Tuesday, January 5, 2010

ADA PELUANG HARI NII?

Apa kabar kekawan? Mesti korang happy hari nii.. sebab korang dah terima dividen ASB.. he he he..

Hari nii aku nak syer ngan korang.. teknik atau cara yang aku pakai.. macam mana nak carik peluang setiap hari.. Tak kisah laa.. peluang tuu kecik kee.. besar kee.. asalkan benda tuu boleh buat duit

Sebelum nii.. aku cuma focus kat ukur tanah jee.. setiap hari carik klien.. meeting sini sana.. carik sapa yang nak ukur tanah.. kalo laa hari tuu.. aku dapat 3 - 4 kes.. aku happy sangat

Tapi aku dapati.. teknik tuu bukan salah.. tapi kurang betul laa.. sebab kat luar sana.. banyak lagi peluang rezeki yang Allah bagi.. cuma aku jee yang tak nampak

Jadi sekarang nii.. aku perbetulkan sikit.. setiap hari.. aku masih lagi carik peluang ukur tanah.. kalo dapat 1-2 job.. tu kira 1 peluang

Selain tuu.. setiap hari.. aku explore website rumah lelong.. kalo jumpa jee tempat menarik.. harga bagus.. tu kita peluang ke 2

Bukan tuu jee.. setiap hari aku explore Mudah.my.. mana tau ada tanah nak jual kee.. lokasi lak cun.. tu kira peluang ke 3… dan seterusnya

Peluang-peluang tadi.. aku listkan dalam buku 555 bebaik.. pastu aku buat penilaian. Dan Alhamduliah.. ngan cara cam nii.. baru otak aku boleh berkembang sikit.. he he he

Aku tak tau.. samada cara aku nii betul kee tak.. tapi setakad hari nii.. aku rasa.. teknik nii sesuai sangat ngan aku..

Aku percaya korang gak.. ada teknik atau cara korang carik peluang.. jadi apa kata.. korang kongsikan kat sini..

Jom kita kongsi-kongsi.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

12 comments:

KEOWN said...

hehhehe bermakna yek buku 555 ko.... semalam aku tengok dah nak abis... nak kena tukar yang baru tue... 2010 punya versi hhehhehe

bird said...

rajin ko cari peluang ye..

bila la nak lepak ngan ko lagi ni fizal..

KEOWN said...

bun.... rasanya umah yang 188k tue ok tue.....

nanti leh lah berjiran kita...

wakata said...

boleh photostat ke buku 555 tuan?hahaha...aku rasa hafizal, ko boleh jual buku 555 ko tu kat lelong. letak reserve price 5,555.55

wakata said...
This comment has been removed by the author.
ojah said...

hahahaha.. tak pun buat e book buku 555 juruukur.. peluang2 terhebat :)

matyeeee said...

yg tu la aku buat hari2..naik muak org tgk aku..tgk mudah, browse website lelong...nk jd senang mmg kena bersusah.
kbykan org kita malas nk membaca...tgk AF tu rajin pulak

matyeeee said...

yg tu la aku buat hari2..naik muak org tgk aku..tgk mudah, browse website lelong...nk jd senang mmg kena bersusah.
kbykan org kita malas nk membaca...tgk AF tu rajin pulak

kanoha_village said...

Salam

Kawan suka kalu lepak-lepak kedai kopi sambil pasang telinga kut2 ada pakcik-pakcik sembang yg nak jual tanah...arga murah lg tu

Kalu dimudah.my, banyak dari broker

juruukur said...

keown.. he he he.. aku dah tukar dah buku 555 baru.. he he he.. bab rumah tuu.. aku rasa macam nak beli laa.. nanti aku check rumah tuu

bird.. bole jee.. belah petang2 aku free.. mei la datang subang jaya.. dekat jee

wakata.. bagus gak tuu.. mahal buku 555 aku.. he he he

ojah.. lu bakar semangat wa.. mau bikin ebokk laa

mattyee.. aku rasa..kita bukan malas.. tapi kita tak tau..bila kita dah tau.. pasni mesti kita ligat

kanoha-village.. cara cam tuu gak.. bole dapat peluangkan.. he he he

Saiful said...

Assalamualaikum.

Saya orang abru dalam blog saudara... terjumpa dari bincang.net.

Saya ada satu soalan kiranya kalau saudara Juruukur boleh memberi nasihat. Ayah saya ada tanah pusaka di Batu 16 Hulu Langat. Tanah tu takla besar mana dan belum pecahkan geran antara adik-beradik bapa.

1. 2 orang dari tujuh adik beradik bapa telah meninggal. Adakah sukar unutk pecah geran? Ada kaedah penyelesaian?

2. Adik beradik bapa telah bersetuju dengan kawasan tanah masing-masing (dlm 1 geran). Tetapi 1/2 tanah ayah saya dah dilanggar sungai. Maknanya sungai dah melencong dan robohkan tebing tanah ayah. Kalau tambak balik dan luruskan sungai mesti kos tinggi tu. Ada apa-apa idea? Kalau ukur balik bolehke batu ukur tanam balik dlm sungai? hehehe.

Terima kasih tuan.

juruukur said...

Assalamualaikum.
Juruukur : walaikumusalam

Saya orang abru dalam blog saudara... terjumpa dari bincang.net.
Juruukur: ok

Saya ada satu soalan
Juruukur : k

kiranya kalau saudara Juruukur boleh memberi nasihat.
Juruukur : bole.. no hal punya

Ayah saya ada tanah pusaka di Batu 16 Hulu Langat. Tanah tu takla besar mana dan belum pecahkan geran antara adik-beradik bapa.
Juruukur: k

1. 2 orang dari tujuh adik beradik bapa telah meninggal. Adakah sukar unutk pecah geran? Ada kaedah penyelesaian?

Juruukur : 1. bagi kes macam nii.. aku cadangkan.. bagus pewaris bagi pihak si mati.. uruskan pusaka dulu.. lepas dah selesai urusan pusaka.. baru uruskan proses pecah geran. buat cara cam nii.. kos murah sikit

2. tapi pengalaman aku.. kadang-kadang tuu.. banyak kes.. pewaris tak uruskan pusaka si mati.. mereka macam acuh tak acuh je.. kalo kes macam nii.. saiful boleh dapatkan perintah mahkamah.. bila dah dapat perintah tadi.. kita boleh mohon pecah geran kat pej tanah

2. Adik beradik bapa telah bersetuju dengan kawasan tanah masing-masing (dlm 1 geran).
Juruukur : k

Tetapi 1/2 tanah ayah saya dah dilanggar sungai. Maknanya sungai dah melencong dan robohkan tebing tanah ayah. Kalau tambak balik dan luruskan sungai mesti kos tinggi tu. Ada apa-apa idea?

Juruukur : bagi kes yang sungai dah melencong masuk dalam tanah kita nii.. aku cadangkan bagus kita buat ukur butiran dulu.. kita kasi semak bebetoi.. bentuk sungai tadi.. mana tau tak masuk tanah kita.. jadi selamat laa

Kalo sebaliknya.. kita kena semak ngan jab p’airan dan saliran, ngan jab perancang Bandar, kalo mereka mintak kita serah tanah tadi.. kita kena serah.. untuk rezab sungai.. free of chargeeee.. jadi agak rugi laa sikit

Sebab tuu.. aku cadangkan.. bagi mereka yang ada tanah kat tepi sungai.. kena jaga bebaik.. jangan sampai sungai masuk tanah kita.. kalo perlu.. report kat JPS.. kasi report laa.. mintak JPS buat tembok penghalang..

Sepatutnya Kalau ukur balik bolehke batu ukur tanam balik dlm sungai? hehehe.
Juruukur : he he he.. juruukur kena pakai scuba diving laa nii.. he he he.. (kita tak tanam batu sempadan kat dalam sungai.. tapi kat tebing sungai.. tak pee.. benda nii juruukur yang uruskan..)

Terima kasih tuan.
Juruukur ; sesama

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP