Tuesday, October 14, 2008

TUKAR SYARAT TANAH DARIPADA PERTANIAN KEPADA LOT BUNGALOW

Aku syukur sangat sebab berpeluang untuk berbincang dengan saudara Ir Haslin. Ahli Majlis Perbandaran Sepang. Antara topik yang dibincangkan adalah masalah tanah setinggan, tukar syarat tanah, masalah-masalah tanah dan lain-lain lagi lah..

Bila aku sentuh jee, bab tukar syarat tanah dan lot bungalow, terus je dia mintak aku tolong untuk uruskan tanah dia yang selama nii tergendala. Al kisah ceritanya, dia dengan kawan kawan dah pun beli tanah 3 tahun lepas kat Sungai Merab, Bangi. Masa tu dia orang beli kongsi kongsi. Maksud aku mereka syer-syer duit lah.

Tanah tu kategori pertanian, luas tanah cuma 2.5 ekar je, 10 orang syer beli tanah tuu. Masa beli tu antara mereka dan pun buat perjanjian. Sekarang nii proses pindah milik dah pun selesai, dari nama tuan tanah asal kepada salah seorang pemegang syer. Mereka amanahkan kepada Wak Sudir. Ayoo Wak Sudir.. kayo nya tuan.. Banyak nya tanah. heheheh...

Jadi masalahnya sekarang, aku dimintak untuk tolong mereka supaya setiap seorang dr mereka boleh dapat geran individu. Tujuannya, senang mereka nak buat rumah masing-masing, dah tahu sempadan, pastu nak apply loan pun senang. Sebab tanah tuu boleh dicagar pada bank

Apa lagi, aku pun terangkan lah proses yang terlibat, jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat, tempoh kelulusan, bayaran yang dikenakan sampai dapat geran individu. Dari air muka Haslin, aku nampak dia dah start pening dah... heheh.. heheh.. Ok Ir Haslin.. jangan pening pening, aku akan uruskan sampai dapat geran individu, ada masalah jee call aku.. aku sedia membantu..

Dari pengalaman aku, untuk mereka yang first time terlibat dengan pembangunan tanah, biasalah mereka akan pening pening sikit. Sebab banyak istilah-istilah tanah yang mereka kurang paham. Sebenarnya urusan tanah senang jee.. tapi kena lah carik konsultan yang betul-betul mahir. heheh.. hehhe

Untuk sapa sapa ada masalah tanah, boleh call aku.. ingat tanah, ingat juruukur, call jangan tak call 012-3193576..
hafizal@juruukur.. heheh

10 comments:

faris said...

ye.. saya mesti pilih juru ukur..

juruukur said...

Faris.. tq atas sokongan. heheheh

khairu said...

salam tuan juruukur...alhamdulillah dlm pening2 nk cari rujukan utk beli tanah last2 jumpa jgak blog yg amat best n informatif ni..sy nk tanya kalau nk minta khidmat rundingan tuan mcmaner yer..masalah yg saya hadapi ni adalah sama dgn artikel yg tuan tulis ni..sya share dgn beberapa rakan utk beli tanah ekar berstatus pertanian di johor..and nk convertkan jadi tanah pembangunan n then pecah lot sampai la dapat geran individe..kemi perlukan khidmat utk buat rujukan sebab suma antara kami x pernah buat urusan jual beli tanah ni..mcm2 pendapat yg saya dgr, ada yg positif dan ada yang negetif sampi moral jadi down..so saya perlukan khidmat org yg betul2 mahir dan harap tuan dapat membantu kami budak2 baru belajar ni..tlg kami yer :-)

juruukur said...

khairu.. kalo kat johor.. aku cadangkan.. bagus ko lantik juruukur kat johor untuk bantu.. sebab mereka lagi paham.. keperluan jabatan kat sana..

tapi bagi kes tanah ko.. aku rasa.. bagus ko tukar syarat tanah tuu dulu.. dari pertanian kepada bangunan kediaman..

so ko pergi majlis perbandaran @ majlis daerah tanah kat sana.. dapat info.. dari jab perancang bandar.. tanya mereka.. consultant mana bole Bantu.. ko lantik mereka untuk tukar syarat tanh ko tuu

pastu dah siap.. tukar syarat.. ko rujuk lak ngan pejabat tanah.. juruukur mana yang mereka kenal.. ko lantik mereka.. untuk ruskan pecahkan geran tadi..

ataupun.. kalo kat kawasan Bandar.. aku syorkan.. bagus ko buat kebenaran merancang.. pastu buat permohonan.. pecah sempadan.. tukar syarat serentak..

khairu said...

terima kasih di atas respon yg amat berharga tu..saya ada terdengar org cakap (tp x pasti tu fakta atau just andaian jer)ada jugak tanah yg tidak bole ditukar langsung status dia selamanya. saya mula risau kot2 tanah yg kami beli ni termasuk dalam kategori yang tidak boleh di tukar selamanya. tapi kalu ikut carian yg di buat xda plak tertulis apa2 kenyataan yg tanah tu langsung tak boleh di tukar statusnya..so saya nk tanya tuan tanah jenis apa yg mmg langsung tak boleh ditukar statusnya langsung..kami amat risau kalau usaha kami x berjaya (loan dh preceed ni hehe..dan soalan seterusnya, mengikut pengalaman tuan, berapa lamakah bisanya masa di ambil utk settlekan urusan ni smpi la dapat geran..byk lagi soalan sebenarnya, tapi kan tuan marah plak tnya byk2 hehe..

KEOWN said...

saya rasa tanah yang dimaksudkan tue adalah sekatan/halangan ke atas tanah tersebut... tapi selalunya ada mention boleh tukar dengan izin menteri besar. Selalunya pada tanah leasehold. Tanah pajakan.

juruukur said...

khairu.. ada tanah yang boleh diupgarde.. ada yang kekal sebagai pertanian.. bergantung ngan zooning tanah tuu..

jadi aku cadangkan.. sebelum beli.. semak zooning dulu.. kat majlis perbandaran @ majlis daerah ekk

Pak Tam said...

Tk kerana blog ini byk membantu saya berkaitan dgn urusan tanah- tukr syarat, pecah lot dssbgnya.

BlogOrange said...

Blog ni still aktivf lg ke x?

saya ada masalah berkaitan tanah...
saya ada membeli satu lot tanah di daerah gombak...masa proses membeli je saya dah kne tipu dengan ajen tu...tp,alhamdulillah semua dah on the track balik..
masalah saya sekarang ni ialah tanah yang saya beli tu x boleh nak tukar nama / hak milik sbb tanah tu berstatus tanah pertanian..oleh kerana itu tanah x boleh dipindah nama...
Ada x cara untuk menukar nama/hak milik tanah yg telah saya beli itu?
Apakah prosedur yang saya perlu jalani?
Macam mana nak memulakan langkah pertama untuk menukar nama hak milik tanah berkenaan?

ain nadhirah said...

assalamualaikum...... boleh tuan bagi pendapat... sy kena siapkan tugasan.....soalan yang perlu sya bincangkan adalah..

(saya merupakan waris tunggal terhadap 3 lot tanah (Lot 1, Lot 2 dan Lot 3) yang berada di dalam Daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Keluasan Lot 1 ialah 10 ekar, Lot 2 15 ekar dan Lot 3 seluas 20.5 ekar. Lot 1 dan Lot 2 adalah gunatanah bangunan. Manakala Lot 3 pula kategori gunatanahnya adalah pertanian. Anda bercadang untuk membangunkan ketiga-tiga lot tanah tersebut dengan pembangunan bercampur. Sila cadangkan apakah bentuk pembangunan bercampur yang bersesuaian serta huraikan proses pembangunan tanah yang terlibat sehinggalah tanah yang dicadangkan itu berjaya mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Namun, anda harus ingat bahawa kesemua lot tanah berkenaan telah dikaveatkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kuala Lumpur. Untuk makluman anda, segala pinjaman yang dibuat dengan pihak BIMB telah diselesaikan oleh pemilik terdahulu. Bincangkan.)

yang saya nk tahu, bagaimana proses pecah sempadan berlaku tuan...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP