Sunday, October 19, 2008

ASUH ANAK KITA MENJADI HARTAWAN BERIMAN

Aku baru jee habis baca buku RICH KID, SMART KID tulisan Robert T.Kiyosaki. Bagus sangat buku ni untuk para ibu bapak. Sebab kita boleh belajar teknik macam mana nak asuh anak supaya boleh berjaya

Apa yang boleh aku katakan, anak-anak kita umpama kain putih, kita sebagai ibu bapak yang akan corakkannya.. heheh.. macam ustaz lak juruukur nii.. heheh.. apa pun teknik kita nasihatkan anak banyak mempengaruhi anak anak kita

Dari kecik lagi, kita digalakkan asuh anak dengan didikan agama, fahamkan mereka dengan rukun iman, rukun islam, rukun sembahyang, puasa, sembahyang jemaah dan lain lain lagi lah.. selain tu kita perlu asuh anak-anak untuk berdoa kepada orang tua. Bukan apa, supaya bila kita dah meninggal nanti, anak-anak tak lupa doakan kita.. Insyalallah.. Besar harapan kita supaya anak-anak kita berjaya di dunia dan jugak di akhirat..

Bapak borek, anak rintek.. anak-anak banyak meniru cara, gaya kita. Kalau kita rajin sedekah, sembahyang berjemaah, jemaah dalam pelaburan, cakap baik-baik, insyallah anak-anak jugak akan ikut..

Kita juga sentiasa digalakkan untuk menilai anak kita dan minat anak kita. Sebab anak-anak boleh belajar dengan dua cara. Dengan cara bermain atau dengan cara duduk kat kelas. Sistem pendidikan kita sekarang nii, cuma beri penekanan kepada cara duduk kat kelas jee, dengar cikgu atau pensyarah mengajar. Lepas tuu kita akan jawab exam. Siapa dapat markah tinggi, mereka tu dianggap cerdik. Tapi macam mana dengan anak-anak yang suka bermain..??

Jadi Robert cadangkan ajar anak anak main Cashflow 101 dan Cashflow 202.. Game yang diasaskan oleh Robert Tiyosaki. Aku sendiri selalu main game nii.. Best betul.. sebab dalam game nii, anak anak akan diajar pasal pasif income.. teknik pelaburan yang betul, pasal akaun dan konsep kemewahan yang sebenar.
Kita juga digalakkan untuk terangkan pada anak-anak istilah istilah pelaburan, misalnya apa itu aset, apa liabilities, apa od, apa kad kredit, apa pasif income, apa tu syer, dan lain lain. Lagi bagus, kita sebagai mak bapak laksanakan apa yang kita ajar kepada anak-anak. Sekarang nii, kita terlibat dalam pelaburan hartanah, mungkin nanti kita main syer sikit, main CPO sikit, ada pasif income dari ASB, yang penting, asalkan anak-anak kita boleh nampak usaha kita, untuk dapat sumber-sumber pasif income. Sebab kemewahan sebenar adalah bila pasif income kita lebih banyak berbanding perbelanjaan, maka kita dah pun mewah


Pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita adalah sebagai pelabur atau bisnesman. Sebab profesion sebagai pelabur atau bisnesman nii, mereka cuma bekerja sekali jee, tapi lepas tuu, setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan boleh dapat pasif income.. sebagai contoh macam kes aku.. profesion aku adalah juruukur, sebab setiap hari aku kena jumpa klien, kena datang ofis, meeting, bagi consult pd client dan lain-lain. Tapi bisnes aku adalah hasil rumah sewa, untung main syer, sewa tanah, dividen ASB, untung main CPO dan lain-lain..

Jom kita tngkatkan pasif income kita.. lagi cepat, lagi bagus... sebab lagi freedom... Alllah hu Akhbar...

4 comments:

abdul malek said...

jurukur. sekali ko kuar dgn nasihat pd anak2 nie pasal masa depan diaorang berdasarkan RKSK, aku pun dok terfikir akan kebenaran kata2 hikmah ko nie. kep up the good work.

juruukur said...

aku cuma nak syer, apa yang aku baca.. mudah mudahan anak anak kita boleh berjaya.. berjaya ikut lunas Islam

Diver said...

Assalamualaikum Jurukur..

Semakin bergetah ler blog ni...
makin terlekat dah kawan sejak awal kesini dulunya...

Tahniah atas perkongsian ilmu ini..

Teruja sungguh kawan bab sebegini macam Wak Sudir, En Rafi dan member lain termasuk Juruukur, Pie, Faris, CtFara dan lain2...

Konsep En Rafi..terutama bab kedai dan di OD kan semula tu,...memang cantik amalannya..tetambah, beliau sedang berada dikemuncak dana (bullish income?)..Begitu juga idea land development...

Tahniah sekali lagi..

juruukur said...

Tima kasih Diver atas sokongan... kalo nanti.. kerajaan dah tukar kanun tanah negara.. tanah yang kurang 1 ekar boleh dapat geran individu tanpa tukar syarat tanah.. aku inform koo.. aku sedia membantu

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP