freehold kee.. pajakan kee.. ada gak tanya pasal zooning tanah.. tanah tuu kalo convert boleh buat apa.. dan mereka gak akan tanya.. bank mana boleh bagi loan.. berapa interest.. berapa installment sebulan.. dan macam-macam lagi lah
Untuk memenuhi permintaan pembeli ni.. jadi bagus, kalo boleh kita bekalkan semua maklumat yang mereka nak.. maklumat nii akan bantu mereka untuk buat keputusan
Aku cadangkan.. bagus kita jujur ngan pembeli.. biar mereka fikir masak-masak.. apa susah.. kita bagi jee semua info yang kita ada.. kita tak rugi pun.. insyaallah disebabkan kejujuran kita.. ada rezeki lain yang Allah akan bagi
Misalnya.. baru-baru nii.. aku ada satu kes.. klien aku nii.. jujur sangat.. jual tanah dia dibawah harga market.. pembeli yang berminat.. tak yah keluarkan downpayment pun.. semua boleh loan bank.. dan alhamdulilah.. klien aku nii masih lagi boleh buat untung.. lebih RM150K beb..
Dulu klien aku beli tanah lelong.. 1 ½ ekar cuma RM70K, kat area Bangi.. simpan tak sampai dua tahun pun.. sekali jual untung lebih RM150K.. banyakkan.. kayo kayo… ha ha ha.. kalo duit tu simpan kat ASB.. boleh dapat pasif income tuu
Bab nak pakat harga nii.. kita boleh mintak nasihat dari lawyer..
Macam-macam kan teknik nak jual tanah nii.. kadang-kadang tuu.. aku pun terkejut ngan teknik mereka, ada yang iklan kat mudah.com.. kat surat kabar, dari mulut ke mulut.. kat blog.. letak signboard.. dan macam-macam lagi
Terbukti.. dah ramai orang kaya sebab tanah nii.. korang cam mana? ha ha ha
INGAT TANAH, INGAT JURUKUR, HAFIZAL 012-3193576
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2009
(167)
-
▼
March
(15)
- KELAS FCPO
- CINTA KLASIK
- TEKNIK BELAJAR MAIN FCPO
- BERBINCANG DENGAN ORANG KAMPUNG
- PECAH GERAN TANAH
- MAKLUMAT "AUCTIONEER" DALAM BLOG MINDAHARTAWAN
- JOM JAGA KESIHATAN
- AKTIVITI HARIAN & HAPPY BIRTHDAY NAUFAL
- JOM PEKENA TEH TARIK - TT
- TANAM SERAI KAT PEMBAHAGI JALAN
- SISTEM FAIL UNTUK HARTANAH
- MAULIDUR RASUL
- TT KAT 16KOPITIAM BANDAR BUKIT PUCHONG
- ORANG KAYA TANAH
- JOM MOHON KURANGKAN INTEREST OD ASB
-
▼
March
(15)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
47 comments:
Bro Hafizal,
Thanks for da interesting story bro..tapi buat masa nie baru tahap merangkak kot..insya-Allah..time will tell..target gak tahap tuh..insya-Allah
Salam bro...
aku ader konpius ckit..maklum le beginner..
aku ader beli 2 lot tanah pada 2008 dan 2009..dua2 tanah ni lot rumah. pada geran kalu x salah ada clause "hendaklah didirikan rumah dalam masa 3 tahun....."(lebih kurang la).soalan aku, kalu aku lum wat apa2 pada tanah tu dlm tempoh tersebut, ader masalah x? Tq
wow...byk info betul..tak sia2 ada geng PMC yg arif pasal bab tanah...sy pun macam Matt jgk lar..nk merangkak ke arah itu...hehehe
tu la .. kalaua da tanah2 yang nak dijual.. maybe kita boleh kongsi... kemudian.. simpan dan jual atau pecah bahagian dll
matt.. semua kita pun tahap merangkak la ni.. tapi kita tengok 5 tahun akan datang.. pasti kita boleh invest tanah lak kan..
kumin.. pengalaman aku sebelum nii.. kerajaan tak ambik tindakan apa-apa pun.. cuma mungkin mereka akan kenakan cukai pintu jee.. tapi kes nii kat Selangor.. tanah ko kar area mana tu?
ayip.. hari ni kita merangkak.. esok lusa.. dah boleh jalan.. pastu dah leh berlari.. ha ha ha
keown.. setuju-setuju.. nanti kita usahakan ekk
juruukur,
kes aku plak, kene tipu dgn pemegang amanah, lawyer dan broker die.
mase nak sign S&P pon x boleh nak tunjuk geran. setakat bg pelan pecah lot.
lawyer die mmg backing pemegang amanah tu, bgtau die percaye org tu sebab dah kenal lame.
mase jual, depa cite pada buyer, geran individu boleh dapat dlm bulan Jun 09. padahal tanah tu masih dlm cagaran bank sehingga arini. geran pon xpenah tunjuk.
x menipu ke tu?
sekarang, bile mintak balik deposit, cakap kene tunggu ade buyer lain. pastu siap blame aku apsal sign jugak S&P aritu.
padahal, S&P tu xsempat mati stem lagi, aku dah cancel. as far as i'm concern, technically, S&P tu belum dikira dah sign kan? atau tu mmg dah dikire officially dah sign?
aku nak buat report polis bulan depan kalo masih x dapat deposit. lepas tu nak saman kalo masih xdapat. charge under "kegagalan memulangkan deposit dan kehilangan peluang akibat ketiadaan deposit tersebut". pastu saman malu 5juta.
wow, pasif income tu :)
*luahan perasaan je ni, ade x sape2 leh bg nasihat mcmane nak dapat semule booking fee yg dah dibayar tu.*
treec001.. aku kurang paham sikit pasal saman saman nii
apa kata ko rujuk ngan lawyer dulu.. mana tau ko berjaya saman malu.. boleh dapat RM5juta ooo
kalo RM5juta.. letak kat ASB, ASW, tabung Haji.. boleh dapat berapa ekk? kayo tuu.. ha ha ha
Tuan Jurukur ! Nak minta nasihat camne perunding bidang hartanah boleh kaya tanah ?
Kalau setakat geran tanah boleh kata tiap2 hari dok tengok, tp geran org lain la.
shaiful.. yelah.. konsultan macam kita ni.. hari hari tengok geran.. tapi bukan geran kita.. geran orang lainkan..
cam orang kerja bank gak.. hari hari tengok duit.. tapi bukan duit mereka kan..
bagus kita berjemaah kot.. kita kongsi-kongsi beli tanah.. boleh cam tu?
treec001,
simpati aku dgr citer ko...stakat ni aku xder masalah lg dgn lawyer yg uruskan jual beli tnh tu.lagi satu...mcm aku beli tnh di Terengganu, so aku bole check penama dan status cukai tanah yg aku nk beli tu kat portal negeri terengganu..so boleh la dpt info terawal..sblm proceed...
kumin.. ko invest kat ganu tuu.. lot bungalow atau tanah pertanian?
Bro treec001, ko proceed je ngan LD (letter of demand), kasi dia gigil sket..ingat kita tatau law ke
Bro Hafizal, nak tanya sket pasal conversion tanah...1 ekar berapa kaki persegi n berapa meter per segi....pastu satu lot banglo yg biasa berapa keluasan dia yea..sori math fail dket..:)
sementara sifuu jurukur sibuk nie.. aku tolong jawab matt punya soalan
1 ekar = 4046.86 Meter Persegi
1 ekar = 43560 Kaki Persegi
1 Lot banggalow min 5000kaki persegi
dalam satu ekar baisayang akalu pecah 5000 kaki persegi boleh dapat 6-8 lot.. bergantung pada design dan serahan rizab jalan.
Apa apa pun rasanya kita boleh jemaah untuk carik satu tanah untuk dibangunkan..
Daripada tiada baik kita mulakan sesuatu.. rasanya sifoo hafizal ada banyak info.. pasal tanah nak jual nie..
ade 2.2 ekar tnh kat dengkil nk jual 300k...
rezab hijau.. ape tah.
now ade sawit more 25 yrs
owner malas nk usahakan. nk jual tnh tu nk g haji... n bg ank2 ckit
ni pakcik aku.. mak aku ade masuk caveat.. psl pttnye ade nama mak aku. hehe
p/s: sblh lot ni pon nk jual gak. tp tnh org lain. luas same.. tp nk let go 370k...
klo combine leh buat housing scheme ni. huhu
Keown, pembetulan sikit minimum saiz lot banglo 4000kp = Lot saiz 50'x80'. Tp la ni market suka minimum saiz 5000kp
bro hafizal,
aku beli lot banglo.
bling2,
kalau kat dengkil tu biasanya kena check kat Majlis Perbandaran Sepang pasal ada color zoning.
Kalau zoning hijau biasanya rezab pertanian ikut Rancangan Tempatan Daerah Sepang. Kalau tukar syarat ke ... nak develop ke authority akan refer zoning ni. Kalau pertanian memang payah skit nak lulus.
yap.. betul tue saifull.. 4000kp
cuma biasanya org akan pecah 5000kp kan.
bap zoning.. sifuu saiful memang pakar...
matt.. 1 ekar = 43560kp = 4046.86mp, selalunya untuk lot bungalow 50x80.. lebih kurang dalam 5000kp laa.. alaa.. sifu keown dah jawab dah.. ha ha ha
keown.. tima kasih sebab membantu.. kita start carik tanah keown.. asyik-asyik umah jee.. boring lah pulak.. ha ha ha
bling2.. kawan-kawan.. sapa-sapa nak beli tanah kat area dengkil. boleh rujuk ngan bling2
shaiful.. tu dia.. sifu shaiful dah mencelah.. pakar perancang bandar.. sapa-sapa ada masalah nak buat land development.. boleh rujuk ngan sifu shaiful.. kami dah lama bekerjasama.. service 100% superb.. promosi promosi.. ha ha ha
kumin.. ic.. lot bungalow..
Sifu Matt,
LOD tu mintak lawyer buat ke?
:) sori, baru nak belajau :)
tq in advance.
bro keown, saifu, hafizal..thanks for da feedback..
FYI, aku beli tanah kat Rusila, Marang..atas bukit untuk wat projek homestay nie..ader brani? Tengah wat paper untuk kelulusan sifoo Pie..mungkin invest RM1500 je sorang..ader BRAni..?
treec001
Suruh loyar ko wat Letter od Demand tuh..ko just pegi pejabat dia n cakap aper kandungan/tuntutan yg ko nak..
Fee lam RM80-RM100 je..
hehe..sori..aku tau korang BRAni..ok preview sket...
tanah sekar bagi 4 = 43,560kp/4 = 10,890 kaki per segi..wow..besar tuh..
banglo berbentuk U, 6 bilik 4 bilik air..nak sekat tengah..so jadik cam 2 unit..3 bilik 2 bilik air..
sewa RM150/day x 2 unit = RM300 hari biasa
RM190/day x 2 unit = RM380 holiday...
congak2 la..leh masyuukk ke tak..hehe
treec001,
bro,aku ader terbaca dlm buku azizi ali. dia pesan "..gunakan peguam anda sendiri apabila sign S&P, atau apa juga perjanjian perundangan..." ini bole elakkan masalah kemudian hari.
sifu saiful,
setuju... tp x mustahil pertanian leh convert to residential kan?
tp klo da zoning dia pertanian mmg xleh la nk buat housing scheme erk?
ermmm....
matt dah pergi site visit ke?
ada no lot.. nanti aku checkkan dengan remote sensing data dan juga image lain...
boleh org lain tengok mana kawasan tersebut..
aku ada minat gak tue...
Bro Keown,
Aku dah pegi tengok tanah tue..memang cantik kat atas bukit..ngadap laut..
No lot nanti aku tanya ngan owner dia..tengah pecah lot la nie..Oraite
Matt...
nak jalankan projek tuu nanti..
ajak kawan juga yer..
sekadar nak bertaut kepada yang ada..
.
Baik info ni Hafizal..
semakin mengocak jiwa..
bergelodak nak main tanah ni..
ish...modal ciput la pulak..
cabaran niih..
Insya-Allah..sifoo Diver..members koop PMC didahulukan...thanks on your trust.
ok.. semoga akan menjadi satu kumpulan usahawan yang berjaya... aminnnnn
- Tanah di padang maksirat
- Tanah berkeluasan 1relong lebih,bersamaan dgn = 31.112.19 KP .
- Hanya 15minit Dari Airpot .
- Berdekatan dgn Pekan Kuah.
- Sesuai dijadikan tapak perumahan / Pertanian,kalo buat aset lagi cantik .
- Kawasan Beriklim sejuk juga , kerana boleh
dikatakan berada di paras ketinggian atas bukit .
Harga Jabatan Tanah Langkawi Cadangkan Pada saya ialah RM135K
Tetapi saya Buka Pada Harga RM125K( Harga Boleh Dirunding lagi )
Jika Berminat Boleh CALL/SMS: - 0126406010(AZIZAH)
- 0122698082(AZMAN)
Bro, Sory eh promot kt sini . heheheheheh :))
jiji.. bole.. kasi promate.. no problem..
apa ada atas tanah? ada gambar? bole aku upload
saya ada tanah 3 ekar ditepi jalan kat batu pahat sri gading..saya terbaca disini ..minat pulak nak buat pecah2 lot....3 ekar dapat berapa lot ya kawan2 semua...tq...en hafizal boleh ka buat pecah2 lot untuk saya..berapa bayarannya.tq...geran atas nama saya seorg....satu hak milik kekal .tq
zawawi .0173317115
zawawi.. kalo 3 ekar.. boleh dapat banyak lot.. tapi bergantung ngan bentuk tanah awi laa..
saya rasa.. bagus lantik juruukur kat sana buat.. mereka lagi paham pasal urusan tanah kat sana
Bro, minta nasihat. Aku beli 2 lot banglo di Sementa, Klang pada 1996. Bila cek dengan PDT Klang, geran masih dalam nama pemilik asal. Aku dah meluat kontak lawyer, tapi dia sengap gitu aja ... dah 12 tahun Bro. Semua bayaran dah beres dan aku nak jual lot ni.
herb_ivor.. ko mintak tuan tanah asal tuu.. tukar syarat tanah tu.. dari pertanian kpd bangunan kediaman.. pastu buat pindah milik.. dari nama dia.. ke nama ko
pastu bila urusan pindah milik selesai.. nama ko dah ada dalam geran.. ko buat pecah geran.. pastu baru ko bole jual
En.hafizal
Kalau kata nak wat umah 50'x80' tanahnya setengah ekear @ 1 ekar sesuai tak??
Berapa anggaran bilangan lot rumah semi d boleh diperolehi untuk keluasan tanah 1 ekar.
berapa pula bayaran khidmat juruukur untuk tanah keluasan 3 ekar.
tk.
En hafizal
Nak tanya beberapa soalan ni.
1) Jenis tanah 'Title' apa yang saya boleh usahakan untuk pelancongan ala kampung kampung.
2) Apa proses yang perlu saya sediakan sebelum membeli tanah agar tak tertipu.
3) Saya nak cari tanah seluas satu ekar sebagai permulaan. En. ada ker tanah tanah yang nak di jual di sana- termasuk sabah dan sarawak.
Asmaul
salam.dkt mana kita boleh check market price utk tanah yek?
kalau cm 2 4000kp bersamaan berape meter persegi/suku ekar ke?
Salam En Hafizal.
Nak tanya,apakah bank yang boleh buat loan.Cagaran nya ialah tanah getah seluas 6 ekar.
Harap dapat membantu.
TQ
Kalau tanah 5000 kaki persegi, banglo besar mana boleh buat ?
im looking for 2.5 acre land area kl/balakong /petaling jaya. planned for develop warehouse and easier road for heavy transport.. please call me urgently 0128209334 thanks
Tnah 6.5 ekar di pulau redang untuk dijual.
berdekatan pulau redang airstrip...berminat just msg saya..0105739996
Tanah 3.5 ekar di btu 6 jalan gambang kuantan.6 btu dri bandar kuantan.satu nama sahaja.berminat boleh msg saya untuk detail...0105739996
Hy sir...r u interest 3.5 acre at kuantan...?if u interest pls.cntact me 010573996. Land location just 6mile from kuantan.5mile from kuantan airport.
Post a Comment