Sejak dua menjak nii.. ramai kekawan blog.. mengadu masalah tanah keluarga masing-masing.. ada yang call.. ada lak yang jumpa.. nak bincang pasal tanah pusaka dia orang
Macam-macam pengalaman aku .. bila libatkan tanah pusaka nii.. ada yang gaduh adik beradik.. masam-masam muka.. raya tak balik kampung.. ada yang bawak diri.. macam-macam laa
Lebih teruk lagi.. ada yang sanggup pentingkan diri sendiri.. “kalo aku dapat sikit, biar semua tak dapat.. baru puas hati”
Adoooiii.. kesiannya… napa laa jadi macam nii.. bagi aku laa.. kita nii orang Islam.. ada agama.. ada faraid.. pastu tanah ciput lak tuu.. sekangkang kera jee.. kalo nak gaduh cam nii.. tak berbaloi laa
Malu laa ngan bangsa lain.. mereka ada ribu-ribu ekar tanah.. tapi mereka bole urus bebaik.. tapi kita sebaliknya.. malu laa
Aku cadangkan laa.. bagi mereka yang gaduh-gaduh pasal tanah nii.. jom laa kita kembali pada agama.. bersatu laa balik.. eratkan balik hubungan keluarga.. buang yang keruh.. ambik laa yang jernih
Pastu uruskan tanah tuu bebaik.. rujuk laa ngan pejabat tanah.. refer ngan Amanah Raya.. mintak mereka tolong.. insyaallah bole selesai
Bila dah selesai urusan tanah tadi.. buat pecah geran.. supaya setiap adik beradik.. dapat geran masing-masing.. Kan cantik cam tu.. semua dapat tanah.. semua dapat harta.. apa orang kata.. hati gajah sama dilapah.. hati nyamuk sama dicecah.. he he he
Macam Karam sigh Walia laa pulak juruukur nii.. he he he
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN
Menang Rumah Lelong… Sengiitt
-
BAru baru ni aku baru saja menang rumah lelong…. ohhh.. nak update blog pun
takde masa sekarang ini …. sudah 3 arii lepas aku menang rumah lelong..
.lepas ...
2 hours ago

10 comments:
menarek tjuk entri ni
:P
salam,
Sekadar berkongsi cerita dengan tuan tanah. Bab tanah ni memang payah, tak boleh buat main-main walau seinci dan bila fikir-fikir balik azab di akhirat sana nanti hatta di alam kubur, memang sangat menakutkan.
Bagi saya, saya rela tak ambil bahagian saya. Biarlah saudara saya yang lebih memerlukan memanfaatkan tanah bahagian saya tu. Saya kata begini bukan sebab saya adik-beradik dah bergaduh, tapi, sebab saya menghargai nilai persaudaraan lebih dari nilai tanah tersebut. dan lagi, kalau dengan berbuat demikian dapat membantu saudara saya, kenapa tidak. Hidup di dunia ini hanya sementara, keluarga dan anak-anak hatta harta yang dipinjamkan adalah ujian kepada diri kita.
Mungkin tuan tanah boleh buka thread untuk berkongsi pelbagai kisah tanah ni untuk dijadikan pengajaran dan tauladan. Memang menarik.
Lagi satu, sebelum mengundurkan diri. Sekadar berkongsi kisah saya, urusan tanah di pejabat tanah ni memang leceh dan payah. Itulah sebabnya orang kita ramai yang tak ambil pusing. Kalau proses tukar nama tu, memang makan lebih setahun. Lain-lain urusan pun lebih kurang jugaklah.
Sudahnya, waris yang pening kepala. Bayangkan kalau dah sampai 2, 3 generasi pun tak di bahagikan secara yang sepatutnya. Memang akan bergaduh kalau ada yang perangai macam belanda dapat tanah.
sekian, salam.
kang kung fu
kang kung fuu.. tul tuu.. kena uruskan tanah pusaka.. apa laa sangat lambat kat pej tanah tuu.. bebanding nilai tanah yang kita dapat.. he he he
salam tuan tanah,
menarik entry nie, sy baru mengenali blog tuan hari ini, mungkin kuasa tuhan mengatasi segalanya. Saya baru berurusan dgn lawyer firm berkaiatn pembahagian tanah. Bayangkan usia sy y mentah terpaksa menguruskan hal ini demi kebahagian semua ahli keluarga. Alhmdullh keluarga saya bole menerimanya, cuma sy agk segan sebb sy y kecil mengambil alih tugas2 org y lebih dewasa, mgkin juga sbb bgrd sy land surveying tika dip dulu.
baguih bagiuh.. pengorbanan tuu.. he he he
Bab mengurus tanah pusaka ni mmg leceh, tapi kena ada seorang dlm keluarga tu ambil tanggungjawab, kalau nak minta org luar nanti x percaya lak. Buat amal jariah skit kat saudara mara tu. Kalau x wat camtu mmg terbiar jelah. Kalau dpt settlekan benda ni, barulah nampak value tanah pusaka tu.
Alasan payah nak sepakat sesama keluarga & payah berurusan dgn pejabat tanah & peguam tu adat la. Kalau nak seribu ikhtiar la...
ye betul tu bro shaiful, memang leceh, ngn peguam x sgt tp dgn pejabat tanah. Harap2 urusan keluarga sy dimudahkan
betul tuu.. kena usaha kuat.. he he he
shaiful.. kita kena team nii.. nak siapkan proposal tanah tuu.. nanti kita jumpa ekk
Jurukur, nanti kita jumpa & bincang... sibuk skit minggu ni aku ada seminar "Green Cities" kat Putrajaya.
pul.. aku pun sama.. jadual tengah padat gila skrang nii.. nanti kita jumpa
Post a Comment