Thursday, October 9, 2008

MACAM MANA NAK UKUR KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK KITA

Semalam, sepanjang malam dan seawal pagi.. aku khusyuk baca buku RICH KID SMART KID je.. Bukan apa.. semua tu info yang baik. Sampaikan wife aku, tengok aku semacam jee.. hehehe..
Aku nak imbas sikit pengalaman aku masa sekolah.. Dulu aku sekolah kat Kajang. Sekolah asrama. Rata rata semua kawan kawan aku anak anak orang kaya. Ada anak pengarah, ada anak reaktor UIA, ada anak pensyarah, ada anak ahli politik.. dan macam macam lagi lah.. kalau dibandingkan dengan diri aku.. aku rasa kecik sangat. Maklumlah budak kampung. Sebab lepas bapak aku meninggal, abang and mak aku yang besarkan aku..

Masa belajar pulak.. kawan kawan aku semua bijak bijak.. Dapat result baik. Semua masuk U yang bagus bagus. Pergi oversea, ambik jurusan yang boom bom.. Sekarang ni ramai dah jadi engineer, pensyarah, buat bisnes sendiri. Aku jee tersesat.. ambik jurusan ukur tanah kat UTM.. jurusan tak glamour, kerja masuk hutan, dok tepi jalan, comot comot, ukur sana, ukur sini.. heheh..

Macam mana pun aku syukur sangat.. sekarang ni aku and partner dah pun setup firm sendiri. Alhamduliilah projek pulak, tak henti henti. Macam macam klien aku jumpa.. dari orang kampung sampailah ke pak menteri.. heheh.. Aku dapat banyak pengalaman dari klien klien aku.. terutama Wak Sudir, Hj Samuri, Hj Ali, Saudara Saiful, En Rafi, .. Mereka ni ada step step, ada langkah, ada teknik untuk berjaya. Terlibat aktif dalam pelaburan hartanah. Dan pasif Income mereka lebih tinggi dari pendapatan. Hebat bukannn..

Yang aneh nya,, mereka ni tak ada degree pun.. tak belajar tinggi pun.. tapi mereka belajar carik duit.. teknik carik duit. Sebab tu bagi aku, sekalipun orang tu kureng zaman belajar dulu.. tak dapat result baik.. tapi kalau mereka belajar pasal financial.. pasal pasif income, mereka boleh berjaya.

Bagi aku, keputusan peperiksaan masa sekolah dulu, masa kat u dulu.. semua tu tak menjamin kita untuk jadi mewah.. sebab kita diasuh untuk menjawab soalan semata mata. Sapa dapat markah tinggi.. mereka tu lah bijak.. cikgu selalu puji.. kalu dapat markah rendah pulak.. mereka dikatakan gagall.. tak ada masa depan.. cikgu selalu marahh..

Jadi dah sampai masanya.. kita perlu berubah.. untuk asuh anak anak kita faham pasal financial, pasif income, investment, ajar mereka main monopoly, main cashflow101..

7 comments:

mercly said...

aku baru jumpa blog ni..itupun ikut link faris. bagusla ramai yg dah ada kesedaran financial. teruskan usaha hafizal@juruukur. nanti boleh ukur tanah aku pulak. heheh..tapi belum belilaaa..

juruukur said...

tak pee.. nanti bila korang dah start invest kat tanah.. mesti aku boleh tolong ukur.. aku tunggu...

peruzz said...

erm.. aku dah jupe blog juruukur ni dalam bln lepas.. topik yg lama2 tuh bgs jgk.ade sesuatu ilmu yg aku dapat,jarang jumpe kt blog2 lain.. bace la molek2....
tp dier stop sampai bln 6 jerk..ingat da tak mo sambung.. skrg da sambung balek.. bagus la tuh.. sesama la kite mendapat ilmu.. tenkiu juruukur sudi kongsi ilmu

abdul malek said...

salam jurukur. selalu aku tengok nama ko dlm blog pie je. baru sekarang aku jumpa blog ko. itu ler tengah sedap baca blog ko tup-tup takat bulan 6 jer. anyway best baca blog ko nie.

juruukur said...

Tima kasih atas sokongan semua.. Insyallah lepas ni aku rajin menulis.. hehehe.. GOOD LUCK Bro

Din said...

"ambik jurusan ukur tanah kat UTM.. jurusan tak glamour, kerja masuk hutan, dok tepi jalan, comot comot, ukur sana, ukur sini.. heheh.."

skrg utm dh tukar nama ukur tanah ke kejuruteraan geomatik...bila ada nama kejuruteraan mesti glamour...

juruukur said...

heheh.. nama geomatik tuu, kalau dengar macam gempak jee.. tapi ukur sana ukur sini

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP